Yang jadikan cerita masa bersama-sama semak tu, 2 ekor profesor yang bijak pandai tu sesedap rasa je mengutuk sana sini. Padahal data semua depa yang bagi. Aku tenang lagi masa sesedap rasa je ayat depa keluar dari mulut. Subhanallah...depa ni memang tak tahu kata-kata yang depa keluar tu sebenarnya bukan kata-kata untuk membetulkan kerja-kerja penulisan, tetapi lebih kepada merendahkan diri orang yang menyediakan laporan. Memanglah terdapat salah ejaan kerana yang menaipnya staff bawahan aku. Aku lak tak la semak betul-betul sebab tujuan mesyuarat pun memang untuk buat kerja editing.
Sekali terdengar kat telinga aku :
"lain kali kita bagi diorang dictionary"
Zasss.....memang naik darah aku. Terus aku bersuara:
" Boleh saya nyatakan sesuatu.....nak buat benda ni bukannya mudah...data saya kena olah....bukannya mudah....so jadi ayat tu jaga la..............."
Pastu aku tak tahu nak sambung apa lagi sebab darah aku dah membuak-buak dah. Kalau aku David Banner memang dah tukar jadi hulk warna merah dah. Dushhh! aku sound Profesor yang berintelek dan tua tu. Senyap lepas tu. Nasib baik pengerusi teruskan agenda...kalau depa layan aku...mahu aku yang keluar bilik mesyuarat kang...wakakaka
Tapi sebagai pegawai yang terlatih....immediately lepas tu aku cool down. Kerja-kerja editing pun dapat diteruskan dengan keadaan ceria. Yang bunyi-bunyi sumbang tu terus dah tak dengar.....wakakaka. Ni le kali pertama aku sound depa. Ingat aku diam-diam je boleh pijak-pijak ke.
Pengajarannya, jagalah kata-kata. Jika kita kata kita orang profesional, act as it is. Malu aku...nama je Profesor, sikap tak menunjukkan langsung. Kalau nak membetulkan orang bawahan kita betulkan dengan cara profesional bukan secara tak langsung kita kata dia bodoh! Aku pun nak minta staff aku betulkan sesuatu tak de la aku nak tambah ayat-ayat negatif.
Bila tiba masa depa nyer laporan (satu laporan je bukannya banyak), banyak salah, tahu lak kata pening kepala. Yang aku edit semua laporan-laporan tu, tak de lak aku kata pening kepala, jadi siapa buduh sekarang ni?
Anyway....puas hati aku dapat sound sebijik kat depa!!!! wakakakaka
1 comment:
cayalah k.nira...
Post a Comment