Walaupun dah lama pakai receiver ni. Tak dinafikan, pembelian yang bukan sia-sia. Sampai sekarang penghasilan bunyi dia memang memuaskan hati. Setidak-tidaknya jenama Nakamichi, jenama yang gah dipersada bunyi. Aku beli receiver ini tahun 2001 kalau tak salah. Lama dah. Masa tu memang merata mendengar demo amplifier dan receiver. Tapi sebab aku bukannya pro sangat dengan audio system ni, keputusan aku hanya bersandarkan sedap telinga dan budget. Tapi bandingkan dengan Yamaha, memang Nakamichi ni lagi best lah pada masa itu.

Zaman dah berubah, teknologi bergerak macam roket Soyuz. Nak kejar teknologi ni poket memang rabaklah. Sebab itu aku maintain pakai Nakamichi sehinggalah aku menceburkan hobi baru kepada high definition system. Wah...ini lagi bukan saja rabak, dah masuk tahap sacrifice dah ni. Sanggup aku berdiri 6 jam straight nak cari duit extra beli amplifier baru wakakaka. Belum masuk lagi usaha side income yang lain....huhuhuhu...aku gilos.
Sekarang mata aku meliar je cari receiver yang ini:

Yamaha RX-v633 entry level receiver untuk high definition sound. Bezanya tak lain dan tak bukan mempunyai Dolby TrueHD and DTS-HD Master Audio. Kepada peminat Blu Ray Movie, sound ini memang heaven. Jauh bezanya dengan dolby 5.1.
Kawan-kawan aku ada yang bertanya pasal apa aku banyak penghabis duit kat benda-benda ini semua. Yelah, Blu Ray movie sekeping je dah RM80 ke atas. On average RM100 sekeping. Sekarang ni aku hold dulu beli Blu ray kerana exchange rate USD tinggi. Tapi apa yang aku boleh nyatakan, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Aku suka beli benda ni kerana bagi aku ianya merupakan reward pada aku yang susah payah menolak diri aku ke tempat aku berada sekarang ini. Believe me, I will go for Audi A4 if my budget allow me. Tapi dah budget line kata boleh seronok kat audio visual je, apalagi, setakat itu sajalah keluk utiliti aku. Yang pastinya, aku cukup enjoy apabila menonton wayang dirumah sendiri. Penat berkerja dan tension, semua boleh hilang apabila aku menonton movie dengan skrin bersaiz 92 inci, bunyi yang mantap dan bilik yang berhawa dingin. Lagipun, ni lah cara aku melobi anak-anak sedara supaya lepak rumah hehehe.
Nak best lagi, tambah yang ini pula Velodyne CHT-12 subwoofer.
Tapi aku ada kerisauan sikit pakai yang ini. Nanti mak aku marah. Bak kata member yang dah pakai, pinggan kat dapur pun boleh bergetar, ni kan pula bilik tu. Wakakaka for sure mak aku marah punyaaaaa. Nantilah aku decide betul-betul, nak tambah ke tak nak.
Apa-apapun...fantasi boleh menjadi realiti...dan realiti aku semakin menghampiri. Insya Allah.
Kawan-kawan aku ada yang bertanya pasal apa aku banyak penghabis duit kat benda-benda ini semua. Yelah, Blu Ray movie sekeping je dah RM80 ke atas. On average RM100 sekeping. Sekarang ni aku hold dulu beli Blu ray kerana exchange rate USD tinggi. Tapi apa yang aku boleh nyatakan, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Aku suka beli benda ni kerana bagi aku ianya merupakan reward pada aku yang susah payah menolak diri aku ke tempat aku berada sekarang ini. Believe me, I will go for Audi A4 if my budget allow me. Tapi dah budget line kata boleh seronok kat audio visual je, apalagi, setakat itu sajalah keluk utiliti aku. Yang pastinya, aku cukup enjoy apabila menonton wayang dirumah sendiri. Penat berkerja dan tension, semua boleh hilang apabila aku menonton movie dengan skrin bersaiz 92 inci, bunyi yang mantap dan bilik yang berhawa dingin. Lagipun, ni lah cara aku melobi anak-anak sedara supaya lepak rumah hehehe.
Nak best lagi, tambah yang ini pula Velodyne CHT-12 subwoofer.

Apa-apapun...fantasi boleh menjadi realiti...dan realiti aku semakin menghampiri. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment