Friday, August 1, 2008

Izzah Goes to Camp

Hari ini anak tersayang menghadiri camp beruniform di Ulu...? Hahaha dah lupa kat mana. Tapi aku tak risau sangat kerana dia pergi mengikuti rombongan sekolah berserta guru.

Semalam, persiapkan barang-barang dia, banyak pula tak cukup....aisehh...

Semalam juga dia minta pinjam aku punya MP3. Adehh yang ni tak boleh la. Aku nyer MP3 harga dah RM700 masuk earphone RM500 dah seribu lebih. Kalau kena curi, mau menangis aku dibuatnya. Lagipun memang aku nak bawa ke Kuching, dengar dalam flight nanti.

Jadi aku ke Jusco cari le MP3 player yang murah-murah. Sempat gak le shopping sandal untuk aku dan selipar untuk dia. hahaha

Aku perlu ada di rumah lihat/hantar dia pergi dengan barang-barang dia...Malam tadi macam-macam aku suruh dia bawa, siap nak belikan span tempat alas tidur, punya le dia bengang banyak barang nak bawa. Aku lak tengah ragu-ragu nak ambil cuti hari ini atau tidak kerana bila dia balik dari camp, aku tak ada di rumah dan hanya akan pulang pada 9 Ogos nanti. Ini kali pertama anak aku tidur jauh dari rumah tanpa aku. So kira new experience bagi dia. Tu yang dia request sangat aku ada semasa dia nak bertolak.

No comments: