Monday, March 30, 2009

Ladies Day: BBQ

Hari Jumaat lepas, lepas check out dari Equatorial Hotel Bangi selepas bersantai satu malam, aku masuk ofis dulu sebelum berangkat ke rumah member, buat BBQ.

Sedap arr semuanya, macam-macam ada. Ayam, daging, kambing, sotong, ikan, otak-otak, sosej, coleslaw dan cocktail buah-buahan. Nyam nyammmm, cuma tak boleh bakar semua, sebab dah party orang pompuan, mana nak tersumbat masuk semua dalam perut.

Gambar-gambar ni semua kena sensor orang-orang dia sebab semuanya kekenyangan hahahaha

Sebahagian makanan. Ayam, kambing, daging dan otak-otak.


Cocktail Buah-buahan yang marvelous!


jagung bakar dan kambing bakar....leleh air liur aku wehh


Thursday, March 19, 2009

Melayan Upin dan Ipin

Hari ni aku bawa budak-budak pergi menonton Geng: Pengembaraan Bermula. Aku dah tengok dulu, layan je lah bawa budak-budak tengok movie ni. Lepas balik dari nonton tu kitaorang layan TVrip upin dan ipin kat home theater aku. Memang geli tali usus aku dengan telatah budak-budak ni. Dah le kiut miut dan nakal.

Kalau teringat balik, mesti nak gelak. Aku tak pernah nonton siaran TV, tapi dengan download TVrip, aku boleh layan terus menerus cerita tu. Hebat juga pasang kat PS3. Dia upscale video sampaikan tak de pecah pun gambar tu walaupun aku nengok kat 92 inci nyer skrin. Memang mantap betul.

Yang pastinya, bila tengok kali kedua movie ni, aku rasa lebih enjoy. Tang Rajoo dengan Upin dan Ipin kat tebing bukit tu, memang aku tak boleh tahan... lantaklah, aku nak gelak besar-besar jugak...lagi dan lagi....HAHAHAHAHA


Pergi Kedai Beli Barang,
Kak Ros lah yang Paling Garang. - Upin

Dua Tiga Gigi Ada,
Lain Semua Tak da. - Jarjit


Wednesday, March 18, 2009

Keseronokan Bersama Anak-anak

Izzah dengan penuh gaya

Cuti sekolah sedang berlangsung. Seperti biasa, cuti sekolah anak aku bertambah-tambah. Aku lak memang suka sesangat ngan bebudak. Kalau depa tak datang, siaplah aku talifon tanya bila nak datang. Dan time ni memang aku spend betul masa dengan depa. Mesti ambil cuti. Izzah pun suka sangat sebab dia pun enjoy keluar ramai-ramai. Tapi budget aku, satu kereta je lah. Kalau kereta aku besar cam MPV aku budget besar tu juga lah. Dah, tak kan aku nak sumbat kesemua anak-anak sedara naik kereta cabuk aku tu. (cabuk-cabuk pun, kereta aku tu handsome oooo).

Hafiz tengah pilih bola.

Haiya, Sarah hebat, dia mendahului semua orang ooo, padahal angkat bola pun tak larat.

Dan cuti sekolah juga, tuisyen izzah dan music class pun cuti. aku pula baru saja habis cover class semester ini. Apalagi, release tension betul sebelum zaman penat bermula semula. Esok aku cuti kerja lagi. Dalam minggu ni dah dua kali kitaorang main bowling. Esok dah tak mau dah main bowling, tapi mungkin jalan-jalan tengok wayang. Padahal aku bukannya sihat sangat sekarang ni. Rasa macam demam je, Kepala dari semalam berdenyut. Tapi demi anak-anak, no hal...let's go babbehhh...
Faiz gelak berbangga pin jatuh semua oooo

Tawaran lagi

Inilah kali pertama aku ditawarkan mengajar dalam semester pendek. Cadang nak berehat dan tumpukan kat izzah punya pelajaran. Tapi tak dapat pula aku nak menolak. Penat-penat pun ambil jugalah. Memang gerenti penat punya sebab semua topik perlu di ajar dalam semester pendek. Aku nak kumpul kekayaan masa muda-muda ni. Apa nak buat, kalau tak berusaha tak kemananya. Alhamdulillah dengan usaha aku buat kerja part time, labur forex, buat business sambilan, dapat gak aku survive kos hidup yang tinggi. Dapat juga aku enjoy hidup aku. Yang penting dapat gak aku penuhi hasrat anak aku belajar musik. Dapat juga aku berjalan-jalan dengan kawan-kawan makan angin.

Jadi, ada peluang je menambah kewangan, aku memang tak tolak punya. Penat pun penatlah. Aku bersyukur, walaupun tahun ini baru saja bermula, tapi tahun inilah aku dapat offer terbanyak buat part time. Ni nak ambil pembantu sambilan buat kerja kat luar rumah setiap hari. Perlu sediakan RM300 sebulan untuk itu....walau apa pun yang perlu aku lakukan....aku dah jemu hidup kais pagi makan pagi. Aku mahu hidup dengan keseronokan. Hanya aku sendiri yang boleh buat hidupku ceria. Ceria-ceriakanlah hidup hahahaha

Friday, March 13, 2009

Happy 12th Birthday to Izzah

How can i forget my only daughter birthday. Sempat juga ke Alamanda beli hadiah untuk anakanda tersayang. Mana boleh tak ingat hari ni birthday dia. Cahaya mata hidupku, teman aku gaduh-gaduh dan gelak ketawa. Tak boleh maaf kalau aku tak ingat birthday dia. Sejarah paling berharga dalam hidup aku.

Storybook Enid Blyton tu memang kegemaran dia. Dari awal bulan merengek kat aku suruh beli. Saja aku nak surprise masa birthday dia.
Happy Birthday sweetheart.

Monday, March 9, 2009

Final Touch of my Bedroom

Hari ini sofa bed aku sampai. Ubah lagi susun atur bilik. Penat dah ni, cukuplah setakat ini.

Bahagian depan bilik dengan workstation dan home theater.

Sofa bed letak betul-betul bawah projector. Best betul duduk depan sistem bunyi dan skrin. Barulah betul-betul kedudukan menonton.

Friday, March 6, 2009

Semalam masuk opis, dah tercongok bungkusan Amazon kat atas meja dalam bilik aku. Fulamak elok bebenar layan ngan suasana HT yang baru. Aku nak sangat tengok Planet Earth, dokumentari dari BBC. Dulu tengok sikit dengan MKV tapi sebab terlampau indahnya dunia ciptaan Allah s.w.t. ni, aku sanggup tunggu nak tengok versi Blu Ray.

Harry Potter pula, untuk aku lengkapkan koleksi yang sedia ada. Dah cukuplah kelima-lima BD.

Wednesday, March 4, 2009

My Final HT Setup

Dari jam 12.30 tengahari sampai jam 4.15 petang technician dan seller dari A&L buat kerja setup aku punya home theater. Ini gambar sebelum dan selepas di setup oleh pakar AV. Bunyi dari speaker aku ternyata lebih sedap di dengar selepas menerima sentuhan mereka. Terima kasih kepada salesman dan technician A&L.

Sebelum, dengan wayar bersepah, semua equipment kat belakang.


Selepas menerima sentuhan pakar AV. Bukan saja susunan mantap, tapi setup bunyi nya memang optimum berbeda dengan aku setup sendiri. Draper diturunkan sedikit supaya kedudukan menonton tidak terlalu mendongak.


Sebelum, Equipment semua kat belakang dengan rear speaker yang tinggi rendah.


Selepas, Rear speaker digantung di bahagian atas. Memang terasa perbezaannya. Lagi sedap bunyi.


Wayar HDMI yang berharga RM520. Aku tukar semua wayar speaker kepada audioquest. Total spend untuk wayar dah cecah RM1300...huhuhu

Next, aku tengah tunggu sofa bed dari cavenzi untuk letak kat belakang. Selain daripada sofa untuk aku melayan blu ray, juga sebagai katil tambahan di malam hari untuk penonton-penonton tambahan :P