Friday, February 15, 2008

My Car Collections

Sejak kecil lagi aku memang suka permainan kereta. Tapi sebab masa dulu susah nak dapat dan tak mampu nak beli, jadi sampai dah besar pun aku suka cuci mata lihat-lihat permainan kereta. Pelik...tapi benar.

Masa di State dulu pun memang suka pergi walmart dan cuci mata tengok barang-barang permainan yang dijual. Belum lagi kalau tengok di Toy R Us. Kereta kontrol yang hitam itu ialah Pontiac Firebird yang digunakan dalam siri Knight Rider. Bangga dapat beli. Kereta kontrol pertama milik aku setelah dari kecil cuma mengidam saja. Harganya cuma 20usd saja. Kereta-kereta yang lain aku beli semasa zaman gemilang kereta kontrol dalam tahun 2001 agaknya.

Bila dah mula kerja, lagi sakan la aku dengan Tamiya/Audley car siap dengan track. Ramai yang beli Tamiya/audley car masa itu tapi yang memiliki track memang tak ramailah. Gila gabak kotak track tu. Harga pun menarik juga sehingga menjilat dompet. Sekarang semua kereta seangkatan macam tu dah berkecai (main sungguh), tinggallah track masih disimpan dengan baik.

Selepas itu berhijrah pula kepada Hot Wheels. Formula 1 track, spider track, launcher dan pelbagai model kereta memang menjadi kegemaran aku.

Jadi bila, lepas kemas bilik dan baca satu forum pasal hot wheels, terus aku teringat koleksi aku dulu-dulu. Terus terang aku katakan, minat ni semua dah berkurangan...mungkin sebab aku dah tua.....wakakaka. Tapi kalau aku kaya, apa salahnyakan...bukan sekaranglah...banyak lagi priority yang lain.

Tak sangka aku ada pelbagai koleksi permainan.

No comments: