Sunday, June 28, 2009

Turun Takhta

Sebenarnya aku seronok sekali sekala turun takhta, mengingati kembali asal usul diri sendiri. Pagi tadi aku sambar motor adik aku riding dari Cheras ke UKM. Jauh oooo, tapi itulah yang aku lakukan masa aku buat master di UM dan bekerja di UKM dulu. Bukan aku tak ada kereta masa tu, tapi aku tak de lesen kereta hehehe. Kerana nak hantar Izzah pergi kelas tadika, barulah aku beranikan diri ambil lesen dan bawa kereta. Sejak itu, alam motor terus aku tinggalkan.

Tapi hari ini aku mula bawa motor kembali. Kelas aku seawal jam 8 pagi. Pagi tadi pula hari hujan. Agak jam 7.20 pagi, hujan dah mulai renyai sahaja. Jadi aku pun mulalah bertolak dari rumah. Dengan memakai jaket motor aku yang sudah usang. I never thought i will wear it again. Nasib baik muat lagi wakakaka.

Pengalaman bawa motor semula pagi tadi memang best. Walaupun hati penuh dengan berhati-hati. Dengan bawa beg sandang berisi laptop dan lecture note (berat ooo), perjalanan tadi penuh bermakna. Mengimbas kembali zaman aku bermotor ke hulu ke hilir dulu. Mengingati diri aku ketika itu, young and poor hahahaha. Kalahlah student aku yang ada datang naik Harrier, CRV dan kereta mewah pun ade. Malu pulak aku kalau depa nampak. Tapi apa salahnya. Show them it is actually okay to lower yourself.

Tapi aku tak nafikan skill aku bawa motor menurun. Yelah dah 7 tahun aku tak bawa motor. Paling laju kat highway pun aku cuma press 80km/h je. Nampak gayanya, memang aku tak bolehlah ambil Izzah dengan motor balik tuisyen jam 10 malam kat Kajang. Aku dapat rasakan keadaan merbahaya bukan sebab motor tu, tapi sebab skill aku. Biarlah dia belajar dirumah bersama-sama aku, tak perlu ke tuisyen lagi. Cuma aku saja yang perlu disiplinkan masa aku untuknya.

Namun begitu, aku miss dengan Maq aku. Kereta baru aku lambat lagi nak keluar. Buat masa ni motor tu je lah teman aku. Apa-apapun aku bangga diri aku mampu berdikari lagi. It is not an easy task, but i managed.

Friday, June 26, 2009

Tribute to Michael Jackson

"You are not alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Thursday, June 25, 2009

Kuching in Memory

Aku dah balik dari Kuching. Tapi cam biasalah, habis bengkel mesti aku cuti satu hari dulu. Capek ooo.

Ni perkara pertama yang aku and the geng tepuk dahi. Ada ke backdrop cengini. Wakakaka ni mesti Ina ngan Zue ketawa sakan ni tengok backdrop ni.


Dato' tengah susun-susun orang ni nak ambik gambar. Yang tengah buat bentuk 'Y' kat belakang tu sebab aku denda dia salah buat backdrop wakakaka (yelah tu). Peserta kali ni, young academicians dari UNIMAS.


Ni siapa le yang jadi pirahna ni makan ikan ni dengan rakusnya? Aku rasa Janna dan Fuad yang makan ni.

Aceh..aceh...pasangan pengantin baru ni.


Bak kata Azie, macam tak cukup makan je kat Sarawak ni. So sebelum berangkat balik tu aku dah siap plan ngan Azie nak mentekakdarah puas-puas. Sekali sorang Prof. tu join sama lak. Alamak, kantoi....kontrol...kontrol...makan je la sikit cam biasa...aiseh rugi!


Pukul 1.30 petang aku dah ke airport. Naik flight kul? 5 petang uwaaaaaaaaa. Delay satu jam lebih ooo. Ghupanya hujan ditengah awan. Nasib baik dapat makan dalam flight tu pun aku dapat lebih protein sebab broccoli aku ada ulat...nyam nyam sedap. Aku tunjuk kat stewardess tapi cakap perlahan-lahan le. Kang busuk nama MAS kang. Stewardess siap apologize sungguh2 kat aku, siap nak bagi aku set lagi satu. Tapi aku kata tak pe...sedap je, habis licin jer cuma tinggal brocolli ngan ulat je wakakakaka (padahal aku tak perasan sebenarnya dan cuma tinggal broccoli sebab aku tak suka, pastu Azie tunjuk ada ulat. Dia lah yang mentibai broccoli aku lagi satu wahahahar)

Saturday, June 20, 2009

So Much You Can Learn from Planet Earth


Petang ni aku layan Blu ray Planet Earth yang dah lama aku beli tapi belum habis tengok. Saja je aku ajak Alvin tengok. Rupanya dia lebih excited dari aku. Dari duduk bawah terus duduk atas center speaker. Hehehehe Blu ray Ori...like real life for him agaknya.


Goodbye to My Boyfriend Maq

Hari ni aku sedih sebab hari ni aku sah berpisah dengan boyfriend aku, Maq.

Tujuh tahun aku bersama Maq
Tujuh tahun juga dia pastikan aku sentiasa selamat
Hujan panas semua dengan Maq

Kadang-kadang aku marah ngan dia tapi dia still macho
Setia kat sisi aku, walaupun dalam keadaan handsome mahupun
selekeh.

Aku sayang Maq
Aku terima seadanya diri Maq

Tapi akhir ini aku tak tertahan
Maq dah mula jadi pisau cukur
Seratus dua ratus sampai beribu
Aku cuba tak ambil peduli
sebab aku sayang Maq
Kalau boleh biarlah bersama selamanya
Aku pun tak kisah berdamping dengannya
Walaupun tak gah tapi bagiku dah cukup baik

Tapi apakan daya
Setiap permulaan mesti ada akhiran
Aku ingatkan hubungan ini akan tetap utuh berpanjangan
Tapi tak terjangkaupun 2010

Maq,
Kenangan bersama tetap diabadikan

Kalau ikutkan, peduli apa aku dengan yang lain
Kau juga yang bertakhta dihatiku
Tapi.......
Apakan daya....aku hanya wanita biasa (luar biasa sebenarnya)

Terima kasih atas segalanya Maq
Kalau jumpa orang lain
jagalah dia dengan baik
Akupun kalau bersama yang lain
tetap akan ingatmu Maq

Jejaka yang membiru dihatiku
Okt 2002 - Jun 2009
I always love you Maq.

Gambar My Exboyfriend, Maq

Wednesday, June 17, 2009

Alone in.......... pool


Inilah kali pertama aku pergi swimming sorang-sorang. Lepas habis mesyuarat petang tadi terus aku ke Kajang Country Heights gi swimming. Berazam ni at least boleh buat 20 lap pun dah okay dah.

Sampai kat pool, memang aku sorang-sorang je swim. Kosong tak ada orang. Life guard pun tak de. Lantak....peduli apa aku. Aku pun start le swimming sorang-sorang. Dah setengah jam lepas tu baru le ada sekumpulan budak-budak datang. Tapi aku teruskan juga renangan aku. Dan akhirnya...siap 30 lap sebelum aku buat keputusan balik rumah. Tu pun dah pukul 6.00 petang. Ada hajat gak tu nak sampai 50 lap. Bertenaga je. Tapi rupa-rupanya keluar je dari kolam....adehhh sakit satu badan aku. hahahahaha Baru padan muka aku...memang letih rupanya.

Tuesday, June 16, 2009

Sekadar Coretan

Hari ni tak lah kerja teruk sangat. Tapi sebab malam tadi aku tidur lambat. Jawap soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar aku dalam forum. Bukannya mudah nak buat equation dengan menaip.

Jadi pagi ni aku rasa mengantuk sangat. Pukul 9 pagi aku keluar makan pagi ramai-ramai meraikan keberangkatan sahabat baik yang akan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Good luck and take care Ina, hope dapat melobi UMT supaya benarkan turut serta Bengkel dengan UNIMAS hujung minggu ini. Wish you can join us di Kuching.

Tengahari lak aku bergegas balik rumah sebab mak aku terkunci di luar rumah lagi...hehehe. Mak aku kata lain kali dia nak gantung kunci kat rantai leher dia. Dari jam 11 pagi tu melepak kat luar. Pukul 12.30 tghari baru aku dapat call dari abang aku yang pulang hantar Misha kat rumah. Aku singgah Kamsis tapau nasi dan lauk pauk untuk rumah. Dah sahlah mesti lapar giler semua tambah pula Izzah dan Asyraf balik pukul 1.

Pastu aku tak larat balik opis dah. Minyak kereta aku je pagi semalam isi, hari ni dah nak kena isi. RM30 tu aku isi semalam....hmmm memang about time la.


Monday, June 15, 2009

New Schedule


Sebenarnya semester pendek ni dah lama bermula. Tapi aku tangguh kelas kerana aku pergi Medan. Jadi minggu ni baru aku dapat jumpa student aku. Dengan kelas ganti yang aku kena buat lagi. Kira hampir tiap minggu akan ada kelas.

Kelas semalam aku penat betul. Actually bukan penat, tapi aku sakit pinggang. Dah lama tak berdiri lama. Last kelas untuk semester lepas berakhir dalam bulan April. Semester ni bermula semula dan kelas aku direct 4 jam. Biasalah sebelum nak adjust balik, memang sakit pinggang betul. Nasib baik kelas semester ni dapat kat kelas yang mempunyai fasiliti yang cukup baik. Dan yang bestnya aku tak naik tangga....penatlah naik tangga hehehehe.

Lepas tu aku ke cyberjaya ambil adik aku sebab kitaorang nak pergi rumah kawan, Jannah dan Fuad nyer wedding. Tapi aku tak de gambar...aku malas nak bawak kamera uwaaaaa

Tapi kat sana, aku memang sakan makan dan minum air. Kebetulan pula ada lak yang letak satu jug air sirap depan aku. Apa lagi, cover balik air liur yang hilang masa kelas pagi tu hehehehe. Sowwy lah korang...memang kering tekak betul masa tu.

Friday, June 12, 2009

Terminator Salvation


Hari Rabu yang lepas sempat bawa anak-anak pergi tengok Terminator Salvation. Not Bad at all. Nasib baik aku tak pening kepala dengan jalan cerita dia sebab cerita T1-T3 masih segar di ingatan. Nampak gayanya dah habislah keseronokan cuti sekolah. Budak-budak pun dah balik rumah masing-masing. Hari ini aku berangkat ke Seremban ada Bengkel 3 hari. Tapi hari Sabtu aku balik sebab hari Ahad aku ada kelas mulai jam 8 pagi.


Monday, June 8, 2009

17 Again


Just come back from watching this movie. Best oo cerita ni. I am glad Izzah ajak pergi menonton. Better than Night at the Museum 2. Zac Efron sememangnya pelakon serba boleh. Nice movie to watch with your family.

Saturday, June 6, 2009

Projek Cuti Sekolah

Sambung baca buku cerita. Aku suka cerita Sail tu. Tidak membosankan sama sekali. Yang dua lagi, si Izzah yang baca.

Aku cat kerusi makan ni bagi nampak berseri balik. Sarah memang rajin tolong aku. Termasuk le tolong temankan aku uruskan kereta aku setengah hari kehulu kehilir.

Naik seri dia balik....kembang kempis lagi hidung aku.


Projek cuti sekolah yang lain, termasuklah pergi swimming di Kajang Country Heights dan menonton movie di TGV. Memang meriah hidup.