Dari jam 12.30 tengahari sampai jam 4.15 petang technician dan seller dari A&L buat kerja setup aku punya home theater. Ini gambar sebelum dan selepas di setup oleh pakar AV. Bunyi dari speaker aku ternyata lebih sedap di dengar selepas menerima sentuhan mereka. Terima kasih kepada salesman dan technician A&L.

Sebelum, dengan wayar bersepah, semua equipment kat belakang.

Selepas menerima sentuhan pakar AV. Bukan saja susunan mantap, tapi setup bunyi nya memang optimum berbeda dengan aku setup sendiri. Draper diturunkan sedikit supaya kedudukan menonton tidak terlalu mendongak.

Sebelum, Equipment semua kat belakang dengan rear speaker yang tinggi rendah.

Selepas, Rear speaker digantung di bahagian atas. Memang terasa perbezaannya. Lagi sedap bunyi.

Wayar HDMI yang berharga RM520. Aku tukar semua wayar speaker kepada audioquest. Total spend untuk wayar dah cecah RM1300...huhuhu
Next, aku tengah tunggu sofa bed dari cavenzi untuk letak kat belakang. Selain daripada sofa untuk aku melayan blu ray, juga sebagai katil tambahan di malam hari untuk penonton-penonton tambahan :P
2 comments:
akak.. xleh nak kejar akak da...
cam burut pipit ngan enggang..
bile ar daku nak ade setup cmni... hrm.. gile best main game!!
opportunity cost, dik tak dapat beli sekarang, tapi masa depan mungkin dapat beli dan sistemnya mungkin lagi kaboommmm dari akak nyer.
Post a Comment