Sunday, November 2, 2008

Original Blu Ray vs Pirated Blu Ray

Hari ini aku nak tulis sikit pasal original Blu Ray Disc dan pirated Blu Ray Disc. Ramai kawan-kawan yang kata pirated Blu Ray dah keluar. Dan aku menegas setegas-tegasnya, There are no such thing as pirated Blu Rays!

Original Blu Ray

Okay, kalau nak banding fizikal memang tak nampak bezanya. Gambar kat atas ni Blu Ray original, juga dengan casing biru nyer. Sama je ngan kat bawah ni.

Pirated Blu Ray (nah it's DVD9 actually)

Tapi perasan tak kat gambar yang ini ada tulis DVD9? Taraaa.....tu kan dah sejelas-jelasnya bagitau kualiti dia camana. Blu Ray tak boleh main kat DVD. Perlukan player dia tersendiri. Kalau yang pirated tu mungkin extract content Blu Ray tapi terpaksa downgraded ke DVD9 untuk muatkan dalam disc itu dan boleh main dengan DVD player. DVD9 saiznya hampir 8GB manakala Blu Ray Disc saiznya sehingga 50GB. Berapa banyak saiz telah dikorbankan untuk dimuatkan dalam DVD9? Dan perlu diketahui DVD menggunakan sinar Merah (Red Ray), manakala Blu Ray seperti namanyalah, menggunakan sinar Biru. Dua-dua merupakan teknologi yang berlainan. BD-R masih mahal medium nya. Jadi sebab itu DVD9 menjadi pilihan.

Jadi kalau apek-apek lanun tu mati-matian kata disc yang dia jual itu adalah pirated Blu Ray, suruh je dia pasang kat DVD Player. Kalau boleh je main kat DVD player, It ain't Blu Ray la. Tapi jangan suruh pasang kat Blu Ray Player kerana Blu Ray player boleh je main DVD. Aku dah cuba beli satu so called pirated Blu ray ni. Cisss....memang tak sama langsung dengan original Blu ray. Cerita yang aku test ialah Pearl Habour. Walaupun gambar pirated Disc tu cantik dari DVD, tapi masih banyak grain pada kualiti gambar. Sound pun sudah pastilah tak seenak Blu Ray. Tapi aku tak boleh komen sangat pasal bunyi kerana sistem bunyi aku masih belum support HD.

Begitu juga kalau downloaded mkv. Terpaksa juga sacrifice saiz. Tak ramai orang sanggup download sampai 25-50GB satu filem. Majoriti downloaded mkv pun dah dikurangkan saiznya kepada 2-5GB saja. Berapa banyak dah sacrifice kan.

Aku pun bukan semua cerita aku nak beli Blu Ray. Mostly cerita yang best sahaja especially kalau saiz dia 50GB, sound TrueHd or DTS-MA, ataupun yang support 3D, baru aku beli.

Anyway, kesimpulannya, there's no pirated Blu Ray in the market. Not right now.

2 comments:

Anonymous said...

sebenarnya.....blu-ray cetak rompak itu sememangnya lebih baik dari dvd biasa. Mereka "rip" wayang blu-ray dan guna AVCHD untuk encode. Kemudian mereka kecilkan saiz dan letak ke dual layer dvd dalam bitrate maximum - 8-10 Mbps (bitrate dvd biasa - 3.5 -4 Mbps). Sedihlah,tada blu-ray special features yang terunggul!!! Saya tahu mana beli blu-ray cetak rompak dengan format blu-ray yang sebenar (hati-hati bukan semua player blu-ray boleh main tau)!!! Ia boleh dicari di Butik LeAnn dalam Floor 3 @ The Summit USJ. Jika mu nak beli satu keping, mu mesti bayar RM68.(Harga ori ialah RM149!!) Tapi tunggulah hinng ia jadi lebih murah!! Sekarang mahallah!!

Me said...

Blu ray cetak rompak menggunakan 25GB BDR. Blu ray original banyak yang menggunakan 50GB. Special Features banyak yang dikorbankan untuk memuatkan dalam 25GB. Kadang-kadang dengan harga RM60 saya sudah boleh mendapatkan original Bluray dari luar negara. Daripada beli pirated bluray, lebih baik tengok mkv saja.