Saturday, July 25, 2009

Updated: My HT costs

Ini updated spending aku pada HT kesayangan aku

Marantz SR5003 RM2700
Optoma HD65 RM3800
Draper RM800
Velodyne CHT-10R RM2000
PSB T45 RM2400
PSB C40 RM1100
Pioneer Rear RM300
PS3 (BD player) RM1380
Pioneer DVD Player RM1000
Marantz CD5003 (CD Player) RM999
Cables RM1300
AV Cabinet RM1000

Kos keseluruhan : RM 18,779.00

Friday, July 24, 2009

Opportunity Cost : KLIAV 2009 and Trip to Medan

Hari ni sepatutnya aku fly ke Medan. Tapi sebab majoriti batalkan pemergian, aku pun tumpang sama lah. Tambahan pula projek cat rumah aku tengah berjalan. Jadi aku teringat, ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu kalau aku tak ke Medan iaitu Kuala Lumpur International Audio Visual Show (KLIAV) 2009 di JW Marriot KL.

Dulu aku ada cakap kalau aku pergi KLIAV 2009 ni aku nak tengok Marantz CD5003, CD Player. Jadi aku pun jeling-jeling gaklah. Jeling juga Blu Ray Standalone Player, tapi yang aku berhajat di hatiku tak jumpalah pula...Nasib baik...selamat duit aku.

Yuran masuk RM10 seorang. Lepas tu boleh cabut hadiah misteri. Aku dapat headset ni.


Member-member yang lain dapat pen je. Sorrylah kengkawan, rezeki murah hari ni :P. Jenuh gaklah tengok satu persatu. Dari tingkat bawah, naik ke atas dan turun semula ke bawah ........ perghh capik!

Akhirnya dapat gak aku sambar Marantz CD5003. Tak perlulah tunggu CD6003 keluar yang pasti harganya dah RM1600-1800. Aku ambik model CD5003 ni je lah. Dapatlah harga RM999. Tu pun puas aku tawar, cam beli kat pasar malamlah pulak kekekeke.


Berat gak aku duk usung kehulu kehilir barang aku ni. Alhamdulillah kengkawan take turn tolong bawakan sekali. Sambil nak berjalan balik tu, boleh pula aku sambar 3 Blu Ray Disc Movie, trilogy Pirates of the Carribean. Keluaran HVN, no wonder a bit murah. Audio just PCM 5.1 (48KHz/16-bit). Kalau beli US punya, audio dia PCM5.1 (48KHz/24-bit). Tapi yang extranya, ada subtitles Bahasa Melayu. Aku belum pasang kat sistem aku. Sekarang tengah layan CD lagu dengan player baru...perghhh mantap!

Pirates of the Carribean trilogy

Tuesday, July 21, 2009

Keasyikan Musikal


Aku memang tak pernah dengar nama 'William Joseph' sebelum ini. Masa aku nonton Blu Ray David Foster and Friends. Mr. Joseph buat persembahan lagu Asturias. Memang mengkagumkan. Lepas tu aku cuba kat piano di rumah aku. Perghhh keras dan sakit jari aku mencubanya. Dia main piano untuk lagu ni macam main gendang. Memang hebat.

Aku pula memang peminat orchestra. Tapi tak bayak yang boleh memikat jiwa aku dengan cepat kalau aku dengar musik. Tapi adunan William Joseph ni memang luar biasa. Tak perlu aku dengar banyak kali untuk menyukainya. Aku kalau dengar lagu selalunya bukan saja dengan telinga tapi dengan hati aku sekali. Kalau hati aku dapat merasainya, memang hebatlah lagu itu bagi diriku.

Sebab itulah aku berusaha cari CD William Joseph ni. Kalau blu Ray keluar, memang aku chop dululah. Tak sia-sia, memang majoriti lagu dia dapat aku rasai. 'Kashmir' lagi satu aku suka. mengingatkan aku pada cerita Requeim for a Dream.

Thursday, July 16, 2009

Concerts Blu Ray Disc


Menambahkan koleksi Concerts BD. Josh Groban : Awake Live dan Michael Buble: Caught in the Act.

Wednesday, July 8, 2009

Heart Sings to Hit Man


I just got this Blu Ray Disc. David Foster & Friends : Hit Man. Darn beautiful songs. I have to admit, Marantz really produce good sound on music. Bought it at speedy for RM79.90 only. a very good deal for Blu Ray Disc at the moment. I think i should get Michael Buble and Josh Groban too.

Sunday, July 5, 2009

My Aircond Went Kaput

Nampak gayanya keluar lagi duit saving aku. Aircond bilik aku dah rosak. Kalau on kan, sukahati dia nak off sendiri. Kalau off, sukahati dia nak on sendiri pulak. Aku pakai aircond ni dah lama ada 7-8 tahun jugaklah. Lepas tu aircond ni jenama LG 1hp. Masaklah nak sejukkan bilik aku tu. Memang bil lektrik aku tinggi betul setiap bulan. Pastu asalkan panggil orang service mesti selalu depa komplen aircond ni tak best. Lantak arr.


Jadi sekarang dengan pejam mata, aku terus niat nak beli baru. Panas ooo. Aku tak boleh pasang home theater aku kalau panas sebegini. Suhu bilik aku dah cecah 32c dah. Kalau aku on kan sistem home theater aku, ada lah bulb projector tu lagi cepat kaput kang. Jadi apa nak buat, berkorban apa saja, saving aku la jadi mangsa.

Jadi, aku sambar Daikin 1.5hp inverter model FTKD35DVM. Memang tak lawa pun, tapi harga dia lawa RM1.73K dan yang penting, jimat elektrik! Bulan ni bil lektrik aku RM406. Tengok le kalau pakai yang ni berapa lak dia sapa aku.