Sunday, December 7, 2008

Menjelang Hari Raya Haji 2008

Hari ni pagi-pagi dah masak sarapan Nasi goreng special untuk semua. Lepas tu potong ayam dan siapkan bahan-bahan nak masak rendang ayam.

Siap semua, aku, hubby dan Sarah pergi KL beli tiket hubby dan terus ke Berjaya Times Square nak dapatkan semua chop sempena minggu setem untuk tahun ini. Ramai betul umat filateli ni, bersesak-sesak nak dapatkan chop. Dan chop tu pula ada ke di ikat dengan tali, habis berpintal-pintal sampai aku pakat ngan orang lain kasi gunting itu tali. Kalau tidak, aku nak chop aku tarik, orang lain nak chop dia tarik aku...tu yang jadi kes siku menyiku tu harharhar. Dengan bersesak ngan umat lagi...harharhar sanggap betul!

Maisarah Menang beg, t'shirt dan keychain kat berjaya Times Square

Beberapa passport book untuk kawan dan member online

Izzah main badminton di halaman rumah

Bersungguh depa main : Faiz dan Sarah

Ikan bulu ayam (tak tahu nama sebenar) tolong bangunkan kawan dia yang dah mati. Harharhar ini adik aku le yang kena sauk dia keluar, kalau aku mau basah sampai ke ketiak nanti coz aku pendek, jadi susah mau sauk sampai ke dasar.

No comments: