Petang tadi, seperti setiap hari, aku pasti melayan sebentar kucing di luar rumah. Si Alvin ada dalam bilik terpingga-pingga melihat Izzah main batu seremban. Aku saja keluar tengok si comey (betina) adik si Alvin. Sekali nampak dia tengah menyusukan anaknya yang masih kecil. Satu saja anak nya, warna hitam.
Aku keluar kerana nak beri seketul ayam kepadanya. Tapi si comey ni memang takut sikit dengan orang. Aku cuba dekati dia perlahan-lahan. Namun bila dah dekat aku lemparkan ayam tersebut berdekatan dengan comey kerana tak mahu ganggu anaknya.
Comey bingkas bangun cuba mendapatkan ayam tersebut. Namun begitu, sebaik saja dia bangun, terus dia pandang anaknya. Dan sungguhku tak sangka Comey memilih untuk baring semula untuk menyusukan anaknya. Comey masih kecil dan kalau ikutkan masih berada dalam umur anak kucing (kitten). Umurnya belum lagi menjejak satu tahun...lama lagi. Tapi melihat keperihatinan dia terhadap penjagaan anaknya...memang menakjubkan.
Sesuatu untuk manusia belajar dari kejadian ini........

No comments:
Post a Comment