Sunday, November 9, 2008

Pemergian Seorang Sahabat


Al-Fatihah untuk sahabatku Shamsul yang pergi dahulu menghadap Illahi. Takziah kepada Azlina atas pemergian suami tercinta.

Sungguh sedih atas pemergian ini kerana mereka berdua merupakan teman aku melancong bersama-sama. Gambar ini adalah gambar mereka berdua yang ada dalam simpanan aku semasa melancong ke Langkawi bulan February lalu. Lepas itu banyak lagi trip kami bersama-sama seperti ke Port Dickson dan ke Kuching Sarawak. Tapi gambar tiada dalam simpanan aku.

Walaupun Sham selalu panggil aku 'Kak NiRa' sebenarnya kami lahir pada tahun yang sama. Sebab Ina memang panggil aku 'kak NiRa' tu yang dia pun panggil aku kak juga.

Berbekas juga dalam hati ni sebab arwah memang seorang sahabat yang baik. Semoga Ina tabah menghadapi hidup ini.

No comments: