Wednesday, April 29, 2009

Yanni dan Marantz CD5003

Hari ni penat betul otak aku bekerja. Seharian duk perah otak buat laporan MQA yang tak sudah-sudah.

Balik dengan perut kelaparan, aku ajak adik aku makan luar dulu. Lepas tu dengan tenang aku fikir lagu apa aku nak dengar dengan sistem aku. Akhirnya aku pergilah cari CD Yanni: Live at Acropolis. Orchestra concert yang aku gemar sejak aku belajar kat States lagi. Memang aku beli semua koleksi CD dan tape video dia masa tu....All original! Tapi time tu cuma ada tape video je, tak ada DVD.


Kemudian terfikir pula aku, kalau aku mainkan CD ni dengan player yang baik, sudah pasti lebih enak. Drive pula dengan SR5003...perghhh. Jadi apa lagi aku pun mengadaplah komputer cari maklumat. Hmm...marantz memang terkenal dengan bawaan music dia yang amat baik. Adakah aku akan pergi audition Marantz CD5003?


Mungkin elok juga aku kembangkan home theater aku kepada Hi-fi juga. Tambahan si Izzah suka betul dengar audiophiles. Belum lagi yang classic macam Beethoven, Bach, Mozart, Tchaikovsky, Chopin, Vivaldi dan ntah apa-apa lagi, yang mana dia lebih mengenali berbanding dengan aku yang zero knowledge dalam musik. Kadang-kadang berebut-rebut juga dengan si Izzah. Aku dengar genre lagu-lagu aku, dan dia lak nak dengar musik kegemaran dia. Adehhh......

Tapi bila dengar Yanni semula, memang revive balik aku punya mood. I wish Yanni Concerts keluar dalam Bluray disc. Memang sambar punya.

No comments: