Tunggu Izzah habis kelas violin petang ni baru nak tengok sama-sama. Pagi ni aku kena siapkan preparation untuk kelas weekend ni sebab esok dah nak pergi Tasik Chini.
Thursday, February 26, 2009
My New BD
Tunggu Izzah habis kelas violin petang ni baru nak tengok sama-sama. Pagi ni aku kena siapkan preparation untuk kelas weekend ni sebab esok dah nak pergi Tasik Chini.
Wednesday, February 25, 2009
PSB is here
Cayalah seller aku nak pergi cari wayar HDMI untuk aku. Dia akan datang lagi esok untuk turunkan sedikit aku punya draper dan selesaikan masalah wiring aku.
Punya le susah payah aku pasang sendiri speaker. Nak tunggu esok supaya seller buat ngan technician dia, aku tarak sabar oooo. Siap je aku setting speaker baru ni...layan Celine Dion. Yup...bunyi jauh lebih sedap. Baru le aku dapat bezakan audio LPCM dengan Truehd 5.1.
Tuesday, February 24, 2009
Final Audio Setup for My Home Theater
Jadi dengan ini dah lengkaplah audio setup aku. Aku buat keputusan beli:
PSB Image T45 Tower speaker
PSB Image C40 Center speaker.
Keseluruhan kos Home Theater aku:
Marantz SR5003 RM2700
Optoma HD65 RM3800
Draper RM800
Velodyne CHT-10R RM2000
PSB T45 RM2400
PSB C40 RM1100
Pioneer Rear RM300
PS3 (BD player) RM1380
DVD Player RM1000
Cables RM1300
total : RM16,780.00
Gilosssssss
Friday, February 20, 2009
Payment of Kawai KS3F
Semalam lepas balik opis, aku singgah music school si Izzah bayar duit piano. Harga dia RM8000. Tapi sebab aku bayar cash, jadi ada diskaun 10%. Second hand je, kalau harap yang baru, baik aku beli kereta lagi hahahahar.
Tapi aku tengok hammer kat dalam tu semua baru, memang dia buat balik semuanya. Lepas tu aku dapat 1 free tuning. Warranty selama 5 tahun untuk parts dan workmanship. Depa pun pesan kat aku untuk polish piano setiap 3-4 bulan dan tuning setiap 8 bulan. Lepas tu tah apa tah dia suruh bersihkan. Tu pasallah, kalau aku tak tulis info ni, harus minggu depan aku dah lupa hahahahar.

Wednesday, February 18, 2009
Kawai (cantik) Dah Tiba
Hari ni aku balik awal pukul 4 petang sebab nak tunggu piano anak aku sampai kat rumah. Cis...janji pukul 5 petang, Pukul 5.30pm baru sampai. Kalau camtu baik aku balik cam biasa je tadi, dah le banyak kerja kat opis.
Agaknya mahu depa tu gelak kat aku sebab dah standby ngan kamera masa depa hantar piano tu.
Agaknya mahu depa tu gelak kat aku sebab dah standby ngan kamera masa depa hantar piano tu.
Thursday, February 12, 2009
Hari yang Memeranjatkan
Malam tadi sekitar jam 9.30pm semasa aku bersiap nak mengambil izzah balik tuisyen, aku menerima panggilan dari Timbalan Pengarah aku mengatakan salah seorang dari keluarga IKMAS telah kembali ke Rahmatullah.
Kak Umi, salah seorang staff yang amat aku kasihi sememangnya telah sakit sejak bulan lepas. Puncanya telinga arwah terdapat luka dan dijangkiti kuman. Oleh kerana arwah juga penghidap kencing manis, kondisi arwah makin lama makin nampak teruk dengan tubuh yang mulai kurus, cengkung dan pucat. Sememangnya seluruh warga kerja puas memujuk arwah supaya berubat di HUKM, namun usaha-usaha kami gagal.
Sejak hari Selasa dan Rabu, arwah tidak hadir bertugas. Dan oleh kerana arwah selalu juga bercuti dahulu sebelum memberi maklumbalas kepada kami, maka kami beranggapan arwah mahu berehat di rumah. Hari Rabu salah seorang dari kami cuba menghubungi arwah namun tiada jawapan.

Alhamdulillah kawan rapat arwah juga staff UKM telah pergi ke rumahnya jam 8.00 malam dan mendapati arwah telah meninggal dunia tersungkur di ruang tamu. Walaupun kawan rapatnya begitu sedih dan terkilan, namun aku amat bersyukur arwah mempunyai sahabat sebegitu. Tanpa beliau mungkin arwah mungkin lambat lagi disedari telah pergi menyahut seruan Illahi.
Sesungguhnya aku memang gementar mendapat perkhabaran ini. Sungguh mengejutkan. Walaupun aku telah dapat juga mengecam arwah sedang nazak melalui perubahan suaranya yang perlahan dan mendalam, tapi masih tak dapat menguatkan hati aku dan kawan-kawan untuk mencari arwah.

Yang amat menyedihkan, arwah ditemui mungkin sudah dua hari meninggal dunia menurut kata anggota polis. Inilah kali pertama aku melihat jenazah seperti ini. Sungguh menyedihkan sekali kerana kami semua tak dapat bersama-sama arwah di saat-saat akhirnya. Kali terakhir aku bercakap dengannya ialah pada hari Jumaat lepas semasa hampir waktu rehat, aku meminta arwah pulang dan berehat di rumah sekiranya tak larat. Namun arwah enggan, katanya kalau dirumah pun cuma tidur sahaja.
Sepanjang hari ini aku menuruti jenazah, menunggu post mortem di Hospital Serdang, dimandikan dan dikapankan. Seterusnya arwah di bawa ke Masjid Kajang disembahyangkan dan disemadikan di Tanah Pekuburan Sungai Kantan.

Kak Umi, I am glad to know you love me. Terima kasih. and I love you too... so much till it is very hurt for me to see you parted like this. Al-Fatihah.
Monday, February 9, 2009
Thursday, February 5, 2009
Politik Narnia
Ntah mengapa malam ni aku teringat Narnia....dalam terumbang ambing mempertahankan kedaulatan...Aslan juga yang bisa menyelamatkan.
For Aslannnnnnnnnn!!!!
For Aslannnnnnnnnn!!!!
Tuesday, February 3, 2009
Notes from My Heart
Entahlah...aku dah tak berapa minat nak spend kat blu ray. Tengok amazon pun aku dah tak lalu. Credit card aku semua dah bersih...no hutang. Agaknya sebab tu aku malas nak buat hutang lagi. Seronok ngan keadaan sekarang. Mulai tahun ni aku nak built wealth dalam akaun saving aku. Wah...dah sebulan berlalu baru aku ada azam baru hahaha.
Tapi aku tetap target nak beli speaker baru. Tu tunggu duit penat lelah aku kerja part time le. Aku masih melayan sound sistem aku. Mostly aku dengar lagu je sekarang ni. Anak aku lak tak putus-putus layan sitcom friends. Rasa dah berpuluh-puluh kali playback dari first to tenth seasons. Akunya lamp hour dah tinggi mungkin nak cecah 900hours kot. Tapi selagi tak capai 1500hours aku tak mau beli replacement lamp lagi. Takut replacement lamp punya warranty habis sebelum aku ganti lamp tu.
Semalam aku tengok-tengok gambar lama. Gambar ni betul-betul menarik perhatian aku.

- Ikut kepala dia je (sekarang kurang sikit)
- Lead an healthy life (ni langsung zero)
- Sihat walafiat (ni pun tak tercapai)
- always have fun (adalah juga sentiasa have fun)
- sentiasa fit, sampaikan boleh lawan bila-bila masa (ni memang zero, aku sudah menjadi wanita yang lemah hahahar)
- body chubby tapi tough giler (adeh...wish i can do liposuction wakakaka)
- ada best friends (nice to have some best friends)
Monday, February 2, 2009
Hari Santai
Hari ni aku cuti. Badan sengal betul. Ni mesti sebab semalam aku duk usung barang-barang punya berat sampai tingkat tiga bilik kuliah. Apa taknya, semua aku kena bawak sendiri, projector, laptop, nota-nota aku. Adeh tension tul bilik kuliah tak de projektor. Nasib baik le sampai je kelas, student aku dah siap standby tolong pasangkan peralatan aku. Terfikir gak aku, ni ikhlas ke atau bodek aku biar dapat markah lebih...hahahar. Apa-apa pun aku tetap menghargai jasa-jasa mereka. Mana aku boleh tolong, aku tolonglah nanti, yang penting assignment jangan tak hantar. Masuk kelas kedua, aku dah rasa sakit betul badan aku. Dan le memanjang berjam-jam aku berdiri. Tapi aku memang enjoy mengajar walaupun semester ni aku kena ajar finance. Aku suka ajar ekonomi lagi.
Hari ni juga aku ambil kesempatan bersihkan bilik. Aku suka bilik yang bersih. Bilik aku ni dah macam rumah. Situlah katil, situlah home theater aku dan situlah workstation aku. Dengan peralatan muzik si Izzah...hahahar...all in one. Nanti kalau piano sampai, kalau sumbat dalam bilik gak, tak tahu le aku nak letak mana. By the way, aku dah bayar deposit piano. Piano ni hubby yang akan sponsor. Semalam hubby dan aku gi music school izzah tanya pasal piano. Depa akan uruskan pembelian piano untuk izzah. Best juga tengok si izzah tu, belum start piano lesson dah boleh bawa lagu-lagu kat keyboard. Aku lak demand dia ajar aku.
Apa lagi ye aku nak buat hari ni? Mungkin nak siapkan lecture note untuk next class. Petang ni memang nak layan si izzah dengan subjek upsr dia. Kalau tak di layan, memang hanyut ini anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)