Saturday, November 29, 2008

Old pictures in the net


I found these pictures on the net.


I am surprised it was still there.
Siapalah mereka-mereka ni?

harharhar

Ladies' Day Out


Semalam lepas kerja, aku and the gangs pergi Sungai Wang Plaza jalan-jalan. Kira ladies' day out le ni. Bukannya window shopping barang-barang perempuan, tapi pergi tengok barang-barang komputer dan audition aku nyer home theater sistem. Al-maklumlah bulan Disember ni nak upgrade sistem audio HT. Kira pergi survey harga dulu arr.

Jadi aku ajak le depa audition sekali kat A&L. Depa quote aku:

Yamaha RX-v633 - RM1900
PSB Alpha T1 - RM1350
PSB C1 -RM550
PSB LR1 - RM350
Velodyne CHT-10R - RM2000

Aku rasa speaker aku, Pioneer CS-N775 4 way speaker floor, masih elok. Lagi pun kalau ikut spec, speaker aku tak jauh lari dari speaker baru ni. Cuma tak tahu macamana kesesuaian dia dengan yamaha v633. Apa-apa hal aku rasa aku beli yammy dan velodyne dulu. Test dengan speaker yang sedia ada. Tak sedap kalu, kita target beli PSB speaker. Bolehlah buat target untuk next semester nyer part time pay check. Unless ada orang tu nak present kat kita lah kan...wakakaka

Tapi masa audition tu memang tahap gaban kesedapannya. Pakat leleh dibuatnya. Kalau ada dedicated room kat rumah aku ni, memang best betul arr. Tapi for sure mak aku marah punya sebab memang kelantangannya menggegarkan pinggan mangkuk dan jantung huhuhuhu.

Lepas habis audition aku pergi Desa HT kat Lowyat Plaza lak. Mungkin satu hari aku nak buat trip ke Desa HT Kepong sebab ada yang kata disana menarik juga harga yang diberi. Tapi kat lowyat plaza ni memang hampehlah. Mahal! Seller pun tak friendly. Yelah, dah aku balik kerja ngan baju kurung pakai lak selipar...kira selebet habis lah, orang tengok pun macam sengkek je kan, so malas nak layan. Tapi aku memang puji A&L le, layanan tiptop, lagipun dulu memang aku beli Optoma HD65 dan drapper dari depa gak. Tu yang suka beli kat situ...layanan kelas gitu walaupun kita ala-ala kelas bawahan muhahaha.

Kat lowyat Plaza kitaorang pakat-pakatlah beli barang masing-masing. Aku sambar 2 set 100kpg DVDR dan 1 set 100kpg CDR. Buat bekalan kat rumah since si Izzah sekarang ni rajin nah mendownload anime dia dan aku lak suka bising dia menyemak HD aku harharhar. Berat gak aku duk usung CD-CD tu kehulu kehilir. Aku beli juga simcard handphone dan CD bag untuk Izzah. Dia bukannya pakai sangat hp tapi sebab dia sekarang ni dah start violin class dan tuisyen, jadi lega sikit hati kalau dia boleh call kalau ada apa-apa hal.

Kami balik dalam pukul 9 lebih juga, sempat juga singgah McD drive Tru baru kat Bangi tu...hehehe. Dari bangi, aku ambil kereta terus balik rumah. Jam pun dah dekat pukul 10 malam. Dah lama juga aku tak pernah keluar malam ye. Kira semalam memang happy betullah especially jalan ngan 'the gangs'. Hope kita buat trip macam ni lagilah, tapi kali ni kena pastikan yang typical dua orang tu tak lambat (Ada ke boleh balik rumah mandi-mandi dulu...padahal kitaorang punyalah berlengas ni tunggu depa).... wakakakaka

Friday, November 28, 2008

Blu Ray Shopping Today!!!

Yup...today is black friday in USA. Amazon US is having a sale.
I can not resist the temptation nor the poison...arghhh must go sit and shopping too!

Rambo trilogy boxset down to USD17.95
New titles, Kungfu Panda, Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull USD16.99 and so many more. Even Transformers is only USD9.99....damnnn

Lucky I have not received my part time pay check, kalau tidak...dah sapu bersih semua title yang best. Hehehe duit tu khas untuk upgrade amplifier dan subwoofer.

Edited: Shopping telah berjaya dilakukan dengan mendapat harga terendah. Pagi ni harga dah naik balik. Huhuhu nasib baik dah sambar dulu.

Lists of purchased:
1. Hellboy (director cut)
2. Hellboy II
3. Indiana Jones and The Kingdom of Crystal Skull
4. Kungfu Panda

dan waiting from amazon UK:
1. The Matrix Trilogy Box set
2. Mamma Mia!

Thursday, November 27, 2008

Ziarah

Hari ini aku cuti. Hantar kereta pergi cat, pastu teman mak ambik pencen dia. Kami singgah kubur arwah ayah, bersihkan apa patut dan tanam pokok puding yang baru. Rindu memang rindu arr....

Sunday, November 23, 2008

Projek Aquarium

Weekend ni menghabiskan masa dan duit deco aquarium. Sejak ikan merah tu mati, baru hari ni dapat siapkan suasana aquarium baru. Tu pun sat lagi nak kluar beli ikan....harharharhar

Nasib baik le aku ade beli mop, senang nak sedut air bagi kering dan boleh cuci cermin sekali. Adik aku yang cuci dan buat semua ni. Aku tolong nyibuk jer.

Semalam kluar ngan adik pi beli barang-barang ni. Sayang tak dapat kapal karam macam kapal yang aku beli dulu. Kapal ni kurang anggun. Aku paling suka ruin tu. Rasa cam nak tambah lagi je.

Batu-batu dah siap letak. Dari pagi sampai petang adik aku mengerjakan menda ni.

Tu dia dah siap. Lain kali ambik gambar cantik punya.
Okay, nak kluar gi beli ikan kat Safari pet shop Ikano power center. Kang upload lagi.

dah balik beli ikan. Baru beli 10 ekor. Pastu tambah ruin dan rumah pulak, kira buat site bandar karam. Cantik dah aquarium kat rumah.

Tuesday, November 18, 2008

Oiiii Sapa Curik Arrrr

Geram betul bila nak pergi kerja aku perasan lampu tembok dah hilang satu. Arwah ayah beli dulu arr....benda tu pun nak curik. Kata kot-kot binatang pecahkan, tak ada pulak serpihan dia, tak kan binatang tu dah pecahkan sapu pulak serpihan dia kan....

Hauk betul sapa yang curi ni...tak pasal-pasal kena tunggu kedai buka dulu baru boleh masuk opis. Dah le hari ni kat opis makan nasi ayam wakakaka

Wednesday, November 12, 2008

Itadakimasu - Ubiten Don

I had a delicious lunch today. Ubiten Don my favorite dish. Nyum Nyum...Now I'm hungry.

Sunday, November 9, 2008

Pemergian Seorang Sahabat


Al-Fatihah untuk sahabatku Shamsul yang pergi dahulu menghadap Illahi. Takziah kepada Azlina atas pemergian suami tercinta.

Sungguh sedih atas pemergian ini kerana mereka berdua merupakan teman aku melancong bersama-sama. Gambar ini adalah gambar mereka berdua yang ada dalam simpanan aku semasa melancong ke Langkawi bulan February lalu. Lepas itu banyak lagi trip kami bersama-sama seperti ke Port Dickson dan ke Kuching Sarawak. Tapi gambar tiada dalam simpanan aku.

Walaupun Sham selalu panggil aku 'Kak NiRa' sebenarnya kami lahir pada tahun yang sama. Sebab Ina memang panggil aku 'kak NiRa' tu yang dia pun panggil aku kak juga.

Berbekas juga dalam hati ni sebab arwah memang seorang sahabat yang baik. Semoga Ina tabah menghadapi hidup ini.

Thursday, November 6, 2008

Fish Murderer




Ikan kat umah mati kesemuanya......uwaaaaa
Adalah sorang tu kan..kan kan....
dia cuci akuarium kan...kan..kan...
Pastu kan....
Kain cuci akuarium tu kan...
cuci tak bersih...ada sabun kan
pastu orang tu kan tak perasan kan kan kan
Dia duk bersihlah akuarium tu
so ikan pun kan..kan..kan
berbuih mulut cam sabun gak la kan.....
Pembunuh ikan betullah kan sorang tu kan kan kan


Tapi memang dah lama nak let go ikan tu. Tak larat nak tukar air dia saja. Pasni nak bela ikan kicik kicik aje.

Sunday, November 2, 2008

Rambutan Lagi...Lai...Lai

Berapa bulan lalu rambutan kuning berbuah. Sekarang rambutan merah lak berbuah. Rambutan ni kakak aku yang paling suka. Dan aku lak suka kakak aku suka sebab abang Bakar boleh panjat ambil. Aku lak jenis tak makan sangat rambutan. Jadi kalau ada orang ambil rambutan dah cukup bagus dah. Tak ada lah membazir. Lagipun pokok rambutan ni banyak semut. Tak larat aku nak ambil.

Ni pokok rambutan merah, sebelah pokok rambutan kuning. Buah dia manis dan lekang.


Bagi tengok dekat sikit.


Up close and personal.


Berjuntaian dan mengiurkan hahaha.. Tak minat nak makan arr...Kak Anis cepat arr ambik.


Original Blu Ray vs Pirated Blu Ray

Hari ini aku nak tulis sikit pasal original Blu Ray Disc dan pirated Blu Ray Disc. Ramai kawan-kawan yang kata pirated Blu Ray dah keluar. Dan aku menegas setegas-tegasnya, There are no such thing as pirated Blu Rays!

Original Blu Ray

Okay, kalau nak banding fizikal memang tak nampak bezanya. Gambar kat atas ni Blu Ray original, juga dengan casing biru nyer. Sama je ngan kat bawah ni.

Pirated Blu Ray (nah it's DVD9 actually)

Tapi perasan tak kat gambar yang ini ada tulis DVD9? Taraaa.....tu kan dah sejelas-jelasnya bagitau kualiti dia camana. Blu Ray tak boleh main kat DVD. Perlukan player dia tersendiri. Kalau yang pirated tu mungkin extract content Blu Ray tapi terpaksa downgraded ke DVD9 untuk muatkan dalam disc itu dan boleh main dengan DVD player. DVD9 saiznya hampir 8GB manakala Blu Ray Disc saiznya sehingga 50GB. Berapa banyak saiz telah dikorbankan untuk dimuatkan dalam DVD9? Dan perlu diketahui DVD menggunakan sinar Merah (Red Ray), manakala Blu Ray seperti namanyalah, menggunakan sinar Biru. Dua-dua merupakan teknologi yang berlainan. BD-R masih mahal medium nya. Jadi sebab itu DVD9 menjadi pilihan.

Jadi kalau apek-apek lanun tu mati-matian kata disc yang dia jual itu adalah pirated Blu Ray, suruh je dia pasang kat DVD Player. Kalau boleh je main kat DVD player, It ain't Blu Ray la. Tapi jangan suruh pasang kat Blu Ray Player kerana Blu Ray player boleh je main DVD. Aku dah cuba beli satu so called pirated Blu ray ni. Cisss....memang tak sama langsung dengan original Blu ray. Cerita yang aku test ialah Pearl Habour. Walaupun gambar pirated Disc tu cantik dari DVD, tapi masih banyak grain pada kualiti gambar. Sound pun sudah pastilah tak seenak Blu Ray. Tapi aku tak boleh komen sangat pasal bunyi kerana sistem bunyi aku masih belum support HD.

Begitu juga kalau downloaded mkv. Terpaksa juga sacrifice saiz. Tak ramai orang sanggup download sampai 25-50GB satu filem. Majoriti downloaded mkv pun dah dikurangkan saiznya kepada 2-5GB saja. Berapa banyak dah sacrifice kan.

Aku pun bukan semua cerita aku nak beli Blu Ray. Mostly cerita yang best sahaja especially kalau saiz dia 50GB, sound TrueHd or DTS-MA, ataupun yang support 3D, baru aku beli.

Anyway, kesimpulannya, there's no pirated Blu Ray in the market. Not right now.

Saturday, November 1, 2008

Musical Day

Hari ini Izzah mula belajar violin. Punya le lama aku dolak dalih melewat-lewatkan pendaftaran kelas violin kerana nak suruh dia habiskan final exam dulu. Jadi bila dah habis final exam, dah tak de excuse lagi dah. So bermula dari hari ini Izzah dah memulakan perjalanannya menjadi seorang violinist.

Jadi hari ini aku duk keluarkan semua musik instrumen yang aku ada. Hehehe ada instrumen je, main tak reti...wakakaka

Guitar, Violin and Keyboard.