Sunday, July 18, 2010

Hotel Incident

Pagi tadi semasa berada dalam kereta, aku tukar selera dan mendengar radio. Aku pun dah tak ingat channel berapa. Tapi adalah terdengar kisah tersalah masuk bilik hotel.

Kisahnya, ada mamat ni nak masuk bilik hotel dia ingat bilik dia dan kawan dia kot, dan dia ketuk pintu. Sekali buka orang lain lah pulak. Tapi dia nak cover malu dan kebetulan dia tengah pakai smart siap bertali leher, boleh pulak dia berlakon dan kata “Is everything O.K?”

Well, teringat pula satu insiden yang hampir serupa tapi tak sama yang berlaku pada aku somewhere long time ago. Masa tu aku ada Bengkel di Melaka dan pada minggu itu pula adalah minggu Christmas jadi nampak gayanya hotel semuanya penuh dengan customer.

Aku sampai sudah jam 1.30 petang dan jam 3 petang aku dah ada meeting. Jadi masa check in tu receptionist dah kata bilik belum tersedia dan minta aku tunggu lebih kurang kul 2 baru boleh masuk. Tapi key room dah awal-awal beri pada aku.

Jadi dalam pukul 2.30 aku pergilah ke bilik dengan harapan tak perlulah aku duk usung beg baju aku yang besar itu. Bila aku open je bilik tu pakai card key, sekali pintu tu dihalang oleh lock rantai yang selalu kita kunci dari dalam tu. Aku pun agak keheranan tapi terkejut jugalah sebab dalam bilik tu masih ada orang. Satu keluarga mat saleh masih tak sedar-sedar lagi nak check out.

Dengan muka blank-blank dan tak puas hati aku, nak lah kata aku next guest dan hope dia boleh keluar cepat. Tapi belum aku cakap, pompuan tua itu dah cakap dulu,

“Oh I’m sorry, but you can tidy up and clean this room. It’s okay for us”

Sekali dia ingat aku housekeeping hotel daaa….

Sentap tak? Dah lah menyusahkan aku, pastu anggap aku housekeeper lak tu. Aku menci aku menciii tauuu…..

Gurau Jahanam

Teringat satu kisah yang melibatkan aku masa muda-muda dahulu.

Masa tu aku kena hadiri sesi taklimat pelajar-pelajar baru. Biasalah kan, pelajar-pelajar yang masuk semester tu memang ramai. Jadi masa tu aku masih ingat aku berbaju kurung yang biasa-biasa je lah walaupun aku rasa dah cukup vogue.

Aku duduk ditengah-tengah kerusi yang masih banyak kosong. Aku tengok pensyarah-pensyarah dah siap menunggu kat atas pentas depan dewan. Pelajar-pelajar senior siswi dan siswa aku tengok masing-masing macam berlagak je. Satu demi satu kerusi sebelah menyebelah aku di penuhi. Dan akhirnya penuhlah dewan tu dengan pelajar-pelajar baru yang diwajibkan dengar sesi taklimat yang begitu membohsankan minda aku.

Ini merupakan hari pertama sesi suai kenal, dan sudah pastilah ramai masih keseorangan dan masih dalam hasrat untuk mencari kawan. Jadi masa sesi tu baru nak bermula, aku beranikan diri menegur kawan di kiri dan kanan aku. Depa pakai pun biasa je lah, macam budak sekolah…simple je, kira aku anggun lagilah dengan baju kurung yang berlabuci, gelang emas yang bergermilapan lagi…. Aku rasalah mesti budak-budak ni jaki kat aku sebab aku melaram ni.

Rata-rata aku yang mulakan perbualan, duk dorm mana? Okay ke tidur malam tadi? Depa pun duk gaklah membalas pertanyaan aku. Depa pun nampaknya dah suka sebab aku dah berani tegur depa dan buat kawan. Depa pun ceritalah lagi, tapi masa ni dah masuk bab mencaci cerca bilik hostel dan peraturan yang tah apa-apa yang memenatkan dan mencabar kedewasaan masing-masing.

Dalam pada itu budak sebelah kanan aku dah beri amaran kat aku. Dia kata, “kat sini mana boleh pakai barang kemas, ni (tunjuk gelang aku) tak boleh ni. Ni salah ni. You tak boleh pakai ni. Lebih baik you bukak, nanti depa nampak tak pasal-pasal kena. Macam bagus je depa tu kan” katanya sambil mencebik kat siswi yang berlagak macam pengawas yang melilau je tengok kita orang bersembang.

Yang siswi senior berlagaks ni pulak, sambil mencegilkan mata, sound setepet dia hambur kat aku dengan suara yang aku rasa nyaring sikit je dari ayam betina lepas bertelur. “Hah! Yang sana tu (sambil tunjuk kat aku), tolong diam sikit ye!”

Huhuhuhu budak-budak lain semua pandang aku, dan masing-masing menikus. Pensyarah yang bagi taklimat tu terus potpet-potpet kat depan. Pensyarah lain yang berlagaks nerd kat atas pentas tu pun duk pandang-pandang aku sambil tersengih. Hmm… sudah! Diam aje la aku. Budak-budak sebelah aku pun dah menikus diam je dengar segala taklimat.

Lepas habis tu kami kena beredar ikut giliran bangku masing-masing jalan ke depan dewan dan terus keluar menuju ke tempat sesi seterusnya.

Dalam berjalan sehingga depan dewan itu, aku terus naik ke pentas dan duduk disebelah rakan-rakan pensyarah yang lain.

Dan aku mendengar budak yang duduk bersebelahan aku tadi menjerit.

Sebenarnya semua terjadi tanpa dirancang. Aku kebetulan memang duduk di bangku pelajar dan terlambat bangun apabila pelajar mula mengisi tempat. Oleh kerana aku malas nak meminta laluan keluar, aku duduk saja disitu sehingga tamat sesi. Pelajar-pelajar senior tahu siapa aku, dan tanpa dirancang juga mereka seolah-olah ikut dengan sandiwara tanpa dirancang ini. Pelajar senior yang menegur aku itu adalah bekas pelajar aku, dan kami memang mesra. Jadi tanpa dirancang, dia juga turut bersandiwara. Kesian kat budak-budak yang duk sebelah aku tu, depa ingat aku student baru juga hehehe.

Tapi, budak-budak tu, aku tak ingat muka depa selepas itu, dan aku rasa aku tidak mengajar mereka, kalau tidak sudah pasti peristiwa itu menjadi bahan ketawa aku di dalam bilik kuliah.

Sekarang ni, tak da masa langsung nak berlawak jenaka dalam kelas. Dari saat pertama sampai saat terakhir semuanya subject matters. Bila imbau balik kenangan mengajar budak2 matrikulasi memang lebih fun dari mengajar budak degree.

Tuesday, July 13, 2010

Tempted But....

Sekarang ni aku tengah tunggu Izzah dan Misha habis kelas piano masing-masing. Dah lama aku tak masuk music school Izzah dan duduk tunggu. Macam-macam bunyi yang aku dengar tapi semuanya merdu dan menenangkan.

Dulu aku yang teringin nak belajar main alat musik. Akulah yang pertama sekali beli alat musik dan instrumen yang aku beli adalah gitar. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Nak belajar masa tu kelasnya jauh juga dari rumah. Dan waktunya pula tidak menyebelahi aku kerana clash dengan waktu Izzah tuisyen.

Kemudian aku beli keyboard. Tapi itu pun sekadar meniru notes yang siap di program dalam keyboard. Akhirnya Izzah pula yang menunjukkan minat dalam musik. Dia belajar violin terlebih dahulu sebelum enroll dalam piano. Sekarang dia telah gugurkan violin dan hanya fokus pada piano.

Terfikir aku, kalau aku ada duit dan aku ada masa kenapa tidak aku teruskan minat dan keinginan aku belajar main satu instrumen musik? Kenapa tidak aku belajar main gitar?

Adakah wanita seusia aku yang dah lewat 30 tahun tidak boleh bermain gitar? Untuk knowledge dan fun semata-mata?

Aku tahu mungkin orang lain kata dari bazirkan duit kat main gitar tu why not habiskan duit belajar betulkan bacaan Al-Quran. Memang boleh tapi hati ini idaklah terdetik lagi kearah situ. Mungkin satu hari. Am I bad because choosing guitar over kelas bacaan Al-Quran?

Hmm depa ni lak tengah main lagu Unchained Melody using piano and violin...nice. Really macam nak mempengaruhi aku untuk belajar musik. Entahlah, tapi aku ni memang really appreciate music. Aku selalu kagum dengan orang yang boleh bermain musik. Kagum kerana kesungguhan dia belajar pelbagai ilmu bukan kagum sampai tak de kerja lain sampai nak paksa anak aku jadi ahli musik pulak. Bak kata Nyonya Mansor..."pantang ketrunan aku ahlil muzikk". Aku kagum pada orang yang mempunyai bakat tapi dalam masa yang sama dia pelihara pelajarannya.

Anyway, kepada anak-anak yang sedang belajar muzik, keep it up. You did great!

Thursday, July 8, 2010

I am not a bright Kid

Yah it is true.

I was born as a child yang nakal-nakal gitu. Oleh sebab mak aku seorang guru agama, jadi kecil-kecil sebelum tadika aku memang dah ke sekolah agama. Tapi aku ni amatlah mendukacitakan mak dan ayah aku sebab aku more interested bermain-main police & thief dan sorok-sorok secara profesional.

Dulu, we as a kid we have a great opportunity to have fun as a kid. Masa tu aku tinggal di kawasan perumahan rumah murah dan ramailah angkatan-angkatan anak-anak dalam lingkungan sebaya yang secara otomatiknya menubuhkan kelab tersendiri.

Dari pagi sampai ke senja, kije aku adalah mencipta permainan dan menggalakkan keaktifan kelab untuk terus bermain dan bermain sehingga mendapat lebam sana sini di badan di cubit oleh emak masing-masing.

Part paling aku maha tak sukanya apabila lepas maghrib aku kena bersila (ye aku mana suka bersimpuh) depan mak mengaji Muqaddam. Right, buku yang aku sukar nak khatam. Mak aku ni dia punya tahap kesabaran ajar anak orang memang bagus tapi ajar anak sendiri memang hancus, jadi gerentilah lebam lagi peha aku kena cubit sampai pernahlah kena das tampar kena bibir. Tu dia mak dulu-dulu memang wrestlemania. Kita mana ada berani nak angkat muka kat mak kita masa dulu, tapi budak sekarang dia bukan angkat muka je tapi terus angkat semua termasuk kaki belah terus itu pun hanya kalau di potpet potpet je. Kalau kena macam aku, mau kena saman kalau tak pun kena bom C4 agaknya ye.

Jadi tahap pembelajaran aku masa sekitar umur bawah 10 tahun tu aku memang teramat le lembabnya. Memalukan ajo hahaha. Kalau nak kata sebab pemakanan, korang nak tahu, mak aku tu jaga makan dengan amat baik sekali, tak de nya aku dibenarkan sama sekali membaham chekedes dan makanan yang sewaktu dengannya. Tahu dek mak aku sembunyi-sembunyi beli dan makan, birat lagilah badan aku ni.

Mungkin aku hyperaktif kot, entahlah tapi seingat aku masa aku kecil dulu aku memang tak reti duk diam. Aktiviti lasak adalah kegemaran aku. Dan seperti biasalah aku idaklah popular malah lagi ditolak tepi sebab kije aku hanyalah melasakkan diri. Tapi yang peliknya pelajaran di sekolah rendah awam boleh pula aku mencapai top 10 pelajar terbaik, tapi idaklah dalam bidang agama. Memang tak boleh jadi ustazah macam mak aku kot.

Bila usia sudah mencecah 10 tahun, aku lagi sangat aktif dalam sukan sampaikan kalau nak wakil sekolah tu, orang pertama yang cikgu cari adalah aku sampailah nak wakil main catur yang haram jadah aku tak reti nak main pun aku jugak yang wakil sekolah, pelik tapi benar. Masa ni pula aku dah dinobat sebagai pengawas sekolah. But again, because character aku yang lasak, diberi pangkat ni memang kesukaan aku. Pada tahun inilah baru aku perasan aku sudah boleh membaca Al-Quran dan pada tahun itu juga aku khatam. Lagi, pelik dan benar. Tapi apa-apa pun, semuanya kerana mak aku, sebab dia sentiasa menanti dengan sebilah rotan kalau aku gagal baik dalam pelajaran sekolah mahupun baca Quran. Oh ya, aku masih ingat lagi satu peristiwa abang aku ngadu kat mak aku sebab dia punya la tidak gemar melihat aku bermain bola sepak dengan budak lelaki. Aku rasalah kalau zaman tu ada futsal, aku gerenti aku boleh jadi pemain terbaik.

Masa di sekolah menengah, aku ni pelajar sedang-sedang aja. Sekali lagi aku memang minat bersukan dan kali ni aku main softball. Kira ni permainan baru bagi aku lah. Tapi oleh kerana minat aku, aku sanggup berada di padang pagi petang dan menghitamkan kulit lagi mensasakan badan macam jantan. Masa ni kawan-kawan dah start bercintan cintun tapi aku tak ada siapa pun, maklumlah sapa nak kawan ngan pompuan yang legam lagi tough ini. Tapi yang bestnya, walaupun aku kat padang macam padang tu lah dunia aku, pelajaran kat sekolah aku masih maintain 10 pelajar terbaik. Tapi bagi aku idaklah hebat mana sebab sekolah aku sekolah kampung, rata-ratanya sama bodoh je macam aku hahaha.

Tapikan lagi sekali mak dan ayah aku tak benarkan aku wakil sekolah atas alasan nak ambik SRP. Masa ni aku sudah diarahkan ke pusat tusyen di KL naik bas awam. Masa ini jugalah start zaman aku bercinta ungka. Masa ni baru aku nampak sikit perubahan tahap keintelektual aku terutamanya subjek matematik. Baru buka sekolah, aku dah habis buat buku kerja. Satu buku kerja, padahal baru belajar bab 1. Jadi lepas tu bermulalah tugas tambahan aku membantu cikgu mengajar kawan-kawan yang agak kurang kefahaman. Masa time periksa, kertas jawapan aku berjalan sampai ke depan kelas padahal aku duduk belakang sekali. Macamana depa boleh pas tiru-tiru aku pun tak tahu, tapi biasalahkan kita zaman sekolah dulu masih berpegang wa tolong lu, lu tolong gua.

Well, aku idaklah score baik dalam SRP. Kalu penilaian darjah lima (now so call UPSR la) lagi haram. Masa Izzah, anak aku ambik UPSR tahun lepas, aku dengan konfidennya kata i was a bright kid always score A padahal haram nyahhh. Kalau Izzah tahu ni mana aku nak letak muka? Sampai sekarang dia tak tahu hal sebenarnya. ha ha ha syhhhh.

Tapi aku dapat masuk kelas sains. Kira bangga semacamlah kan kalau masuk kelas sains. Tambahan pula kat sekolah aku tu satu je kelas sains nyer, dan secara tak langsung satu je la kelas dak-dak yang perasan pandai. Tapi tahap kenakalan aku ni memang susah dibendung. Pernahlah kena tangkap dan dipanggil dan didenda depan perhimpunan sebab aku meletupkan mercun di sekolah. Lepas tu memang aku attack cari pengawas yang wat laporan tu...masing-masing menikus tak berani nak ngaku. Apa taknya, taiko sekolah. Dengan geng yang satu kepala, kira macam baguslah kan. Pakai kasut sekolah pun jenis yang high cut punya. Tak ke ganas? Asal cikgu tak masuk kelas je kami panjat pagar sekolah menyelinap masuk kat ladang getah pergi pekan. Tahu dek mak aku memang bukan birat je, aku rasa arwah aku jadinya. Nasib baik aku pandai cover. Tu belum lagi mak aku tahu benda-benda tak snonoh yang aku buat macam gi berchenta kat bas stop, pergi ronda-ronda sampai Pertama Komplek padahal kata kat mak, aku ada kelas tuisyen.

Tapi yang peliknya cikgu kelas aku (Puan Phuah, eventhough u garang but i muah you lah), habaq kat ayah aku yang aku okay, tapi cuma banyak bercerita dalam kelas dan kalau aku bercerita semua kawan-kawan aku pakat duduk berkumpul dengar. Dah macam tukang karut lah pulak aku ni.

Tak tahulah kenapa, mungkin berkat mak aku jaga makan aku, jangan makan benda bukan-bukan, masa SPM tu aku dapat jugalah pangkat 1. Dalam geng aku, hanya aku je yang dapat pangkat 1. Jadi bermulalah zaman aku berpisah dengan geng aku. Aku dapat masuk UTM. Masa ni kan, aku berjinak balik dengan pelajaran agama. Masa ni lah kira aku transform dari pompuan yang ganas kepada muslimah yang sopan. Tapikan masa nilah aku rasa tahap pelajaran aku tahap cipan, aku rasa macam nak kena buang je sebab haram kejadahnya aku nak faham dan score subjek. Pstt...masa ni masih menghubungi kekasih lama wakakaka

Tapikan Allah swt tu sayang kat aku, sebelum takdir menunjukkan aku mungkin kena buang universiti atau ulang semester (aku agaklah, masa tu baru 2 bulan je mendaftar, tapi progress aku macam tenuk), datang lak tawaran untuk aku lanjutkan pelajaran buat American Associate Degree selama dua tahun, dan dua tahun terakhir ke USA. Tapi sebelum tu aku kena buat intensif Bahasa Inggeris dan Mathematic sebab aku punya BI masa SPM tu dengan berbangganya aku katakan credit 6..... ha ha ha.... malu tak?

to cut the story short, camtulah diri aku. Aku bukan dilahirkan sebagai kanak-kanak yang pintar. Aku punya pelajaran banyaklah turun naik nyer, mostly nyer mendatar je lah. Now sekarang bila aku nak wat ph.D orang kata aku pandailah apalah. Tapi sini aku nak menegaskan, aku idaklah macam tu. Ni pun nak tahu camner nak buat cadangan penyelidikan saja pun boleh ambil masa 5 tahun untuk aku memahaminya. Jadi, aku tahu bukan senang apa yang aku akan tempuhi. Cuma aku harap aku masih dikurniakan semangat juang yang tinggi oleh Allah swt.

Memories of My Internet Usage

Kali pertama aku menggunakan internet dalam sekitar tahun 1993 semasa aku menuntut di States. Masa aku sampai tu pun belum ada browser hangat-hangat macam sekarang ni. Jadi mostly nya semua pakat-pakat online IRC je. Masa tu kenalan-kenalan hanyalah budak-budak Malaysia yang belajar di seantaro dunia.

Dulu pada mula, aku heran juga, amendalah kawan-kawan ni duk pakat stay lama-lama kat makmal komputer. Lepas tu asalkan balik rumah je bersidai lama-lama dengan talifon pulak. Kira online jugak la tu kan. Sehinggalah bila aku tahu mende ni boleh cari ramai kawan jadi tak adalah life yang so call lonely kat sana tu ditempuhi sorang-sorang.

Maka dengan itu, matlamat aku nak tumpu belajar juga telah terbahagi dengan matlamat untuk mencari kawan-kawan dalam IRC. Masa time aku dulu tu oleh kerana majoriti budak-budak Malaysia yang study abroad, jadi keinnocentnannya tu agak boleh dipercayailah. Not that we trust their kebaikan sebab mostlynya jantan-jantan yang aku jumpa dalam IRC ni dia berjiwa dua alam. Not that dua alam tangan terpatah tu, cuma sometimes bila kita bercakap dengan depa, kata-kata dalam IRC cukuplah ganaz tahap jerung dengan segala kata-kata lucah yang kalau di sensor, lebih banyak dengar bunyi 'TUT' dari dengar bunyi perkataan. But to tell the truth, depa ni jumpa kat luar, aku rasa pijak semut pun tak mati. Jalan siap tundukkan pandangan pun ada hahahar.

Majoriti us, female, suka cari kawan male and vice versa la. The best result yang we can gained from using those IRC ialah dapat mencari port-port melepak kalau nak pergi vacation. Disamping aku dan kawan-kawan menghabiskan beras, lektrik dan air kat rumah kawan-kawan yang kami kenal dari IRC kami juga menjadi host para musafir yang ingin melihat ceruk rantau bandar yang kami tinggal. Bandar ke?

To think of it, aku suka keadaan dulu. You are abroad but yet you feel so close to each other (semalaya lah kunun). But biasalahkan, tak kisahlah korang duk umah lelaki ke kat situ as long pandai-pandailah bawa diri err body. Tak de nya nak wat mende tak snonoh kat sana tu.

So masa tu memang aku mulalah belajar segala codes yang memudahkan perbualan. Alah smiley codes tu...dulu setakat :D atau ;D dan yang biasa-biasa tu lah. Kira dah diterima dan diluluskan SIRIM sejak zaman peradabanlah. So mende-mende ni semua dah dikira macam formal codes yang everybody should know and understand.

so fast forward to new century......zzzezztttt

Satu kejadian yang aku tak boleh lupa berinteraksi dengan kekasih lama apabila aku menggunakan code :P ke :D ke, asalkan aku tulis camtu mesti tak dapat response apa-apa. sehingga aku terperasan adakah dia memahami maksud tersebut? lantas aku tanya:

aku: bang, tau ke maksud :P tu?
dia: tahu

ceh confident kan...

aku: apa maksudnya?
dia: ohh maksud dia pergi, pergi camtu la....

apakah? adakah ini gurauan tenuk untuk ku dihari itu?

so adakah:
:D = datang

mampus aku...... i hope he didn't think LOL as TOLOL!

Life with No TV


Asalkan ada game bola yang aku tak mau miss, kenalah aku usung diri aku, anak-anak aku balik rumah mak aku kat Cheras. Kalau bermalam sampai dua malam, anak-anak jantan aku kenalah usung sekali. Alvin pasti seronok betul sebab masa inilah dia berkesempatan menikmati keindahan alam dan kebebasan melawat kawan-kawan lama. Kalau bawa depa ni memang penuhlah kereta aku sebab barang-barang depa je mengalahkan barang-barang Izzah dan aku.

Rumah aku tak ada TV. Apatah lagi astro mahupun antenna TV. Kalau orang dengar aku cakap aku tak ada TV orang mesti ingat aku ni sengkek kalau tak pun memang weird dah tahap boleh duduk bersama Ben Laden di dalam gua. Silap-silap Ben Laden pun ada satellite TV dalam gua dia tu.

Bila duk tercongok depan TV pagi-pagi buta rabun ayam ni, sekurang-kurangnya rumah mak aku ni banyak leh pilih TV. Dari Plasma 50", LCD 32" sampai le TV lama yang macam-macam style, padahal duk dua orang jugak kat umah ni. Kira hebat lagi le mak aku nyer home entertainment kan.

Aku bukan apa, kalau tak pasal world cup, memang tak heran aku ngan TV mahupun astro ni. Setakat HBO, starmovie dan cinemax tu, sebelum cite boxoffice keluar main kat channel tu, semua cite tu aku dah tengok. Nak layan telenova dan cerita sambung menyambung sampai dah rasa tak ada life sebab nak asyik tunggu sambungan cite tu je, minta maaplah aku nak layan.

Aku hanya menonton bila aku rasa aku ingin menonton. Dan aku menonton dengan sistem yang boleh memberi aku kepuasan. Quality is everything to me. I'm not looking for quantity. Jadi tak kisah aku hidup tanpa TV.

p/s kadang-kadang teringin gak nak sambar satu letak dalam bilik aku untuk melayan malam-malam yang bohsan hahaha

Wednesday, July 7, 2010

This is so dangerous

Aku kurang sihat hari ni. Tekak sakit, batuk dah mula datang sekali sekala, semua sendi sakit sampai nak bengkokkan lutut pun tak bermaya. Demam tak ada cuma terasa agak kurang sihat. Kadangkala batuk keluarkan lendir sekali dengan darah. Mungkin ada luka di salur pernafasan sebab dari semalam aku asyik muntah. Dada terasa agak sakit.

Tapi pergi juga ke opis sebab rasanya boleh abaikan segala ini, lagipun ada kerja penting tak siap lagi. Jangan dilayan sakit itu lagi dilayan lagi tak sihat dibuatnya.

Tapi yang malangnya, seseorang telah provoke aku hari ini sehingga menyebabkan darahku seolah-olah terasa mendidih. Yang tak boleh aku lupakan, aku boleh rasa jantung aku berdegup kencang umpama baru berlari lepas kena kejar hantu. Getaran sungguh kuat sehinggakan aku boleh dengar dan tanganku mula menggeletar.

Oh My God! this is too bad. Beristighfar aku sambil praktikkan apa yang telah aku pelajari. Kawal pernafasan dan aliran darah, kawal dengupan jantung dan perlahankannya. Alhamdulillah ianya berhasil. Syukur aku masih boleh mengawalnya.

Tapi keadaan ini membuatkan aku kena berhati-hati. Aku kurang sihat sekarang ni dan dah lah aku skip lunch, apa yang berlaku aku kena hati-hati supaya kesihatan aku tak bertambah buruk. Aku tak perlukan ini semua. Jadi aku nekad mulai saat ini sekiranya ada apa-apa yang membuatkan aku marah, aku akan abaikan saja tolak mentah-mentah. Hidup aku terlalu berharga untuk melayan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan aku.

Apa-apa pun aku tetap akan setia menyokong pasukan aku malam ini hahahaha

Thursday, July 1, 2010

New Family Member is Here. Welcome Yamashita Shiro

Akhirnya dapat gak ambil gambar Shiro

28 Jun 2010. Shiro akhirnya berhijrah ke rumah aku. So sekarang ni, aku selaku Mom and Dad, Izzah, Alvin dan Shiro dalam satu rumah.

Yamashita Shiro, DLH breed, warna putih, mata sebelah biru sebelah kuning merupakan anak kucing jantan aku terkini. Namanya diberikan oleh Izzah, Shiro bermaksud putih, Yamashita tu entahlah aku bukannya pandai bahasa jepun, tapi tak salah Izzah kata something about the mountain lah. Aku dah lupa apa dia kata. Izzah memang asyik dengan artis jepun nya dan tak salah aku, itu pun sempena nama artis kegemaran dia "Yamapi". Shiro ini dihadiahkan oleh adik aku. Tq Ayie!

Masalahnya, aku tak sangka Alvin sebegini cemburu. Alvin enggan menerima kehadiran Shiro. Shiro pula oleh kerana tahu Alvin ada dalam rumah, maka kebanyakkan masanya dihabiskan bawah katil aku. Sampai bersihlah bawah katil aku ni sebab shiro dah lap dengan bulu dia yang tebal tu. Bulu dia dah kekuningan dah, nak kena mandilah tu. Nantilah sebab Shiro baru dapat suntikan, selalu kucing perlukan sedikit masa antara hari suntikan dengan waktu dia perlu dimandikan. Agaknyalah, itu yang diberitahu semasa aku bawa Benji untuk suntikan masa dulu-dulu.

Alvin sekarang sudah mengelak untuk masuk ke dalam bilik aku. Cuma duduk di tingkat bawah rumah. Aku agak risau Alvin menghuni di tingkat bawah sebab abiliti dia menggaru sofa aku. Sofa aku dah berbulu kena garu dengan Alvin....adoiiii. Silap haribulan kan adalah aku tampal tepi sofa aku dengan plaster kain. Aku sanggup buat camtu dari tengok sofa aku koyak....uwaaaaaaa

Masa saja yang akan membuatkan depa berdua ini berkawan. Sebelum tu memang penat sikit lah aku dibuatnya sebab aku terpaksa menyediakan makanan, minuman dan cat litter yang berasingan untuk depa. Mengemas setiap hari pun dah jadi dua tugasan untuk aku. Apo nak buekk... memang aku suko kucing.

p/s Gambar Shiro masih belum dapat ambil sebab dia masih belum bersedia. Aku sentiasa membayangkan kalau aku boleh letak Alvin dan Shiro sebelah menyebelah untuk di ambil gambar. Abang yang sangat besar disebelah adik yang sangat kecil. hehehehe