Monday, September 29, 2008

Alvin Goes to Clinic

Hari ini bawa Alvin ke klinik untuk kasikan dia. Dari malam tadi memang dah biarkan dia puasa. Pagi, lepas selesai urusan aku ke pasar, nak la bawa dia. Nanti lambat sangat takut dia lapar sangat lah pulak. Sekali batang hidung pun tak nampak. Jenuh aku panggil. Hmmm macam tau-tau je nak gi klinik.

Dalam pukul 10 lebih baru dia pulang. Tak tahu le kot-kot dia curi makan kat tempat lain. Aku dah siapkan kandang letak dalam kereta. Lepas itu dukung dia masuk dalam kereta dan masukkan dalam kandang. Awal-awal dia mengeow sahaja. Belum sampai klinik dia dah mengamuk dah. Habis dia koyak-koyakkan alas surat kabar dalam kandang tu. Hehehe

Alvin...alvin.

Sunday, September 28, 2008

Pre Hari Raya: Main Bunga Api

Dari Kiri: Asyraf, Faiz, Izzat dan Maisarah

Setiap tahun memang aku kena layan bebudak main bunga api lah. Depa siap bawak mercun. Aku test dulu petang tu kat belakang rumah. Siap gulung suratkabar panjang-panjang buat cucuh api untuk hidupkan sumbu mercun tu. Punya le penakut.

Pada mula mercun tu keluar api je, aleh camtu je..no hal lah...sekali..dia meletup punya le kuat. Aku terkedu, pekak telinga aku. Kucing aku dah lari pecut 100 meter dah. Panggil balik pun duk terkebil-kebil. Terperanjat punya pasal le tu. Confirm aku tak bagi bebudak main. Tidak baik pada kesihatan telinga dan kesihatan jari!


Jadi pukul 8.15 malam semua yang nak main bunga api dah bersidang kat luar. Sebelum main, seperti biasalah mesti ada briefing. Mana yang boleh dan tak boleh buat. Ceh...tu baru main bunga api.

Lepas ni, aku gak yang kena bersihkan sampah



Friday, September 26, 2008

My Blackbelt - Memory Revisited

Entah macamana anak sedara aku si Asyraf menyelongkar drawer aku dan main-main dengan aku punya barang-barang lama. Sekali dia keluarkan aku nyer pisau, nunchaku dan lain-lain. Aku kata, kalau nak usik, tunjuk dulu blackbelt. Sekali dia keluarkan blackbelt aku. Punyalah lama aku tak pegang blackbelt tu. Blackbelt in ninjutsu tahun 1995. Lama dah. Bring back nostalgialah pulak. Baru aku teringat kat katana aku. Selalunya hari raya memang aku lap pedang tu. Tahun ni aku hampir terlupa pasal barang-barang martial art aku.

Tak sangka aku pernah pegang blackbelt...dalam seni mempertahankan diri ninja pulak tu. Sekarang, aku masih ingat lagi beberapa vital move yang diajar. Tapi apa-apa hal, aku la ni seorang wanita yang lemah lagi berat wakakakaka. Aku rasa orang jahat pun tak sampai hati nak kacau aku. Kalau apa-apa hal...aku lari je la dulu...

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini.

  • Kepada anak-anak saudara yang suka baca blog acik, raya nanti cepat-cepat datang rumah, acik masak lasagne dan mee bandung. Duit raya dah pasti ada. Yang terpasti boleh tengok blu ray banyak-banyak.
  • Kepada saudara mara di Jakarta, I miss you guys.
  • kepada rakan-rakan my-ualr, tak wat rumah terbuka ker?
  • kepada rakan opis dan rakan ex-opis, ghayo sakan-sakan, lupo jo la kije opis tu, sampai pencen nak kena buek.
  • Kepada yang tak tersebut kat sini, terima kasih atas segalanya. Salam Aidilfitri.
Den dah kiro cuti rayo ni, jangan jealousssss

Tuesday, September 23, 2008

My Decision: Kenzo and Issey Miyake


Funny, lain yang dicadangkan lain yang aku beli. Akhirnya aku beli Flower by Kenzo dan Issey Miyake L'Eau D'Issey Summer 2008. Antara dua ni, FlowerbyKenzo yang paling best bau. Satu EDP satu lagu EDT. Best nyer.

Monday, September 22, 2008

Issey vs Bvlgari: Choices and Opportunity Costs


Now I do not know which one to choose. My budget line says I can not have both. So I need to make a choice. Either Issey or Bvlgari. Now I can see I am applying economics in my daily life. Choices and Opportunity Costs. Price of both is almost the same. One is EDT and one is EDP. Hmmm which one?

Sunday, September 21, 2008

My piece of Work

Tahun ni larat cat pagar je. Tu pun sebab pagar tu memang cat dia dah luntur.

Before


After.
Fuh kembang kempis lagi hidung. Bangga siutt!!


Wednesday, September 17, 2008

Lagi-lagi Blu

Transformers dan Cars

Best nyer....dua-dua ni sampai tepat pada masanya. Hari ni cuti, jadi boleh le layan semua BD ni. Beli kat amazon UK lagi best le. Shipping dia murah sebab air mail saja, dan sampai dalam masa 7 hari saja. Kalau kat amazon US mau ambil masa sebulan baru sampai.

Next projek, tunggu 'orang besi' keluar akhir bulan ni. Tapi ni memang kena order kat amazon US le sebab amazon UK lambat keluar.

Monday, September 15, 2008

Spidey Sampai Dulu


Hari ni aku cuti, tapi macam tahu-tahu je hari ni ada BD yang nak sampai. Ingatkan BD Cars yang sampai rupa-rupanya Spidey sampai dulu. Sanggup tu pergi opis ambik Bluray ni...huhuhu layannnn


Kittens at My Backyard


Hari ini aku ambil cuti sebab kereta aku nak tukar topi baru. Jadi hari ni sempat le aku nak mengintai anak-anak si comel yang disorokkan kat belakang rumah aku. Comel ni pandai betul jaga anak, anak-anak dia montel tapi dia kurus kering...hehehe cian.

Ada empat ekor anak dia. Ni ada harapan lagi le anak kucing tidur bahagian dalam bawah kereta. Tau-tau je semua hilang...cicir le tu tengah jalan...ish ish ish. Aku siap pesan kat Alvin suruh sound-sound sikit anak-anak kucing jangan suka nyorok bawah kereta.

Alvin pun dari tadi asyik usha anak-anak kucing tu je. Yelah...anak sedara kan. Ni mesti nak ajak jadi kawan macam dua ekor anak kucing hari tu. Siap gurau-gurau. Alih-alih..hilang gak depa tu.

Thursday, September 11, 2008

My Transformer is Coming


Can't wait for my TF BD to arrive. Funny, Amazon.co.uk shipped my BDs separately.

Your order #026-1127203-2632365 (received September 6,2008)
-------------------------------------------------------------------------
Ordered Title Price Dispatched Subtotal
---------------------------------------------------------------------
Amazon.co.uk items (Sold by Amazon EU S.a.r.L.):

1 Transformers [Blu-ray] [20... £15.98 1 £15.98

Shipped via Royal Mail

------------------------------------------------------------------------

My Car

Kesian dengan kereta aku ni. Umur dah lah 8 tahun, dah lama dah aku perasan gear box dia ada masalah sikit. Semalam hari kemuncak dia meragamlah. Sepanjang perjalanan ke pejabat, aku main gear 2 dan 3 saja. Gear 1 dan gear 4 tak masuk langsung. Dah le pejabat aku atas bukit, berat betul dia nak mendaki. Sehari sebelum tu aku dah perasan dah, dia bertambah teruk. Ada ke tengah sedap-sedap bawak 100km/h dia tendang balik masuk gear 3. Terasa sungguh tendangannya wakakaka.

Jadi selepas berbincang dengan hubby, adik, abang dan mak, (fuh banyak penasihat ni), aku ambil keputusan tukar gear box sekarang. Sebenarnya aku cadang nak tukar enjin terus tapi hanya boleh buat hujung tahun ini, cadang nak le tukar gear box tu sekali masa tu. Buat betul-betul. Rupa-rupanya dah tak mahu tunggu sampai hujung tahun. Adik aku pun dah berbincang dengan Awe mekanik kereta yang selalu usha kereta aku tu. Dia kata boleh je tukar enjin tak kacau gearbox kalau aku pilih enjin yang berkapasiti yang sama i.e 1.6 le. Itu yang ambil keputusan tukar saja. Tak sanggup hati aku gedebak gedebuk sepanjang driving kerana risau dengan keadaan kereta aku.

Tu dia... ganti gearbox dan tukar ntah-apa belt tah (selalu menyanyi time start enjin) dan tukar lampu depan aku yang skru nya tah kemana perginya (ni lagi best, siap tampal solatape warna biru cam warna kereta aku sekeliling dia, cuma sebab warna sama la pulak, so tak perasaan kalau tengok jauh..wakaka) ...jadi kos dia adalah dalam RM2500...tu anggaran aja. Belum lagi quotation tukar boot kereta aku yang berjerawat sana sini.....hehehe proton...itu lah....kang aku komen banyak-banyakkan nanti mak aku marah, kata aku tak patriotik...wakakaka

Kalau la kereta aku boleh transform, aku suruh dia bertukar kepada kereta bawah ni....autobot transform!!!!



Wednesday, September 3, 2008

Another Bluray


Lama dah tak nonton. This month best le pulak, transformer dan ironman Blu ray Disc keluar. Beli, jangan tak beli.

Before beli, layan 2 BD ni je: Con Air dan Curse of The Golden Flower