Friday, April 8, 2011

Things we do at nite

Izzah suka melepak atas katil aku sebelum aku masuk tido. Some sort of daily routine get together at the end of the day lah kira nya kan.

Lama-lama baru aku perasan, each time kami melepak berdua bersembang atas katil. Dua lagi anak angkat berbulu tu pun selalunya akan turut sama melepak atas katil. So aku kata kat Izzah, this is our family gathering time.

Oleh kerana kami lakukan perkara ni hampir setiap malam, I just yell "Familyyy Gatheringgg" bila aku dan Izzah dah melepak atas katil.

Yup, si abang akan datang menyelit terutama disisi Izzah sebab si abang suka punggungnya digaru oleh Izzah. Si adik juga akan naik atas katil ambik posisi sendiri. Strange huh? Tapi sebaik saja Izzah keluar dari bilik aku, budak-budak ni pun berterabur ntah ke mana. Jadi dah sampailah masa aku beradu.

Itu belum lagi budak-budak tu suruh aku bangun sebab lapar. Biasanya, Si adik akan duduk atas badan aku dengan mukanya seinci je dari muka aku. Si abg duduk sebelah juga menghalakan muka nya betul2 depan muka aku. Tak bangun juga, siaplah si adik jilat muka aku, yang tak tahan tu jilat bibir aku, kang kena selsema kucing kang padan muka aku. Tapi yang si abang pula lagi hebat, he will throw anything that can move dari atas meja.

hehehe I so love my family.

No comments: