Wednesday, January 28, 2009

Migrain and New Gain

Malam tadi hampir jam 1 pagi baru aku masuk tidur. Memanjang ngadap komputer saja. Bangun pagi, terus ngadap komputer, sekali padan muka aku...mata dah berpinar-pinar. Kepala berdenyut-denyut. Adehhh...kok migrain?

Aku bantai tidur balik. Apa kejadahnya nak drive mata macam tu. Lepas breakfast aku makan le panadol dan pergi klinik. Tekak dah loya dah. Ini mesti angin kuskus dah masuk satu badan. Adik aku drive. Lepas tu aku temankan dia pergi tesco beli barang dapur. Bukan Tesco Kajang kami pergi. Tapi tesco Shah Alam. Tujuannya, aku nak cari B.O.S. Branded Outlet Store nak shopping baju-baju dan seluar. Aku kalau shopping baju ni setahun sekali pun susah. Jangan ingat B.O.S tu shop pakaian berjenama lak. Kedai ni untuk orang-orang gemuk dan besar je. Aku kalau shopping sini memang suka le sebab antara saiz-saiz besar tu aku selalu cari saiz yang sederhana besar hahahar.... Perasan cam kecik le hahahahar.

Longgokan baju baru

Tu dia, aku shopping baju-baju untuk si Izzah termasuklah pakaian dalam dia, baju-baju aku dan 3 pasang seluar slack untuk aku, habis juga RM1000. Perghhhh...kat B.O.S je habis RM760.

Hari ni juga pasangkan stand keyboard untuk Izzah mula berlatih piano. Oleh kerana dia dah belajar teori music, jadi notes piano yang mudah dah boleh dimainkan. Dan oleh kerana harga piano mahal bebenar, aku minta dia guna keyboard dulu. Bila dah memang tak boleh guna keyboard, aku beli arr piano nanti. Bagi tempoh sikit untuk aku kumpul duit.

Keyboard Izzah

Kepala aku berat lagi ni. Nak tido...

No comments: