Tuesday, January 11, 2011

Ketagihan Melampau

Siapa sangka benda ni boleh buat aku gian.....


Kalau dah seminggu tak pergi 'menembak' memang rasa macam tak boleh duduk diam. Mesti kepala aku ligat je fikir subjek apa yang nak ditembakkan.

Semalam aku keluar lagi, tah kenapa si Izzah bersetuju temankan. Tapi dia lepak dalam kereta je sambil membaca buku dan mulut mengunyah jagung bakar. Aku pula sendirian di luar mengambil gambar-gambar panorama.

Malam tadi ada dua benda yang aku nak test. Satu, mencuba mempelajari buat gambar HDR. Kedua, mencuba mencipta panorama.

Berjaya juga aku buat latihan HDR

HDR mudah saja, ambik 3 set gambar pada setting yang sama cuma tukarkan exposure sahaja. satu exposure biasa, under exposure dan over exposure. Pastu ketiga-tiga gambar tu aku gabungkan menjadi satu. Latihan telah berjaya dilakukan. Tahniah kat diri aku sendiri :P
Yang kedua, aku nak cuba buat panorama. Ambik beberapa set gambar dan dicantumkan menjadi panorama. Jadi gambar akan menjadi lebih panjang. Problemnya disini, subjek aku gelap, jadi kalau nak buat panorama pun, tak menarik dah sebab subjek gelap.

Kenapa subjek aku gelap?Tu la pasalkan.... aku ambil gambar dari jambatan wawasan. kiri kanan jambatan ada tiang tembok. Tripod aku memang lebih rendah dari tiang. Jadi kalau aku guna tripod, tiang tembok akan masuk dalam gambar aku dan subjek aku pun terlindung dengan tiang. So aku tak ada pilihan lain kecuali handheld.

Nasib baiklah aku memang standby sepeket macaroni dalam beg kamera aku. Bukan untuk aku masak, tapi sebagai alas untuk kamera aku kalau aku terpaksa letak dia atas tempat yang tidak rata. Macamana aku dapat idea ni, aku pun tak tahu, tapi kadangkala memang membantu sangat pada aku. Aku masih boleh ambil gambar sehingga 5 sec dengan bantuan peket ni. Kalau harap sokongan tangan aku je....hmm jangan harap, gegar memanjang.

Lepas ni aku nak scouting tripod yang agak tinggi...err ada ke?

Ingat mudah ke ambik gambar slow shutter tanpa tripod... huhuhu sengsara!


Ni lah pembantu setia aku

No comments: