Thursday, September 11, 2008

My Car

Kesian dengan kereta aku ni. Umur dah lah 8 tahun, dah lama dah aku perasan gear box dia ada masalah sikit. Semalam hari kemuncak dia meragamlah. Sepanjang perjalanan ke pejabat, aku main gear 2 dan 3 saja. Gear 1 dan gear 4 tak masuk langsung. Dah le pejabat aku atas bukit, berat betul dia nak mendaki. Sehari sebelum tu aku dah perasan dah, dia bertambah teruk. Ada ke tengah sedap-sedap bawak 100km/h dia tendang balik masuk gear 3. Terasa sungguh tendangannya wakakaka.

Jadi selepas berbincang dengan hubby, adik, abang dan mak, (fuh banyak penasihat ni), aku ambil keputusan tukar gear box sekarang. Sebenarnya aku cadang nak tukar enjin terus tapi hanya boleh buat hujung tahun ini, cadang nak le tukar gear box tu sekali masa tu. Buat betul-betul. Rupa-rupanya dah tak mahu tunggu sampai hujung tahun. Adik aku pun dah berbincang dengan Awe mekanik kereta yang selalu usha kereta aku tu. Dia kata boleh je tukar enjin tak kacau gearbox kalau aku pilih enjin yang berkapasiti yang sama i.e 1.6 le. Itu yang ambil keputusan tukar saja. Tak sanggup hati aku gedebak gedebuk sepanjang driving kerana risau dengan keadaan kereta aku.

Tu dia... ganti gearbox dan tukar ntah-apa belt tah (selalu menyanyi time start enjin) dan tukar lampu depan aku yang skru nya tah kemana perginya (ni lagi best, siap tampal solatape warna biru cam warna kereta aku sekeliling dia, cuma sebab warna sama la pulak, so tak perasaan kalau tengok jauh..wakaka) ...jadi kos dia adalah dalam RM2500...tu anggaran aja. Belum lagi quotation tukar boot kereta aku yang berjerawat sana sini.....hehehe proton...itu lah....kang aku komen banyak-banyakkan nanti mak aku marah, kata aku tak patriotik...wakakaka

Kalau la kereta aku boleh transform, aku suruh dia bertukar kepada kereta bawah ni....autobot transform!!!!



2 comments:

Anonymous said...

when will you go online?

Anonymous said...

yeah! its much better,