Thursday, April 30, 2009

My New Gadget - HTC Touch Cruise T4242

Tadi aku keluar nak belikan Izzah handphone baru. Handphone lama dia bateri dah kong. Lama dah merengek baru sekarang aku layan. Tapi aku beli yang biasa je. Sony Ericsson W350 je warna purple, warna kesukaan dia.


Handphone baru Izzah

Tapikan.... aku pun terjebak sama gara-gara melihat HTC Windows Mobile. Terus aku sambar HTC Touch Cruise T4242. Nasib baik le aku tak beli iphone. Memang sakan aku godek gadget baru aku ni. Tapi sorry arr..... Sony Ericsson P1 aku trade in.

Barang-barang yang dapat

Memanglah P1 lagi cantik, tapi function wise.... memang kalahlah P1


Nipis je.

KLIAV 2009


Kuala Lumpur International Audio Visual Show (KLIAV) 2009 akan berlangsung pada 24 - 26 Julai 2009 di JW Marriott Hotel KL.

Arghhh darnnn..... Aku masa tu ke Medan lah pulak...Cet! punya la nak tunggu KLIAV tahun ni. Antara aku nak tengok: standalone Blu ray Player dan CD Player. Kalau ada yang menarik ingat nak sambar. Tapi apa nak buat.... tiket kapal terbang dah lama beli.

Wednesday, April 29, 2009

Yanni dan Marantz CD5003

Hari ni penat betul otak aku bekerja. Seharian duk perah otak buat laporan MQA yang tak sudah-sudah.

Balik dengan perut kelaparan, aku ajak adik aku makan luar dulu. Lepas tu dengan tenang aku fikir lagu apa aku nak dengar dengan sistem aku. Akhirnya aku pergilah cari CD Yanni: Live at Acropolis. Orchestra concert yang aku gemar sejak aku belajar kat States lagi. Memang aku beli semua koleksi CD dan tape video dia masa tu....All original! Tapi time tu cuma ada tape video je, tak ada DVD.


Kemudian terfikir pula aku, kalau aku mainkan CD ni dengan player yang baik, sudah pasti lebih enak. Drive pula dengan SR5003...perghhh. Jadi apa lagi aku pun mengadaplah komputer cari maklumat. Hmm...marantz memang terkenal dengan bawaan music dia yang amat baik. Adakah aku akan pergi audition Marantz CD5003?


Mungkin elok juga aku kembangkan home theater aku kepada Hi-fi juga. Tambahan si Izzah suka betul dengar audiophiles. Belum lagi yang classic macam Beethoven, Bach, Mozart, Tchaikovsky, Chopin, Vivaldi dan ntah apa-apa lagi, yang mana dia lebih mengenali berbanding dengan aku yang zero knowledge dalam musik. Kadang-kadang berebut-rebut juga dengan si Izzah. Aku dengar genre lagu-lagu aku, dan dia lak nak dengar musik kegemaran dia. Adehhh......

Tapi bila dengar Yanni semula, memang revive balik aku punya mood. I wish Yanni Concerts keluar dalam Bluray disc. Memang sambar punya.

Monday, April 27, 2009

Capacity Building - Port Dickson

Tak boleh tulis banyak...aku penat lagi...hahaha.

Seminar Bina Upaya Untuk Ahli Sains Sosial Muda anjuran Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Institut Kajian Oksidental (IKON) dan Suruhanjaya UNESCO.


Best nyer kalau dapat naik.


Berani nak duk Mansion kat situ? Riban2 satu malam.


UFO ke aper ni?


Sambil-sambil bekerja dan timba ilmu, gatal je tangan aku buat mende ni. Kapal angkasa ke boat ni?

Thursday, April 23, 2009

Lara ke PD

Okay... aku dah nak pergi Port Dickson berkampung selama 4 hari kat sana. Tak kisah lah nak lara ke mare ke...aku nak have fun kat sana.

Ape aku kisah ngan orang lain.

Tuesday, April 21, 2009

Yelah...Yelah Aku Up kan balik


Aku merajuk kat sesorang tu. Habis aku down kan aku punya facebook dan blog. Tapi ghupanya aku tak bersendirian. Ramai rupanya dalam diam-diam ikut akunya blog dan facebook. Bila ramai yang tanya aku, barulah sejuk hati aku. Tapi apa-apa hal aku masih merasa hati. Kira rajuk habis lah ni.

Thanks lah kat korang-korang yang tanya pasal aku. Walaupun hati aku berdarah, sejuk gak lah hati aku tu. Beku dah darah, tak le meleleh, rasa panas je camtu. Tapi orang yang aku rasa hati tu sampai sekarang tak paham-paham. Habis camno tu?

Makan hati sowang-sowang je la aku. Dah lah aku tak suka makan hati, baik hati ayam mahupun hati lembu!


Wednesday, April 15, 2009

Stretch Beyond your Limits

Stretch Beyond Your Limits

Aku tengah demam. Dah 7 hari demam. Tekak memang merahlah, pastu dada pun selalu main flute. Kalau masuk je waktu zuhur, masa tu lah badan mula sakit, panas mula naik sampai ke telinga. Badan pun meremang-remang je. Selalunya simptom ni menunjukkan badan aku tengah berlawan dengan virus. Memang pun, dari dada, tekak sampai ke hidung memang terasa ada infection.

Jadi sebab bosan dah ni, aku teringat masa aku belajar kat Kuantan dulu. Sakit teruk, bangun pun tak boleh. Bangun je dunia rasa berpusing. Dua hari gak aku terlantar baring je dalam bilik. Nak pergi bilik air pun meraba dinding sebab kepala memang pusing-pusing macam gasing. Masuk hari ketiga, aku ambik keputusan gagahkan diri balik rumah. Dari Kuantan ke rumah aku kat Cheras. Sampai je rumah, terus baik! Wakakaka.....

Sapa tak suka halaman rumah cantik dan kemas, ye tak?

Jadi apa aku buat hari ni lak? Aku pergi mesin rumput kat rumah aku...hahahaha. Memang peluh giler. Memanglah badan lesu, tapi aku gagahkan juga. Tapi tak tahulah kalau malam ni aku demam balik, maksudnya teori aku tu bukan salah, cuma aku ni dah tua wakakakaka!

Fuh! fantastiklah mesin rumput yang mak aku beli. Baru je beli tadi. Adik aku pergi testing kat halaman rumah. Aku pun biasalah, kaki menyibuk. Lagipun aku tahu adik aku tak akan mesin punya, cuma testing je sebab dia nak gi kerja malam masuk pukul 7.30 pm. Hari pun dah pukul 4.30pm.

Mak aku pun suka sangatlah aku mencantikkan halaman rumah. Pastu tak payah sapu rumput tu sebab rumput tu lepas dipotong terus masuk dalam kotak kat belakang mesin rumput. Adehhh....kembang kempis lagi hidung aku!

Puas hati aku melihat hasil kepenatan dan nak kepengsanan aku ni.

Terkini: Izzah lak join the club nak demam.

Wednesday, April 8, 2009

Monday, April 6, 2009

sopping agi

Aku shopping lagi. Macam biasa le, aku shopping barang-barang high tech. Aku beli Belkin power surge gold series dengan 1TB external HD. Selain daripada tu, aku sambar gak USB kipas dan lampu. Semua untuk kegunaan waktu malam gelita bertapa depan komputer.

Maxtor 1TB external HD, harga RM339 untuk kegunaan dengan WD Media Player. Sumbat banyak-banyak MKV dalam ni.


Belkin Gold Series Surge Master dengan insured value up to RM25,000. Barulah sesuai dengan taraf home theater aku. Protect dia, bukannya senang nak kumpul duit beli sistem Home Theater tu. Gunakan tanpa was-was. Kalau disebabkan power surge, insuran ada. Lifetime warranty lak tu. Harga RM268.


New Toys

Sepanjang hujung minggu ni, aku duk perah otak testing jalankan ps3 Media server. Jadi tu memang menjadi. Boleh je send ke amplifier dan di pancarkan guna HD projector, cuma kalau aku transcode audio dia jadi 5.1 channel, sampai ke sudahnya asyik buffering. Last-last cuma mampu bawa stereo sound je. Cet! sistem riban-riban, last-last dengar stereo je?

Jadi dengan itu, tiba-tiba aku tersambar (ceh...boleh 'ter' la pulak) Western Digital Media Player. Aku tahu mende ni tak boleh bawa HD sound, tapi at least DTS atau Dolby Digital, okaylah banding dengan stereo. Aku layan downloaded mkv aku yang dah lama terperap kat dalam external hdisk. Best ooo.....gambar pun lawa juga. Bolehlah untuk mende yang percuma! hehehehe

Sambar gak Belkin Surge Master untuk protect projector dan komputer aku. Pada mula sebenarnya cadang nak beli untuk home theater sistem aku, salah beli daaaa.... Ni sesuai untuk komputer dan lain-lain peralatan rumah je. Yang untuk home theater patut pakai yang Gold Series nyer. Insuran up to RM25,000 patutnya. Hehehe yang ini untuk amps kecil dan insuran pun takat RM5,000 je. Apa nak buat, guna kat komputer aku je la.

Sunday, April 5, 2009

All Bout My Cats

Ni kucing-kucing dalam gambar ni memang buah hati aku sekarang ni. Macam-macam perangai aku nak layan. Terhibur dengan telatah binatang kesayangan nabi Muhammad s.a.w. ni.

Sarah dengan Alvin. Sarah ni pun dah ikut aku, suka kat kucing.


Alvin, aku bela sejak kecil dia ni. Anak 'Mama' kucing terbiar kat belakang rumah. Aku ambil dan pelihara Alvin sejak dia dibawa oleh mak dia ke rumah.

Alvin ni pendiam sikit dan penakut. Mungkin sebab dia memang telah di kasikan. Tidur malam selalu sebantal dengan aku. Kalau hubby balik, sebantal ngan hubby lak hahahaha. Tapi kadang-kadang aku malas bawa dia tidur sekali terutamanya waktu hari bekerja sebab aku kena bangun malam, kena temankan dia makan dan minum dalam pukul 2 pagi lepas tu pukul 5 pagi dia bangun sekali lagi, memekak je kat telinga aku. Masa ni aku akan keluarkan dia dari rumah. Makanan dia sempoi je, friskies atau whiskas je. Selain daripada tu dia suka ayam atau daging mentah. Bukan yang dah masak. Yang mentah memang bisinglah dia, tapi kalau bagi yang dah masak, memang tak sentuh pun. Setakat ikan goreng tu masih boleh lagi, tapi kalau ayam goreng, memang dia tak suka.

Ni memang lagi tak boleh tahan kalau tengok. Cute bebenar. Nama Garfield. Bukan kucing aku pada asalnya. Kucing jiran selang beberapa rumah. Garfield ni suka berjalan. Dari hujung jalan ke hujung jalan. Satu-satu rumah dia singgah. Masa singgah rumah aku pun, tak boleh nak halau, muka comel sangat tak sampai hati nak halau hahaha.

Dalam punya berjalan tu dia memang suka lepak rumah aku. Kadang-kadang sampai anak jiran datang rumah aku tuntut kucing dia. Garfield tu jiran tu yang bagi nama. Yang kelakarnya, masa Izzah serahkan kucing tu kat pagar depan, kucing ni siap meronta-ronta tolak kaki kat pagar tak mahu diserahkan. Wakakakaka

Esoknya dia datang lagi. Setiap hari dia datang sampai satu masa, langsung tak mahu balik rumah. Jiran aku tu pun dah tak mau tuntut lagi kucing dia. Agaknya, dah malas nak layan si Garfiled asyik hilang je la tu.

Kerusi ni memang tempat dia tidur setiap hari. Banding ngan Alvin, Garfiled tak pernah tidur dalam rumah sebab dia tidak dikasikan. Ada kemungkinan akan suka memancut. Makanan dia tak sempoi macam alvin. Dia mesti makan ayam goreng, kalau tak pun ikan goreng. Aku selalulah pastikan ada bekalan ayam goreng atau ikan goreng kat rumah. Beli je kat restoran hehehe. Tu pasal le dia tak mahu balik rumah tuan asal dia. Makan punya best kat sini oooo

Friday, April 3, 2009

Eyeing New Toys

Menunggu hari je nak dapat payment part time. Cadang dulu nak spend kat speaker. Tapi sebab speaker dah beli.....jeng jeng jeng...mataku mula la meliar. Ni baru angan-angan je. Tak tentu beli lagi sebab aku dah ada penyakit baru, ....penyakit suka simpan duit. Aku harap penyakit ni tak de penawarnya hahahaha. Tapi kalau sebahagian duit penat lelah aku kerja apa salahnya aku spend kan kan kan...hehehe

Harmony 1000. Class punya universal remote...Fuh kalau ada ni, memang bertambah anggun le Home Theater aku. Kena ngan Tech freak cam aku ni....tangkap leleh beb!!!!


Kalau WD Media Player ni, kemungkinan besar memang aku beli. Layannnn.
P/s...padan muka aku, bil elektrik bulan lepas cecah RM400 wakakakakaka