Thursday, December 25, 2008

Happy 13th Anniversary


To me and to dearest hubby

Tuesday, December 23, 2008

Gambar HT yang Berterabur

Po dan Alvin, kucing aku

Subwoofer yang lebar dari floorstand speaker aku.

PS3 dan Optoma HD65 (HD Projector). Kat belakang. Slow-slowlah, nanti aku buat satu persatu dia punya arrangement. Kalau dapat dedicated room memang aku buat betul-betullah.

Marantz SR5003 (amplifier) dengan Dua buah DVD Player aku.

Field Work Experience


Gambar sekadar hiasan. Aku mana boleh ambil gambar kat situ.

Hari ini aku mengikut Azlina pergi buat field work kat Pusat Serenti Dengkil. Saja ambil pengalaman sebab aku tak pernah buat kerja lapangan di luar. Selalunya dalam sekitar kawasan universiti je. Aku pergi ikut atas minat mendalam nak belajar macamana buat field work di luar. Sekurang-kurangnya boleh aku memahami tugas-tugas Pembantu Penyelidik bawah pemantauan aku. Yang paling utama, sebagai persediaan aku nak buat ph.d. Bila? ntahlah...ade je alasan nak tangguh study harharhar.

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki kat Pusat Serenti apatah lagi berbual dengan bekas penagih dadah di situ. Dapatlah respondan dalam 140 orang. Itu pun kalau tanpa pertolongan dan kerjasama pegawai-pegawai kat Pusat, memang tak akan dapat punya mengutip borang soal selidik.

Banyak juga aku dapat belajar, dapatlah pengalaman aku melihat macamana perangai dan sikap mereka yang ditahan di Pusat Serenti. Rata-ratanya memang berbudi bahasa tetapi perlu hati-hati kerana mereka memang sungguh pandai bertutur kata. Bijak memanupulasi kata-kata. Terkena juga aku bila seorang pelatih memaklumkan kat aku, dia ditahan bukan sebab dadah tapi sebab ditangkap minum arak. Aku ingat betullah, jadi terima keputusan dia tak mahu jawap soal selidik. Bila aku tanya kat pengawal, sah-sah aku kena tipu. Memang semua dimasukkan di situ pasti kerana dadah...harharhar. Pengalaman!

Friday, December 19, 2008

When the sound go kaboom : My New Subwoofer


Semalam aku pi beli subwoofer idaman Velodyne CHT-10R. Memang kena beli coz sound aku kurang bass. Fulamak...berat bebenar. Lepas setting, gabak subwoofer dari floorstand speaker aku. Dan bunyinya? huharharhar.....My dream theater. Memang layan betul. Test dengan HellboyII Blu ray, semua speaker berkerja keras. Hayunan pedang memang jelas dengar kat rear surround speaker. Pada mula aku rasa risau gak kalau-kalau mengganggu ketenteraman awam, tapi bila aku diri kat ruang tamu, tak dengar sangat. Sekali sekala je dengar booming sound dari bilik. Cadang nak fully test waktu siang hari, tapi aku lak kena masuk kerja walaupun cadang nak sambung cuti.

Malam ni aku test dengan Band of Brothers dan Kung Fu Panda. Best betul bunyi sound aku. Finally dapat dengar HD sound. Ada beberapa perkara yang aku nampak ada kelemahan. Pertama, Pioneer center speaker aku kurang upaya keep up dengan amplifier yang baru. Kedua, PS3 tak dapat bitstream TrueHD dan DTS-MA sound. Satu-satu dulu, sebab next priority rasanya nak rennovate rumah sikit. Tapi kalau semester Januari ada banyak kelas, memang boleh tukar speaker pula. Kedai AV favorite aku siap offer bawak semua speaker untuk test kat rumah kalau aku nak beli. Bila-bila masa saja boleh call. Dan beli subwoofer ni pun boleh main call aje. Depa pun dah tahu aku jenis cash and carry. Tak suka tunggu barang. Jadi sebelum aku datang, depa dah siap call store suruh hantar ke kedai...harharhar.

Nak ambil gambar home theater aku, segan lak nak tunjuk kat sini. Berterabur coz aku tak ada HDMI cable sepanjang 10M, jadi sebab aku kena masuk output ke projector, aku kena letak amp kat belakang. Jadi speaker dan sub cable memang lalu atas lantai je. Nak buat betul-betul tak boleh sebab aku memang nak letak amp kat depan nanti. Cuma tunggu nak beli cable HDMI. Belum ada masa nak market. Subwoofer cable yang baru ni pun cuma 4.5M jadi tertonggok le kotak hitam depan cabinet Hifi aku. Positioning masih terabur lagi. Tapi dah boleh layan dah great and fantastic sound. Kaboommm!!

Thursday, December 18, 2008

Sound Test and A New Knowledge

Pagi-pagi pukul 4 aku dah bangun. Hari ni memang nak ambik cuti tanpa rekod. Badan aku masih sengal. Dahlah semalam rearrange home theater dan workstation, tu pun tak siap lagi. Jalan pun dah macam robot dah ni. Sakit badan betullah. Aku kalau baru balik outstation mesti letih betul. Yelah, kat sana mana reti duduk diam, dari bangun tidur sampai tidur balik, kije...kije..dan kije aje. Plus swimming harharhar...ni perkara wajib buat kalau duk hotel. Jadi bila dah balik rumah, masa baring atas katil, baru terasa segala sengal, letih dan yang sewaktu dengannya.

Tapi disebabkan aku ada 'toy' baru, tak kira...bangun awal gak. Aku test Blu ray Celine Dion. Sebab Blu Ray Disc inilah penyebab aku decide nak upgrade sistem bunyi. Masa sistem lama Dolby 5.1 dulu, bunyi dia kurang jelas, ada semacam bunyi zzzzz keluar masa Celine nyanyi. Tapi bass memang cukup walaupun tanpa subwoofer. Sekarang butiran suara nyanyian memang jelas, tiada lagi bunyi zzzzz tu. Walaupun aku pasang sampai -50db, suara nyanyian masih jelas didengar. Baru sekarang aku puas hati dengan front speaker aku. Dulu, harap besar je, tapi semua serah kat center speaker buat kerja keras. Sekarang semua speaker berkerja keras..harharhar gelak lagi. Namun begitu, aku tak puas hati betul dengan bass. Kurang yang amat. Memang sahlah kena beli subwoofer. Apalagi...velodyne le jawapnya. Adehhh...kena kerja kuat lagi buat part time ni. Dah le perbelanjaan bertambah tahun ni coz monthly fees untuk anak nyer classes. Kije jangan tak kije. Dapat paycheck, go to hell le apa orang nak kata, dah penat-penat kerja, sendiri lah decide apa nak beli harharhar. Kalau tak buat part time, memang tak merasalah hobi yang mahal ni harharhar gelak lagi.

Knowledge baru yang aku dapat, rupa-rupanya PS3 hanya dapat bitstream DTS HD-Ma dan TrueHD kepada PCM. Puaslah aku fikir, napa kat amp tak dapat support DTS HD-Ma, rupa-rupanya PS3 punya hal. Apa maksudnya? Memang kena masuk BD standalone player dalam list jugaklah gamaknya harharhar..gelak lagi. Tapi sound PCM sudah cukup marvelous (tolak kekurangan bass aku ni).

Wednesday, December 17, 2008

Marantz SR5003: My New Amp


Front View

Huhuhu cadang nak beli Yamaha RxV663 tapi akhirnya decide beli Marantz SR5003. High end receiver. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bukan nak pakai setahun dua tahun, ni pakai lama punya, jadi beli yang bagus punya le.

Jenuh le adik aku setting sound dia. Memang clear sungguh bunyi dia. Seller dah suggest suruh tukar speaker, tapi aku rasa next time le. Adik aku pun dah sokmo jeck aku suruh tukar speaker. Tahu bebenar, dia nak speaker aku untuk pasang dengan amp Nakamichi tu. Tunggu next time punya part time pay check le. Best ooo...7.1 system. Tapi ternyata memang dia dah separate sound dia. Jadi dengan guna 5 speaker tanpa subwoofer, memang dapat kesan kekurangan bass. Harus aku beli velodyne subwoofer ni.

Malam ni test sound dengan Mamma Mia! Clear sound. Front speaker aku baru berkerja kuat dengan amp baru ni. Kalau tak, hanya center speaker je memekak. But again, bass memang kurang. Lepas tu layan Blu ray Indiana Jones: Kingdom of the Crystal Skull. Gambar marvelous sungguh. Semua input masuk ke amp, tiada kekurangan kualiti nampaknya.

Back view. Bolehlah buat 7.1 system kalau ada dedicated room.

My Blu Ray Week

My Blu Ray

Pukul 11.20 malam tadi baru aku sampai rumah. Pagi-pagi bangun memang nak pergi ofis ambil blu ray aku dan pergi jumpa doktor keringkan telinga dan minta ubat bontot aku yang lebam. Sengsara ooooo duduk je aku mengaduh. Telinga aku doktor tak boleh buat apa. Katanya air tu jauh kat dalam dekat dengan gegendang telinga. So, dia suggest aku tidur mengereng selalu supaya air tu keluar. Pastu dia kasi aku ubat lebam, susut bengkak dan tahan sakit. Kesian kat bontot aku tau. Rasanya nak je aku ambik gambar tunjukkan macamana punya teruk dia punya lebam, tapi tak kan lah pulak kan..kalu kat kaki tak pa lagi, ni kat bontot...hahahar. Doktor bagi MC hari ni...yeayea...

Apalagi...layan blu ray le aku minggu ni. Blu ray yang sampai:

1. Hellboy (Director Cut)
2. Hellboy II
3. Kung Fu Panda
4. Indiana Jones: Kingdom of The Crystal Skull
5. The Dark Knight
6. Band of Brothers

Yang paling best yang aku nak tengok ialah Band of Brothers (BOB) Steelbook. Yang bengangnya, kemek akunya BOB ni sebab main baling aja kot. Amazon kena ubah cara packaging kotak-kotak tin ni.

Dalam BOB

Saturday, December 13, 2008

Keseronokan dan Kesakitan

Presiden PSSM dengan TNC UDIM

Dari 12 hingga 16 Disember 2008, aku ke Kuala Terengganu sebagai urusetia dan camerawoman untuk Bengkel Bina Upaya untuk Ahli Sains Sosial Muda anjuran Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), Universiti Darul Iman Malaysia (UDIM), IKMAS dan UNESCO. Buat di Sutera Beach Resort. Kalau aku tahu resort ni tak de lif, tobat aku nak bawak beg samsonite aku. Dah le besar, berat lah pulak.

Awal-awal sampai, apa lagi, balun swimming pool le. Swimming pool dia besar, betul-betul berhadapan dengan laut. Sekarang musim tengkujuh, malam-malam ombak punya le kuat. Kami duduk tepi beranda (bilik ni kena tutup coz dekat betul dengan laut, bahaya ooo) layan ombak laut. Memang menakutkan. Tu baru kuat macam tu belum lagi yang melambung tnggi atau tsunami...hehehe gerun!

Pagi ni aku mandi swimming pool lagi. Masa lepas mandi dalam bilik air, aku tertolak pintu kaca bilik shower, dan selambanya aku jatuh kedebuk. Punya le sakit sebab bontot sampai peha memang betul-betul landing atas rail pintu kaca. Wahh...nak teriak..malu lak...boleh lak aku layan nyanyi dulu sebab nak fokus hilang sakit. Sampai ke petang ni aku jalan tak betul...berbirat dari atas bontot sampai belakang peha. Biru leee....duduk pun sengsara harharhar. Nasib baik kepala aku tak terhantuk kat dinding. Tapi memang sakitnya...memang sakitlah...kalau orang lain dah nangis dah...aku memang tahan sakit...huhuhu blackbelt la katakan.

