Tuesday, December 23, 2008

Field Work Experience


Gambar sekadar hiasan. Aku mana boleh ambil gambar kat situ.

Hari ini aku mengikut Azlina pergi buat field work kat Pusat Serenti Dengkil. Saja ambil pengalaman sebab aku tak pernah buat kerja lapangan di luar. Selalunya dalam sekitar kawasan universiti je. Aku pergi ikut atas minat mendalam nak belajar macamana buat field work di luar. Sekurang-kurangnya boleh aku memahami tugas-tugas Pembantu Penyelidik bawah pemantauan aku. Yang paling utama, sebagai persediaan aku nak buat ph.d. Bila? ntahlah...ade je alasan nak tangguh study harharhar.

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki kat Pusat Serenti apatah lagi berbual dengan bekas penagih dadah di situ. Dapatlah respondan dalam 140 orang. Itu pun kalau tanpa pertolongan dan kerjasama pegawai-pegawai kat Pusat, memang tak akan dapat punya mengutip borang soal selidik.

Banyak juga aku dapat belajar, dapatlah pengalaman aku melihat macamana perangai dan sikap mereka yang ditahan di Pusat Serenti. Rata-ratanya memang berbudi bahasa tetapi perlu hati-hati kerana mereka memang sungguh pandai bertutur kata. Bijak memanupulasi kata-kata. Terkena juga aku bila seorang pelatih memaklumkan kat aku, dia ditahan bukan sebab dadah tapi sebab ditangkap minum arak. Aku ingat betullah, jadi terima keputusan dia tak mahu jawap soal selidik. Bila aku tanya kat pengawal, sah-sah aku kena tipu. Memang semua dimasukkan di situ pasti kerana dadah...harharhar. Pengalaman!

No comments: