Thursday, October 30, 2008

Realiti dan Fantasi: Audio Visual Revisited

Huk huk huk

Walaupun dah lama pakai receiver ni. Tak dinafikan, pembelian yang bukan sia-sia. Sampai sekarang penghasilan bunyi dia memang memuaskan hati. Setidak-tidaknya jenama Nakamichi, jenama yang gah dipersada bunyi. Aku beli receiver ini tahun 2001 kalau tak salah. Lama dah. Masa tu memang merata mendengar demo amplifier dan receiver. Tapi sebab aku bukannya pro sangat dengan audio system ni, keputusan aku hanya bersandarkan sedap telinga dan budget. Tapi bandingkan dengan Yamaha, memang Nakamichi ni lagi best lah pada masa itu.

Zaman dah berubah, teknologi bergerak macam roket Soyuz. Nak kejar teknologi ni poket memang rabaklah. Sebab itu aku maintain pakai Nakamichi sehinggalah aku menceburkan hobi baru kepada high definition system. Wah...ini lagi bukan saja rabak, dah masuk tahap sacrifice dah ni. Sanggup aku berdiri 6 jam straight nak cari duit extra beli amplifier baru wakakaka. Belum masuk lagi usaha side income yang lain....huhuhuhu...aku gilos.

Sekarang mata aku meliar je cari receiver yang ini:

Yamaha RX-v633 entry level receiver untuk high definition sound. Bezanya tak lain dan tak bukan mempunyai Dolby TrueHD and DTS-HD Master Audio. Kepada peminat Blu Ray Movie, sound ini memang heaven. Jauh bezanya dengan dolby 5.1.

Kawan-kawan aku ada yang bertanya pasal apa aku banyak penghabis duit kat benda-benda ini semua. Yelah, Blu Ray movie sekeping je dah RM80 ke atas. On average RM100 sekeping. Sekarang ni aku hold dulu beli Blu ray kerana exchange rate USD tinggi. Tapi apa yang aku boleh nyatakan, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Aku suka beli benda ni kerana bagi aku ianya merupakan reward pada aku yang susah payah menolak diri aku ke tempat aku berada sekarang ini. Believe me, I will go for Audi A4 if my budget allow me. Tapi dah budget line kata boleh seronok kat audio visual je, apalagi, setakat itu sajalah keluk utiliti aku. Yang pastinya, aku cukup enjoy apabila menonton wayang dirumah sendiri. Penat berkerja dan tension, semua boleh hilang apabila aku menonton movie dengan skrin bersaiz 92 inci, bunyi yang mantap dan bilik yang berhawa dingin. Lagipun, ni lah cara aku melobi anak-anak sedara supaya lepak rumah hehehe.

Nak best lagi, tambah yang ini pula Velodyne CHT-12 subwoofer.

Tapi aku ada kerisauan sikit pakai yang ini. Nanti mak aku marah. Bak kata member yang dah pakai, pinggan kat dapur pun boleh bergetar, ni kan pula bilik tu. Wakakaka for sure mak aku marah punyaaaaa. Nantilah aku decide betul-betul, nak tambah ke tak nak.

Apa-apapun...fantasi boleh menjadi realiti...dan realiti aku semakin menghampiri. Insya Allah.



Yesterday

Yesterday:

I was on work leave.
I still got a bad cough.

Semalam juga, anak saudara aku beria-ia mengajak menonton movie
ni. Apa nak buat...layan saja lah. Rasa nak tidur je tengok cerita tu.
Tapi kalau banding dengan High School Musical 2, cerita ni
lagi best lah. Towards the end ada sikit-sikit
rasa sebak jugalah. Hahaha

Pastu seperti biasa mesti singgah beli buku:

Whatever lah.... Seronok juga baca buku-buku
jiwa sekali sekala.

Sunday, October 26, 2008

UALR Reunion 2008

Hari ini dalam kenangan. Reunion Alumni University of Arkansas at Little Rock (UALR).

Kali terakhir kami bertemu ialah pada enam tahun yang lalu. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Hari ini kami bertemu semula....

Kek yang ditempah khas dari secret recipe khas untuk majlis ini. Terima kasih kepada Anisah yang berusaha menempah kek ini.


Kenangan lalu, gambar kami di dalam akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Salam dari Perantauan sempena Hari Raya tahun 1993.


When we were young....... Gambar beramai-ramai sempena Hari Raya 1994 di hadapan Bangunan Donaghey Student Center.


Goodies dan Kek untuk Reunion kali ini. Terima kasih kepada Nana atas usaha ini.


Keluarga Ibu-ibu University of Arkansas at Little Rock (UALR).


Keluarga Besar UALR.


Ida, Fuzah, aku dan Mat Sham


Aku, Fuzah dan Ida masa lepas grad tahun 1995.

Aku sungguh gembira dapat menyertai acara ini. Ternyata masih terdapat perasaan sayang dan rindu kepada semua teman-teman terutamanya teman serumah, Ida, Fuzah dan Nana.

Terima Kasih kepada Yang Berusaha Alias yang pening-pening kepala menguruskan perjumpaan keluarga besar UALR ini. You guys are G.R.E.A.T!

p/s lain-lain gambar aku akan upload dalam facebook.

Thursday, October 23, 2008

Wednesday, October 15, 2008

Philips SHE9600 earphone

This earphone is for my daughter. Actually she bought one cheap low branded earphone last week, but can not be used because stereo plug is smaller and can not fit into her mp3 player. My mistake though for not checking.

I promised to replace her earphone with my money. That's why I actually love shopping online because i will get more choices and good prices. I come across with Philips SHE9600. Triple price from my daughter previous purchased. I love the neckstrap. So I bought it for her.

Once it arrived in my office, i tested and found out this earphone is so amazing. Good clarity and reduce noise dramatically. My ear totally enjoying sounds coming out from the earphone. Great earphone. Worth my money.

price paid : RM90
My economics cost: Rm120

Tuesday, October 14, 2008

Iron Man Is here!!!

Wallaaa.... standard shipping from Amazon on 1st Oct, today arrived! I was sooo surprised. Last time expedited shipping took me three weeks but standard shipping, only two weeks. Must be hari raya luck!

Bought Iron man and shrek the third.

again... Wallaaaaaaaaaaaaaaa

Blu Ray lagi

Hehehe aku dapat beli Blu Ray Harry Potter: The Order of the Phoenix ni dengan harga RM85. The cheapest price I got and it is NEW and SEAL some more! kalau beli kat amazon US pun dah USD24.95. Belum masuk shipping lagi. Gumbira nyer hati ku. Blu Ray yang tengah berjalan cam siput dari USA tu pulak tah bila lah nak sampai kat tangan aku. End this month place order lagi....muhahaha Gila Blu betul aku ni.

Monday, October 13, 2008

I Vow Not to Watch...Not Yet!


This gonna be one of my favorite musical movie. I always love watching musical movie. Mamma Mia! based on the songs of ABBA.. phewww... I am a fan of ABBA too. This must be rockkss!

Sedangkan August Rush aku punya le suka, cerita ni mestilah lagi best. Jadi, aku tak mau spoil aku nyer moment dengan watching downloaded movie. Sabar...sabar. I must watch it in Blu Ray! Mesti!.... Adeh....lama nyer nak kena tunggu. Amazon UK release on 24 Nov. Amazon US belum ada pre order lagi. Kalau nasib tak baik, Mamma Mia! dari UK kena region lock, mau aku kena tunggu dari US le.

Wait until I upgrade my amplifier to Yammy v663. Must be A.W.E.S.O.M.E!

oh well what a heck.... kalau aku tak sanggup nak tunggu...belasah je...bukan nyer dosa pun langgar vow ni....wakakakaka

Must get in Blu Ray!

Sunday, October 12, 2008

Shopping for ?

NO, Today I am not gonna shop for Blu ray Disc. Instead I went shopping for books. I bought 10 UPSR books and 4 story books. Harry Potters' books are for me and for my niece afterwards. The rests are for my daughter. She bought Sherlock Holmes' story books. Seronok juga sekali sekala masuk kedai buku.

Tuesday, October 7, 2008

High School Musical 2 Blu Ray

Akhirnya dapat gak Blu Ray yang ini setelah lama duk tunggu. Faiz duk bising suruh beli Blu Ray Harry Potter. HP Prisoner of Azkhaban aku dah ada. Ye lah, nanti aku usha le yang lain-lain nyer. Tapi aku lebih prefer beli The Matrix. Hmmm tengok le.

By the way, aku nyer skill ambil gambar getting worst rasanya. Gambar ni ambil guna SE P1i, tapi punya le kabur. Guna flash lak, punya le silau sampai tak clear la pulak.

Monday, October 6, 2008

Forex Sept

September 2008 end result.

Friday, October 3, 2008

Narnia BD

Hari ni bagi budak-budak nonton Blu ray Narnia. Dan hari ni juga aku cuba tajamkan skill ambil gambar movie di skrin projektor aku. Tak lulus lagi aku ambil gambar. Ini la je hasil yang dapat aku ambil. Kena ambil kursus fotografi ni.

Wednesday, October 1, 2008

Blu Raya

Mana boleh tinggal blu ray. Raya ni dah siap-siap susun silabus cerita apa nak tengok. Jadi 4 cerita ni le layan dulu. Jangan tak de lektrik sudah.

Initial-D, Dragon Tiger Gate, Narnia dan Ratatouille.

Raya Air

Tengah seronok menerima para tamu sampai bersesak-sesak kereta diletakkan di kiri kanan jalan, sekali ada pula yang terlanggar kepala paip selang beberapa rumah dari rumah aku. Apa lagi....air pancut sempena aidilfitri. Tinggi tu. Tah bila lah SYABAS nak datang bela tu. Aku doakan jangan le short circuit mana-mana sebab air pancut memang lebih tinggi dari wayar lektrik/talifon. Aku nak tengok blu ray malam karang!

Gambar ni hubby yang ambik.

Salam Aidilfitri Hijrah 1429

Tahun ni semua balik kampung. Jadi hari raya pertama, tinggal le kami berlima je raya kat rumah. Masak pun sempoi je. Bihun goreng dan nugget wakakaka. Raya ketiga esok baru kaw-kaw punya.

Meja hidangan sedia menerima tetamu.

Standard le rumah aku warna merah, warna kegemaran mak aku.

Ni aku masak mee kari. Tapi ni malam tadi punya, untuk berbuka puasa :P