Friday, September 27, 2013

Rindu

Pagi yang mulia hari ni perasaan aku banyak kepada kerinduan.

Pertama:
Kepada YB, teman hati aku. Sejak hari Ahad lepas YB keluar outstation merata-rata dengan kawan dia atas urusan kerja. Hari Rabu tengah malam dia ada balik, tapi aku dah hanyut tidur tak sempat nak berbual-bual. Bangun pagi aku dah ke tempat kerja tanpa banyak berbual cuma sekadar dapat salam dan cium sebelum ke tempat kerja. Malam tadi dalam sekitar jam satu pagi baru YB pulang dengan kawan-kawan. Aku memang dah sedia tempat kawan-kawan dia tidur. Dan aku tahu YB bila-bila masa akan keluar semula terkejar-kejar menguruskan hal kerja ditempat lain. So dalam pukul tiga pagi bila YB ajak keluar makan kat mamak, terus aku setuju. Masa ni lah kami dapat berseloroh dan berbual panjang. Yup tengah pagi-pagi buta.

Kedua:
Aku rindu kat kerja-kerja akademik aku. Sehingga projek dengan kedutaan Venezuela ni selesai, aku tak  de ruang masa nak baca jurnal-jurnal. Aku kena mantapkan research proposal lagi. Aku kena tulis literature review biar kritis. 

Aku nekad hari ni, lepas meeting terus aku ke library pinjam buku2 dan dapat gak sambar buku ni:



Waktu rehat leh kunci pintu bilik opis baca buku ni.

Monday, September 23, 2013

I GOT THE SCHOLARSHIP!

Syukur ke hadrat Allah swt atas rezeki yang dikurniakan.


Wehhh lama tak hapdate. Busy bebenor aku lately ni. Bukan busy wat kerja phD tapi busy uruskan projek dengan kedutaan Amerika Latin. Habis projek ni memang kena tumpukan 100% kat phD aku. Geram tak dak masa sangat membelai kerja sekolah.

OK sedikit minor update:
  1. Alvin dah sihat dah. Bertambah gomok aku tengok dia; dan
  2. Keiichiro lari dari rumah pula bila tengok aku duk melayan Alvin yang tengah sakit dan kurang membelai dia berbanding Alvin. Grrr!!! sedih tau. Susah bebenor nak jaga hati anak2 bulu ni. So sekarang tinggal Avin saja;
  3. Shiro kekal hilang.

Major update:

Apa lagi kalau bukan benda yang aku idamkan sejak 8 tahun yang lalu. Cuti belajar!

Akhirnya, pada 18 September 2014, aku perolehi keputusan aku berjaya dapat biasiswa cuti belajar. Selepas bincang dengan keluarga terutamanya dengan Izzah, aku buat keputusan sambung di UM.

Ada banyak sebab kenapa aku sambung dalam negara:
  1. Aku tak perlu fikir urusan perpindahan. Bagi aku banyak kesusahan yang akan aku tempuh dalam menguruskan perpindahan aku dan keluarga ke luar negara. So tolak satu masalah;
  2. Aku sudah mengenali kedua-dua penyelia aku dan insyaAllah aku boleh berkerjasama baik dengan diorang. Fokus aku adalah menimba ilmu sebanyak mungkin dan menerbit sebanyak boleh. Jadi kalau dah kenal kenapa nak susahkan diri mencuba yang baru yang belum tahu bagaimana keserasiannya. Minus another problem;
  3. Sokongan pembelajaran banyak di sini. Malah aku sedang mengikuti kelas di U aku sebagai sit-in student. Banyak kenalan boleh aku jumpa kalau aku menghadapi masalah dalam pembelajaran;
  4. Aku bukannya pelajar pintar, aku nak berjaya aku kena usaha lebih. Jadi aku rasa aku berupaya untuk usaha lebih kalau aku di tanahair sebab aku tahu mana nak pergi uruskan permasalahan aku;
  5. Banyak persidangan aku boleh ikut dalam bidang yang aku kaji sebab jaringan aku yang sedia ada di sini;
  6. Mak aku dah tua, nanti aku tak boleh belikan mak aku barang-barang runcit yang diminta seperti mana yang aku lakukan selama ini. Mak hanya seorang, dan aku nak aku sentiasa ada apabila diperlukan.