Monday, June 15, 2009

New Schedule


Sebenarnya semester pendek ni dah lama bermula. Tapi aku tangguh kelas kerana aku pergi Medan. Jadi minggu ni baru aku dapat jumpa student aku. Dengan kelas ganti yang aku kena buat lagi. Kira hampir tiap minggu akan ada kelas.

Kelas semalam aku penat betul. Actually bukan penat, tapi aku sakit pinggang. Dah lama tak berdiri lama. Last kelas untuk semester lepas berakhir dalam bulan April. Semester ni bermula semula dan kelas aku direct 4 jam. Biasalah sebelum nak adjust balik, memang sakit pinggang betul. Nasib baik kelas semester ni dapat kat kelas yang mempunyai fasiliti yang cukup baik. Dan yang bestnya aku tak naik tangga....penatlah naik tangga hehehehe.

Lepas tu aku ke cyberjaya ambil adik aku sebab kitaorang nak pergi rumah kawan, Jannah dan Fuad nyer wedding. Tapi aku tak de gambar...aku malas nak bawak kamera uwaaaaa

Tapi kat sana, aku memang sakan makan dan minum air. Kebetulan pula ada lak yang letak satu jug air sirap depan aku. Apa lagi, cover balik air liur yang hilang masa kelas pagi tu hehehehe. Sowwy lah korang...memang kering tekak betul masa tu.

No comments: