Friday, April 8, 2011

Things we do at nite

Izzah suka melepak atas katil aku sebelum aku masuk tido. Some sort of daily routine get together at the end of the day lah kira nya kan.

Lama-lama baru aku perasan, each time kami melepak berdua bersembang atas katil. Dua lagi anak angkat berbulu tu pun selalunya akan turut sama melepak atas katil. So aku kata kat Izzah, this is our family gathering time.

Oleh kerana kami lakukan perkara ni hampir setiap malam, I just yell "Familyyy Gatheringgg" bila aku dan Izzah dah melepak atas katil.

Yup, si abang akan datang menyelit terutama disisi Izzah sebab si abang suka punggungnya digaru oleh Izzah. Si adik juga akan naik atas katil ambik posisi sendiri. Strange huh? Tapi sebaik saja Izzah keluar dari bilik aku, budak-budak ni pun berterabur ntah ke mana. Jadi dah sampailah masa aku beradu.

Itu belum lagi budak-budak tu suruh aku bangun sebab lapar. Biasanya, Si adik akan duduk atas badan aku dengan mukanya seinci je dari muka aku. Si abg duduk sebelah juga menghalakan muka nya betul2 depan muka aku. Tak bangun juga, siaplah si adik jilat muka aku, yang tak tahan tu jilat bibir aku, kang kena selsema kucing kang padan muka aku. Tapi yang si abang pula lagi hebat, he will throw anything that can move dari atas meja.

hehehe I so love my family.

The 'I am God' Game is on......

Semalam geng AV talifon awok. Punya le lama tak hupdate ce cite masing-masing kan. Tu dia geng dah kalahkan awok pakai mitsubishi HC3800 Full HD gamoknya ye. Marbelos! Tapi yang bestnya geng awok dah pecahkan lobang tempat nak dapatkan bekalan Bluray Lanun. Awok apa lagi, memang nunggu je nok try cuba test tengok BD jack sparrow ni.

Ke situ la awok lepas balik kerja. Leleh liur awok nengoknyer. Manakan idok nyer, awok beli BD ori punyalah ke mahal nyer. Sinun jual RM18 sekilo eh skpg je utk yg BD25. Tapi idok le pakai box biru-biru tu. Yang BD50 baru arge RM40. Tak leleh awok dibuat nyer?! Steel Box lagi.... ko ade?

Masa tu pulok ada lak satu geng ni sudah sound-sound awok kata awok bazir duit beli BD. Ehhh sukahati awok lerr...ete nyer awok pakai duit kome ke? Khutbah panjang awok dapat tau....bla bla bla kan lebih baik duit awok tu digunakan untuk buat pahala.

Amboi-amboi, kalau nak tazkirah pun, sekali cukup, bila awok bidas balik kata nyer, awok pula dikatakan hati dah keras suka hiburan. Awok nak gelak sungguh dengan orang macam ni.

Excuse mee maggi... Untuk makluman kome, home teather awok tu dah ketandusan bahan. Dari duk wat perhiasan, baik awok beli lain supaya boleh digunakan. Suka hati awok ler.... duit tu duit awok. Yang kome tu bila cakap technologi Blu ray, haram jadah nak tahu. Helloo... orang islam perlu berilmu bukan ilmu akhirat je. Ni kome nak pakai komputer program advance sikit pun tak reti lagi nak kata apa org lain buat semua salah, tak islamik lah konon. Piraaahhhh

Bila awok suruh kome kata kat Syed Mokhtar tu, dah kaya jangan pakai BMW, guna kan untuk buat pahala je... relevant kah? silap-silap Syed Mokhtar pun kome tak kenal tu...maklumlah katak bawah tempurung, suh cari kerja kat bandar pun takut yelah orang bandar tu kome kata syaitan banyak, maksiat banyak. Kome pergi situ sure kome jadi maha syaitan jugak. Tapi kome tak tahu, kalau betul iman tebal di dada, tak de nyer terpeleot tak de nyer nak tolong bimbit garfu merah kepunyaan tanduk merah tu walaupun ke mana-mana. Inilah contoh kenapa islam tak dihormati sekarang ni. So salahkah orang kaya pakai BMW pakai ferarri? Hellooo orang kaya itu mungkin menderma dan membantu orang lain beribu-ribu kali ganda dari kome. Simboliknya, mungkin awok dah belanjakan duit awok ke arah pahala lebih dari kome berbelanja ke arah itu. Tapi awok ni bukan jenis mencanang bab2 itu. Jadi kalau awok tak canang, tak bermaksud awok ni tak buat. Ada paham kah? adakah awok perlu berbahasa arab untuk menerangkan yang ini yelah bahasa lain tu bukan bahasa syurga kan. Tapi kalau awok tulis arab pun bukan kome reti pun wakakakaka.

Dude.... remember this "Your judgement does not indicates God Judgement" opss kome mana reti cakap english...bahasa syaitan ni... jadi kata angel nya ialah "Ko tu Tuhan ke sampai leh tentukan orang tu lebih beriman dari Ko???!"

Tapi orang macam ni awok memang malas nak layan.... akhirnya awok kata kat dia, dah habis ngaji dah? dah habis satu juzuk ke hari ni. Janganlah membazir dengan menulis sms dan syaitan itu amatlah menyukai orang-orang yang membazir.

Untuk pengetahuan pembaca, awok memang suka sangat membidas orang sebegini sebab awok nampak depa ini idok sedar diri. Duk Pongpang pongpang macam bagus nah, tapi sebenarnya amatlah mendukacitakan baik dari segi pemikiran apatah lagi pengetahuan. Baru ko tahu buku ngan ruas yo.... Next time, nak berdakwah, belajar juo cara-cara nak berdakwah dengan baik. Kena ngan mokcik-mokcik kampung yang education non ado bolehlah ko main satu arah. Kena ngan mokcik brutal macam awok ni, siap ko..mana hujah ko. Tapi sayang.... kome gagal menyakinkan... FAILED!

Tapi awok cuma boleh doa supaya org ini diberi hidayah oleh Allah, bukan di beri hidayah oleh parti politik yang membasuh otak supaya membezakan orang-orang yang sah ke syurga dan ke neraka. Tu lah...orang suh belajar pandai-pandai supaya bosar dapat kerja bagus-bagus...ni dah tak dapat kerja bagus-bagus dah nak rampas pulok kerja Tuhan.... adehhh.