Tanggal 18 Feb 2008, genap 2 minggu selepas nenda pergi, ayah menyusul pula. Semoga ayah berada ditempat yang mulia. Al-Fatihah
Saturday, February 23, 2008
Ayahanda Kembali ke Rahmatullah
Tanggal 18 Feb 2008, genap 2 minggu selepas nenda pergi, ayah menyusul pula. Semoga ayah berada ditempat yang mulia. Al-Fatihah
Friday, February 15, 2008
My Car Collections
Sejak kecil lagi aku memang suka permainan kereta. Tapi sebab masa dulu susah nak dapat dan tak mampu nak beli, jadi sampai dah besar pun aku suka cuci mata lihat-lihat permainan kereta. Pelik...tapi benar.
Masa di State dulu pun memang suka pergi walmart dan cuci mata tengok barang-barang permainan yang dijual. Belum lagi kalau tengok di Toy R Us. Kereta kontrol yang hitam itu ialah Pontiac Firebird yang digunakan dalam siri Knight Rider. Bangga dapat beli. Kereta kontrol pertama milik aku setelah dari kecil cuma mengidam saja. Harganya cuma 20usd saja. Kereta-kereta yang lain aku beli semasa zaman gemilang kereta kontrol dalam tahun 2001 agaknya.
Bila dah mula kerja, lagi sakan la aku dengan Tamiya/Audley car siap dengan track. Ramai yang beli Tamiya/audley car masa itu tapi yang memiliki track memang tak ramailah. Gila gabak kotak track tu. Harga pun menarik juga sehingga menjilat dompet. Sekarang semua kereta seangkatan macam tu dah berkecai (main sungguh), tinggallah track masih disimpan dengan baik.
Selepas itu berhijrah pula kepada Hot Wheels. Formula 1 track, spider track, launcher dan pelbagai model kereta memang menjadi kegemaran aku.
Jadi bila, lepas kemas bilik dan baca satu forum pasal hot wheels, terus aku teringat koleksi aku dulu-dulu. Terus terang aku katakan, minat ni semua dah berkurangan...mungkin sebab aku dah tua.....wakakaka. Tapi kalau aku kaya, apa salahnyakan...bukan sekaranglah...banyak lagi priority yang lain.
Tak sangka aku ada pelbagai koleksi permainan.
Masa di State dulu pun memang suka pergi walmart dan cuci mata tengok barang-barang permainan yang dijual. Belum lagi kalau tengok di Toy R Us. Kereta kontrol yang hitam itu ialah Pontiac Firebird yang digunakan dalam siri Knight Rider. Bangga dapat beli. Kereta kontrol pertama milik aku setelah dari kecil cuma mengidam saja. Harganya cuma 20usd saja. Kereta-kereta yang lain aku beli semasa zaman gemilang kereta kontrol dalam tahun 2001 agaknya.


Jadi bila, lepas kemas bilik dan baca satu forum pasal hot wheels, terus aku teringat koleksi aku dulu-dulu. Terus terang aku katakan, minat ni semua dah berkurangan...mungkin sebab aku dah tua.....wakakaka. Tapi kalau aku kaya, apa salahnyakan...bukan sekaranglah...banyak lagi priority yang lain.
Tak sangka aku ada pelbagai koleksi permainan.
Thursday, February 7, 2008
A Trip to National Zoo
Hari ini anak-anak sedara aku termasuk anak aku ajak pergi zoo negara. Memandangkan hari cuti umum dan memikirkan aku perlu berjalan-jalan ambil udara lain untuk kesihatan badan dan mental, bawak je la depa semua. 6 orang kanak-kanak kena jaga wakakaka!
Hafiz dan adik-adiknya bergambar dengan Jumbo
Kagum betul dengan Pak Belang ni. Pandai posing ooo
Awal-awal memang aku berundurlah bila Pak belang datang dekat. Seriau dibuatnya. Tapi tenyata ini Pak Belang suka jadi model sebab 2-3 kali dia buat rutin yang sama supaya gambar diambil....tak jelas lagi ke? wakakaka
The biggest rat I ever touch. Yup...I did touch it. Berat dia...more than 54kg maaa... Big Rat. Unfortunately tak dapat ambil gambar bila budak-budak pegang tikus ni, coz depa semua takut bila tikus ni gerak.




Subscribe to:
Posts (Atom)