Sunday, May 18, 2008

Syarahan Umum Menteri Penerangan Malaysia

Semalam, aku ikut geng-geng Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) ke persidangan Syarahan Umum Menteri Penerangan Malaysia, YB Datuk Ahmad Shabery Cheek bertajuk "Cabaran Baru Mengurus Media dan Maklumat di Malaysia".

Walaupun aku ahli PSSM seumur hidup, tetapi pemergian ke persidangan kali ini adalah atas tujuan penjualan buku-buku IKMAS. Sambil-sambil tu, aku masuk juga untuk mendengar ucapan YB Menteri.

Tak perlulah aku huraikan apa yang dinyatakan disini kerana banyak liputan telah dikeluarkan di akhbar-akhbar. Malah masa berita jam 8 malam tadi, muka aku pun ada masuk 2-3 kali. Cuma aku je yang tak tengok TV. Akulah salah seorang manusia kat Malaysia ni yang tidak menonton RTM seperti yang dibangkitkan oleh YB. Tapi aku adil...semua stesen TV aku tak tengok termasuklah astro....wakakaka. Aku lebih senang dengan internet. Informations whenever I need. :D

Dari pemerhatian aku, YB ni memang berbeda dengan orang lain. Mungkin ilmu intelektual dia lebih tinggi and he sounds not stupid at all macam kebanyakan ahli politik yang lain...hehehe sorry to say.

No comments: