Thursday, May 7, 2009

Save Them!


Hati aku yang cukup tenang diganggu bila aku baca pasal cerita 300 ekor anjing terbiar di buang di sebuah pulau. Berasap telinga aku. Memanglah populasi kalau dah tak terkawal akan sebabkan masalah. Tapi janganlah menzalimi macam tu. Kalau korang satu hari tak makan, apa rasa? Salahnya penduduk situ gak. Yang tak mahu kasikan anjing-anjing sendiri sampai mating dan bertambah-tambah populasi anjing kat situ, kenapa tak fikir dari awal? Lepas tu senang-senang je campak anjing tu ke pulau tak berpenghuni.

Aku memang angin betul orang yang menzalimi binatang. Lihatlah betapa anjing-anjing ini memandang ke arah penempatan. Sudah pasti mereka kelaparan. Aku sanggup melihat mereka diberi suntikan maut perlahan-lahan daripada dibiarkan mereka kelaparan dan mati kebuluran.
Aku support usaha selamatkan anjing-anjing ini. Menghantar anjing-anjing ke Pulau Selat Kering itu bukan caranya untuk mengawal populasi dan menjaga keselamatan di Pulau Ketam.

No comments: