Saturday, January 31, 2009

Japanese Lunch

Hari ni hubby tersayang pulang. Hari ni bawa dia makan tengahari di Japanese restaurant. Kalau aku biasa lah...mesti order Ebiten don.

Restoran Miyagi


Hubby makan Unagi. Sayang aku terlupa bawak kamera. Kalau tak, sakan aku ambik gambar.

Apa Mende ni...cool



Izzah kata ini mainan punya. Silap aku tak letak kat muka dia pagi tadi masa dia tengah tidur wakaka...mahu menjerit tak ingat dunia.

Wednesday, January 28, 2009

Migrain and New Gain

Malam tadi hampir jam 1 pagi baru aku masuk tidur. Memanjang ngadap komputer saja. Bangun pagi, terus ngadap komputer, sekali padan muka aku...mata dah berpinar-pinar. Kepala berdenyut-denyut. Adehhh...kok migrain?

Aku bantai tidur balik. Apa kejadahnya nak drive mata macam tu. Lepas breakfast aku makan le panadol dan pergi klinik. Tekak dah loya dah. Ini mesti angin kuskus dah masuk satu badan. Adik aku drive. Lepas tu aku temankan dia pergi tesco beli barang dapur. Bukan Tesco Kajang kami pergi. Tapi tesco Shah Alam. Tujuannya, aku nak cari B.O.S. Branded Outlet Store nak shopping baju-baju dan seluar. Aku kalau shopping baju ni setahun sekali pun susah. Jangan ingat B.O.S tu shop pakaian berjenama lak. Kedai ni untuk orang-orang gemuk dan besar je. Aku kalau shopping sini memang suka le sebab antara saiz-saiz besar tu aku selalu cari saiz yang sederhana besar hahahar.... Perasan cam kecik le hahahahar.

Longgokan baju baru

Tu dia, aku shopping baju-baju untuk si Izzah termasuklah pakaian dalam dia, baju-baju aku dan 3 pasang seluar slack untuk aku, habis juga RM1000. Perghhhh...kat B.O.S je habis RM760.

Hari ni juga pasangkan stand keyboard untuk Izzah mula berlatih piano. Oleh kerana dia dah belajar teori music, jadi notes piano yang mudah dah boleh dimainkan. Dan oleh kerana harga piano mahal bebenar, aku minta dia guna keyboard dulu. Bila dah memang tak boleh guna keyboard, aku beli arr piano nanti. Bagi tempoh sikit untuk aku kumpul duit.

Keyboard Izzah

Kepala aku berat lagi ni. Nak tido...

Friday, January 23, 2009

Ladies' Day Out Again

Adui capek betul........

Hari ni Ladies' Day Out lagi. Tempat yang kami pergi....hehehe Sg Wang dan Lowyat lagi. Tah apa la suka bebenar kami pergi situ.

Sebelum pergi, aku singgah rumah sat dengan member-member. Apa lagi....demo Home Theater aku lah...hehehe baru hangpa tahu napa kak nira sakan ngan blu ray nooooo......Majoriti minta nak datang lagi tengok movie. Boleh je...silalah beli tiket kat kaunter ye. Pop corn murah je sikit dari TGV.

Sampai kat sana, kami makan dulu di Lowyat sebelum melangkah ke Sg Wang Plaza. Aku singgah kedai A&L tengok speaker (err sebenarnya nak tanya ada cable HDMI 10 meter yang cap ayam tak hehehe)...waduh sedap sih bunyik speakernya. Di pasang dengan marantz receiver sama model dengan aku nyer. Speaker PSB T45 dan center speaker PSB juga. Pasang tanpa subwoofer. Fuh dah cukup sedap. Jauh punya lari dengan speaker lama aku. Adehh...so want to buy tapi ragu-ragu sebab aku ada benda lain yang di target. Seller favorite aku pun siap cakap...nanti aku mesti beli punya...ya aku mesti beli...bila tu tak tahu la...wakakaka. Budget tiga speaker tu RM3000 (supaya next time kalau aku beli aku ingat harga dia).

Lepas tu aku tanya-tanya psp dan ndslite untuk abang. Tapi tak beli lagi. Kami menuju ke kedai kamera. Jeng jeng jeng.

Taraaaa........ aku nyer toys baru.... Sony alpha 350 complete kits dengan additional lens Sigma 70-300mm. Berjam-jam aku kat kedai ni. Punya le respek kat seller...macam-macam dia test kat aku. Cadang nak beli nikon tapi bila audition sony alpha ni...fuh...harus beli yang ini.

Sony Alpha 350 (front view)


Back view

Dah le ada live view... tengok dia nyer lcd boleh move...best!

Sigma lens 70-300mm

Aku rasa ada tiga jam agaknya aku kat kedai kamera ni. Member-member yang lain siap boleh jalan-jalan shopping baju lagi sementara aku melayan demo nikon dan sony camera.

Lepas habis beli tu, aku pi beli PSP dan NDSlite. Hmmm lama lagi tunggu. Dapat le portable games ni yang dah seminggu lebih aku duk survey harga yang naik tak ingat harga asal wakakaka.

PSP dan NDSlite

Habis tu, baru kami pi Lowyat Plaza lak. Member nak beli printer photo. Aku lak cari earphone lagi. Si izzah tu dia punya earphone dah nazak. Tak de nyer nak beli yang mahal...RM40 lebih cukup...cepat je rosak. Tu pasal aku tak bagi dia pakai earphone aku...sadis!

Balik singgah le Bangi makan dulu. Masing-masing memang dah penat betul. Sampai ofis masa tengah punggah-punggah barang kat luar gelap-gelap tu sekali ada satu bunyi...depa tinggalkan aku....cehhh dengan ketakutan aku reverse kereta tak berani lalu kat tong sampah...kang jumpa cik Ti kang...spoil aku nyer Day's out lak kang. hahahahar

Tuesday, January 20, 2009

Saving for Something

Hari ni Izzah dah daftar masuk kelas piano pula. Cikgu dia pun memang galakan sangat dia belajar piano sebab piano merupakan major instrumen. Aku tanya berapa harga piano second hand. Cikgu dia suggest beli brand yamaha atau kawai range dalam RM8000-9000. Memang depa tak suggest aku beli yang bawah RM6000 kerana katanya tak boleh bawa sampai 8th grade nanti. Aku pun tak tahu apa-apalah pasal piano ni. Tapi aku target nak beli yang ini..Yamaha U3 Upright piano. Oh duit...duit...dimana kau duit...hahahar. Nampak gayanya aku tolak tepi dululah beli speaker baru. Utamakan yang ini.

Friday, January 16, 2009

New Semester

Weekend ni aku start mengajar balik untuk Semester Januari. Baru tadi dapat makluman aku kena ajar subjek Financial Management I. Hahahar.... dah lah subjek baru untuk aku, lagi dua hari lak nak ada kelas. Masaklah aku. Nasib baik aku dah siapkan chapter 1 punya powerpoint. Nak ambik masa study lagi dan recall balik semua ilmu finance ni. Hmmmm

Tapi yang best nya, aku dapat dua slot....meaning adalah lebih sikit part time income aku nanti. Hahahar...... boleh beli speaker baru.

Monday, January 5, 2009

Bukan Aku

Izzah tadi duk praktis violin dia. Hari-hari aku memang push dia suruh berlatih, walaupun sekejap tapi kena setiap hari. Tadi lama jugalah dia berlatih dalam bilik sebelah sebab bilik aku tengah layan Quantum of Solace. Tak boleh kacaulah...bising.

Tengah dia duk praktis tu sekali ada sehelai kertas diselitkan bawah pintu bilik. Lepas izzah praktis dia tunjuklah kat aku. Harharhar gelak besar aku. Apa-apa je la adik aku tu.....harharhar



Sunday, January 4, 2009

Aku yang Bosan

2009 dah pun melangkah. Tulisan pertama aku dalam tahun 2009. Tapi aku rasa macam sama saja macam tahun-tahun yang lalu.

Aku masih belum fikirkan apa-apa resolusi untuk tahun ini. Belum boleh fokus. Antara banyak-banyak yang aku kepingin lakukan, ada satu yang masih menolak-nolak hatiku supaya meneruskan cita-cita yang terbengkalai dah bertahun-tahun. Boleh ke tidak, aku masih berasa curiga. Entahlah...kalau tak mula dan tak usaha sampai bila pun tak tercapai.

Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku….

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo…

Tah apa-apalah aku...punya lama dah keluar lagu ni, baru sekarang aku layan. Lepas tu boleh lak layan lagu ni:

CHRISTINE
In sleep he sang to me
In dreams he came
That voice that calls to me and speaks my name
And do I dream again for now I find
The Phantom of the Opera is there
Inside my mind

PHANTOM
Sing once again with me
Our strange duet
My power over you grows stronger yet
And though you turn from me to glance behind
The Phantom of the Opera is there
Inside your mind

CHRISTINE
Those who have seen your face
Draw back in fear
I am the mask you wear

PHANTOM
It's me they hear...


BOTH
Your/My spirit and my/your voice in one combined
The Phantom of the Opera is there
Inside my/your mind

BACKGROUND
He�s there, the phantom of the opera!

CHRISTINE
He�s there, the phantom of the opera

PHANTOM
Sing, my Angel of Music
Sing, my Angel
Sing for me
Sing, my Angel!
Sing for me!

I have brought you
to the seat of sweet music's throne
to this kingdom where all must pay homage to music
music
You have come here,
for one purpose, and one alone
Since the moment I first heard you sing,
I have needed you with me,
to serve me, to sing,
for my music...
my music...

A'ah memang aku tengah bosan yang amat sekarang ni. Blu ray movie pun tak ada yang menarik sekarang ni. Aku bosannnnnn