Hari ni nak ikut Zurina jalan-jalan kat rumah dia. Gambar laut nanti aku ambil. Semalam malas nak usung kamera.

Sunday, December 7, 2008

Menjelang Hari Raya Haji 2008

Hari ni pagi-pagi dah masak sarapan Nasi goreng special untuk semua. Lepas tu potong ayam dan siapkan bahan-bahan nak masak rendang ayam.

Siap semua, aku, hubby dan Sarah pergi KL beli tiket hubby dan terus ke Berjaya Times Square nak dapatkan semua chop sempena minggu setem untuk tahun ini. Ramai betul umat filateli ni, bersesak-sesak nak dapatkan chop. Dan chop tu pula ada ke di ikat dengan tali, habis berpintal-pintal sampai aku pakat ngan orang lain kasi gunting itu tali. Kalau tidak, aku nak chop aku tarik, orang lain nak chop dia tarik aku...tu yang jadi kes siku menyiku tu harharhar. Dengan bersesak ngan umat lagi...harharhar sanggap betul!

Maisarah Menang beg, t'shirt dan keychain kat berjaya Times Square

Beberapa passport book untuk kawan dan member online

Izzah main badminton di halaman rumah

Bersungguh depa main : Faiz dan Sarah

Ikan bulu ayam (tak tahu nama sebenar) tolong bangunkan kawan dia yang dah mati. Harharhar ini adik aku le yang kena sauk dia keluar, kalau aku mau basah sampai ke ketiak nanti coz aku pendek, jadi susah mau sauk sampai ke dasar.

Friday, December 5, 2008

Melayan Mamma Mia!

Balik dari opis, apa lagi...layan Blu Ray le. For sure le hubby tak mau tengok cite ni. So sebelum dia balik baik layan cite ni dulu. Gambar memang cantik. Kalah betul yang aku download dulu. Cuma aku ingatkan widescreen rupanya tak. Tapi yang bestnya subtitles masa nyanyi tu ada...jadi memang nyanyi sekali lah. Fulamak...can't wait to buy my new amplifier. Mesti lagi gempak. Nanti aku rearrange theater aku...bersepah je sekarang.

Arrival of UK Blu Ray

Gumbiranya hati dapat pakej dari Amazon UK hari ini. Bolehlah layan weekend ni dan cuti raya haji. Malam ni sudah semestinya layan Mamma Mia! Dah le anak sedara ada kat rumah...besttt

Tuesday, December 2, 2008

Berjaya ke Times Square Lagi

Cadang nak beli passport book. Sedang aku duk ambil gambar, sekali Dato' Lat datang ambil sekali gambar...huhuhu gumbiranya hatiku. Adik aku yang tak suka join ambik gambar pun boleh join harharhar

Passport book untuk minggu setem kali ini. Pergi hari ni sebab nak beli yang inilah. Tak sangka Dato' ada, apa lagi, minta sign lah

Miniature Sheet dan booklet yang siap ditampal dan di chop sesedap rasa.

Jeng jeng jeng...dah dapat dua hari nyer chop.

Berjaya ke Times Square

Dari 1 -7 Dec ni merupakan minggu setem dan diadakan di Berjaya Times Square. Aku musti pergi punyer. Walau pun traffic jam yang melampau...akhirnya sampai juga aku. Aku pergi petang, tak sempat nak dapat tandatangan Datuk Lat.


Yup, 1 Dec adalah keluaran setem Lat. Sebab aku pemegang akaun SODA, jadi aku tak beli sangat lah setem kat sana. Cadang nak tengok dealer-dealer yang join sekaki. Nak cari 3 set setem aku yang masih lompong. Dapat 2 set je. Satu lagi (Keluaran hubungan Malaysia-China) memang kena cari kat ebaylah gamaknya.

Sayang, aku terlupa nak tanya harga passport book. Macam nak pergi balik je hari ni beli passport book tu.

Model aku: Amirah dan Maisarah