Thursday, February 12, 2009

Hari yang Memeranjatkan

Malam tadi sekitar jam 9.30pm semasa aku bersiap nak mengambil izzah balik tuisyen, aku menerima panggilan dari Timbalan Pengarah aku mengatakan salah seorang dari keluarga IKMAS telah kembali ke Rahmatullah.

Kak Umi, salah seorang staff yang amat aku kasihi sememangnya telah sakit sejak bulan lepas. Puncanya telinga arwah terdapat luka dan dijangkiti kuman. Oleh kerana arwah juga penghidap kencing manis, kondisi arwah makin lama makin nampak teruk dengan tubuh yang mulai kurus, cengkung dan pucat. Sememangnya seluruh warga kerja puas memujuk arwah supaya berubat di HUKM, namun usaha-usaha kami gagal.

Sejak hari Selasa dan Rabu, arwah tidak hadir bertugas. Dan oleh kerana arwah selalu juga bercuti dahulu sebelum memberi maklumbalas kepada kami, maka kami beranggapan arwah mahu berehat di rumah. Hari Rabu salah seorang dari kami cuba menghubungi arwah namun tiada jawapan.

Alhamdulillah kawan rapat arwah juga staff UKM telah pergi ke rumahnya jam 8.00 malam dan mendapati arwah telah meninggal dunia tersungkur di ruang tamu. Walaupun kawan rapatnya begitu sedih dan terkilan, namun aku amat bersyukur arwah mempunyai sahabat sebegitu. Tanpa beliau mungkin arwah mungkin lambat lagi disedari telah pergi menyahut seruan Illahi.

Sesungguhnya aku memang gementar mendapat perkhabaran ini. Sungguh mengejutkan. Walaupun aku telah dapat juga mengecam arwah sedang nazak melalui perubahan suaranya yang perlahan dan mendalam, tapi masih tak dapat menguatkan hati aku dan kawan-kawan untuk mencari arwah.

Yang amat menyedihkan, arwah ditemui mungkin sudah dua hari meninggal dunia menurut kata anggota polis. Inilah kali pertama aku melihat jenazah seperti ini. Sungguh menyedihkan sekali kerana kami semua tak dapat bersama-sama arwah di saat-saat akhirnya. Kali terakhir aku bercakap dengannya ialah pada hari Jumaat lepas semasa hampir waktu rehat, aku meminta arwah pulang dan berehat di rumah sekiranya tak larat. Namun arwah enggan, katanya kalau dirumah pun cuma tidur sahaja.

Sepanjang hari ini aku menuruti jenazah, menunggu post mortem di Hospital Serdang, dimandikan dan dikapankan. Seterusnya arwah di bawa ke Masjid Kajang disembahyangkan dan disemadikan di Tanah Pekuburan Sungai Kantan.

Kak Umi, I am glad to know you love me. Terima kasih. and I love you too... so much till it is very hurt for me to see you parted like this. Al-Fatihah.

3 comments:

ijamlaa said...

Al-Fatihah.....

JueOny said...

kak Nira....jue baru je tau yg arwah dah meninggal 2hari sebelum ditemui from k.olin semlm...nazlie xcite detail mayb dia xnak jue terkejut kot...anyway i've heard that u r one of the closest fren with arwah...semoga dicucuri rahmat ke atasnya..

from:Jue, wife Nazlie

Me said...

Jueony..memang sedih sangat, tahu tak hari terakhir k.nira ada kata kat dia"Kak Umi jomlah pi hispital...nira takutlah tengok kak umi"...tau dia kata aper....
"Napa...dah macam orang mati ker?"
uwaaaaaaaaa