Wednesday, May 27, 2009

Amazon.com Package is here


Rupanya dah lama barang ni sampai. Tapi baru hari ini aku masuk opis, memang dah terasa-rasa barang pesanan aku dah tiba dari USA. Izzah must be very happy today, fortune card dia dah dapat hari ni.

Aku punya blu ray pun ada sekali. Tujuan pembelian kali ni memang untuk izzah saja. Tapi sebab nak jimat kos penghantaran, tu yang aku beli lagi Blu Ray Disc. Harga fortune card dia saja dah hampir menyamai harga Blu ray disc aku.

Kereta Ku Rosak Lagi


Arghhh tak tahan aku. Dia dah start sukahati rosak tengah jalan. Pagi tadi tengah nak ke opis, walaupun aku selalu perhatikan temperature dia, sekali tiba-tiba mendadak suhu naik. Aku pun bergegas le berhenti kalau boleh nak le ke station minyak Shell yang di belah kanan aku. Baru nak masuk ke stesyen minyak, injin kereta mati terus kat tengah-tengah simpang lak tu. Hehehe dengan selambanya aku hidupkan lampu kecemasan dan turun buka bonet...kang kereta belakang ingat aku suka hati je melepak dalam kereta tengah-tengah dunia.

Nasib baik le pakcik teksi kat belakang tu turun dan tolong tolak kereta aku masuk stesyen minyak. Pastu datang lagi sorang yang tengah naik motor berhenti dan tolong tolak. Terima kasih banyak-banyak ye.

Pastu aku tunggu adik aku datang. Adik aku kerja malam, nasib baik dia belum keluar opis lagi. Memang kering air kereta. Minyak hitam pun habis disedutnya. Hos air pun boleh tercabut? Adehhh...adakah aku terpaksa membuat keputusan drastik berpisah dengan kereta aku ni. sayang memang sayang. Tapi dah dia buat hal rosak tengah jalan...tarak tahan aku weii.

Sekarang kereta aku masih kat bengkel. Tak tahu le berapa pulus lak yang kena.

Tuesday, May 26, 2009

New Furniture

Hari ni aku cuti. Bukan saja penat selepas pulang dari Medan, tetapi hari ini juga aku punya perabut sampai. Jadi pagi-pagi aku dah bekerja keras membuka katil lama dan memindahkan kabinet AV. Sakit-sakit badan aku dibuatnya.

Alvin dah rasmikan dulu katil ni. King size with 10 inches matress. Enak banget! By the way, cadar ni aku beli kat Medan. Punya le jauh beli sebab aku tahu aku tak ada masa nak beli kat Malaysia sebelum perabut aku sampai. Nasib baik aku beli kat sana. Kalau tidak, sampai la ni, tilam aku bogel.

Aku suka betul kabinet baru ni. Simple tapi bergaya.

Thursday, May 21, 2009

Away to Medan

Babai....

Aku nak gi Medan hari ni ikut rombongan IPTAs menyertai Ministry of Higher Education Exhibition (MOHEX) 09 dari 21 dan 25 Mei ini di Grand Angkasa International Hotel, Medan, Indonesia.

Bebanan aku :P



Sunday, May 17, 2009

Projek Bosan

Memang aku tengah bosan. Jadi time bosan-bosan ni ada je aku mencipta kerja-kerja tambahan. Apa lagi...projek aku:

Almari buruk aku ni dah berumur belasan tahun. Dah tanggal cat dia sana sini. Jadi apa lagi...projek mengecatlah pulak.

Inilah hasilnya. Hebat. Memang puas hati. Tapi tahu tak, esok aku tukar cat warna putih pula. Itu putih kelabu sikit. Memang sesuai dengan draper aku, tapi akhirnya aku ambil keputusan cat putih lak. Kenapa?

Hehehe semalam aku ikut kakak ipar aku pergi tengok perabut. Sekali aku dah sambar katil King Size + tilam dan AV kabinet. Kos semua RM3.8K. Kaler putih! Tu pasallah aku kena cat semula semua warna putih. Nanti dah sampai perabut tu aku kasi preview sikit. Ambil masa satu hingga dua minggu juga baru siap sebab aku demand quality pada binaan. Memang kedai tu barang-barang dia anggun dan kelas gitu. Cadang aku nak upgrade perabut-perabut kat rumah sedikit demi sedikit sebab design kedai tu memang taste aku.

Tak kira, walaupun kena cat semula...akan aku cat balik warna putih!

Balik rumah je, Izzah lak bising demand dia punya bilik sendiri. Next projek: Build Izzah own bedroom. Tengah tunggu quotation harga renovation. Within budget kalu, jalannnn....

Sunday, May 10, 2009

Saturday, May 9, 2009

Where is Alvin?

Alvin masa kecil. Masih stray. Selalu ada kat belakang rumah minta makan. Aku bela dia sebagai pengganti Benji.

Malam tadi dia tidur dengan aku. Sebantal lak tu. Sampai akhirnya aku tolak dia tidur tepi. Dan seperti biasa kalau tidur sebantal tu mesti dia pegang pipi aku. Manja betul.

Pukul 5 pagi, aku suruh izzah keluarkan dia sebab dia dah bosan dan mulalah nak mencampak barang-barang aku ke bawah. Kadang-kadang memang dia tolak remote control aku sampai jatuh ke bawah. Bukan tu saja, kipas USB, botol dan apa-apa saja benda kecil yang bertenggek kat atas meja, akan jadi bahan buangan dia ke bawah kalau dah bosan.

Sikit punya cantik aku pelihara dia.

Pagi tadi masa nak keluar beli sarapan dia masih ada. Garfiled pun ada di luar. Cuma bila aku pulang dari beli sarapan sampai sekarang ni tak nampak langsung batang hidung dia. Punyalah aku duk laung panggil nama dia. Aku dah tak sedap hati dah sebab Benji dulu pun hilang waktu sebegini. Sekitar jam 9 pagi last nampak dia lepas tu tak pulang-pulang ke rumah lagi.


Sekarang, hanya garfield saja yang pulang. Si Garfield ni pula sudah agak kurus. Apa taknya asyik bergaduh sahaja. Tapi Alvin lain. Dia kucing yang telah dikasikan. Dia tidak mencari kucing betina juga penakut dengan kucing jantan. Jadi kalau dah lama macam ni, aku dah rasa tak sedap kalau-kalu dia hilang. Sayang ooo kucing tu. Jaga punya baik siap penuh kasih sayang lagi.

Semoga Alvin baliklah esok.....

Thursday, May 7, 2009

Save Them!


Hati aku yang cukup tenang diganggu bila aku baca pasal cerita 300 ekor anjing terbiar di buang di sebuah pulau. Berasap telinga aku. Memanglah populasi kalau dah tak terkawal akan sebabkan masalah. Tapi janganlah menzalimi macam tu. Kalau korang satu hari tak makan, apa rasa? Salahnya penduduk situ gak. Yang tak mahu kasikan anjing-anjing sendiri sampai mating dan bertambah-tambah populasi anjing kat situ, kenapa tak fikir dari awal? Lepas tu senang-senang je campak anjing tu ke pulau tak berpenghuni.

Aku memang angin betul orang yang menzalimi binatang. Lihatlah betapa anjing-anjing ini memandang ke arah penempatan. Sudah pasti mereka kelaparan. Aku sanggup melihat mereka diberi suntikan maut perlahan-lahan daripada dibiarkan mereka kelaparan dan mati kebuluran.
Aku support usaha selamatkan anjing-anjing ini. Menghantar anjing-anjing ke Pulau Selat Kering itu bukan caranya untuk mengawal populasi dan menjaga keselamatan di Pulau Ketam.

Wednesday, May 6, 2009

Menonton Sendirian - XMen Origin

Hari ini walaupun kurang sihat, aku pergi sorang-sorang ke JayaJusco Balakong nonton Xmen Origin. Walaupun workprint cerita ni bersepah kat internet, aku tetap pilih menonton di panggung wayang. Kesian gambar kat panggung wayang tak cantik. Bilalah sistem visual panggung wayang nak bertukar ye. Gambar sepatutnya lagi sharp tanpa banyak grain. Anyway, aku enjoy dengan cerita ni.

Sebelum tu tengok trailer yang dimainkan, fuh banyak juga cerita berderet nak ditayangkan yang mana semuanya kaw-kaw! Summer time le katakan.


Aku nonton sendirian, dan pada mulanya aku ambil seat tepi. Tapi bila dah duduk situ, angle tak best la pulak. Aku pindah...tapi lepas tu ada lak orang baru masuk. Aku pindah balik. Agak dah 20 minit mula, aku pindah lagi cari seat angle yang lebih baik. Lantaklah kalau orang tengok makcik ni suka hati je cari spot baik punya. Untuk kepuasan diri sendiri. Ni bukan calang-calang makcik ni, ni makcik giler AV wakakaka!

Tapikan, orang lelaki kat belakang tu bising arr...belum apa-apa dia dah bersuara dulu. Wolverine jerit dia pun nak jerit sama. Mau je aku jerit 'shut-uppp!' Apa daaa...tak reti etika tengok wayang tul.

Tak pe...nanti aku layan ngan home teather aku nanti bila cerita ni release.