Friday, July 24, 2009

Opportunity Cost : KLIAV 2009 and Trip to Medan

Hari ni sepatutnya aku fly ke Medan. Tapi sebab majoriti batalkan pemergian, aku pun tumpang sama lah. Tambahan pula projek cat rumah aku tengah berjalan. Jadi aku teringat, ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu kalau aku tak ke Medan iaitu Kuala Lumpur International Audio Visual Show (KLIAV) 2009 di JW Marriot KL.

Dulu aku ada cakap kalau aku pergi KLIAV 2009 ni aku nak tengok Marantz CD5003, CD Player. Jadi aku pun jeling-jeling gaklah. Jeling juga Blu Ray Standalone Player, tapi yang aku berhajat di hatiku tak jumpalah pula...Nasib baik...selamat duit aku.

Yuran masuk RM10 seorang. Lepas tu boleh cabut hadiah misteri. Aku dapat headset ni.


Member-member yang lain dapat pen je. Sorrylah kengkawan, rezeki murah hari ni :P. Jenuh gaklah tengok satu persatu. Dari tingkat bawah, naik ke atas dan turun semula ke bawah ........ perghh capik!

Akhirnya dapat gak aku sambar Marantz CD5003. Tak perlulah tunggu CD6003 keluar yang pasti harganya dah RM1600-1800. Aku ambik model CD5003 ni je lah. Dapatlah harga RM999. Tu pun puas aku tawar, cam beli kat pasar malamlah pulak kekekeke.


Berat gak aku duk usung kehulu kehilir barang aku ni. Alhamdulillah kengkawan take turn tolong bawakan sekali. Sambil nak berjalan balik tu, boleh pula aku sambar 3 Blu Ray Disc Movie, trilogy Pirates of the Carribean. Keluaran HVN, no wonder a bit murah. Audio just PCM 5.1 (48KHz/16-bit). Kalau beli US punya, audio dia PCM5.1 (48KHz/24-bit). Tapi yang extranya, ada subtitles Bahasa Melayu. Aku belum pasang kat sistem aku. Sekarang tengah layan CD lagu dengan player baru...perghhh mantap!

Pirates of the Carribean trilogy

No comments: