Saturday, April 19, 2008

Car Tire Replacement


Tanggal 16 April, aku ke Seremban untuk menghadiri mesyuarat Semakan Pengurusan ISO Pusat Pengurusan Siswazah. Sebelum pergi, pagi itu aku menduduki peperiksaan PTK di UKM.

Cadang nak berangkat tengahari. Sebaik saja nak melangkahkan kaki masuk ke dalam kereta, aku ternampak tayar kereta aku ada sedikit koyakan. Periksa dengan teliti, nampak le kesan-kesan calar dan merekah. Waduh....it is about time to get a replacement.

Nasib baik adik aku ada di sekitar Kajang masa tu. Dia lah yang bawa kereta tu pergi ganti tayar. Kena le hampir RM800 termasuk upah kos alignment.

Lepas tu memang best bawak kereta...maintain speed 130KM/hour wakakaka....siut je kalau kena saman!

No comments: