Tuesday, August 13, 2013

Musim Raya 2013

First of all....

Tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Hari raya kali ini the only hari raya aku tak kisah rumah tak ready nak beraya. Bayangkan malam raya pertama aku dan YB boleh dissemble sofa rumah, cuci dan figure out lagu mana nak ganti cover dia. Baru semalam YB jumpa tempat jual cover kulit untuk sofa walaupun hari tu aku dah beli kain nak ganti. Tak pe, kain tu boleh standby ganti langsir rumah.

Tengok ni sofa dah kena tanggalkan, bila nak siap buat, jangan tanya!
Masa tu pun aku dapat beli carpet. First carpet for the house. Almaklumlah ghumah aku ni banyak anak2 bulus, jadi memiliki carpet adalah pilihan terakhir. Tapi sebab sekarang ni ramai dah sanak sedara datang rumah, kesian lak depa duk duduk atas simen sejuk, jadi kena lah beli. Dan seperti biasa, pilihan adalah pilihan aku. Taste modern. Tapi kan, sampai la ni tak bleh bentang lagi sebab sofa tak siap2. Tak de maknanya nak fefeeling vogue.

Cakap pasal anak2 bulus, Alvin sedang sakit kuat. Aku detect dia demam betul2 masa aku nak berangkat balik ke kampung YB. Dahlah pukul 10 malam masa tu, mana ada lagi vet yang buka. Serius aku tengok Alvin memang akan jadi lagi berat. Masa tu airmata aku dah meleleh dah sebab aku tak boleh nak buat apa. Tak kan aku nak batalkan balik kampung pulak. Bila aku start nangis, Izzah pun turut sama. Hahaha camtu ke nak tinggalkan Alvin kalau nak ke overseas nanti. Adalah yang tak mau pergi sana tu nanti.

Bila aku balik rumah (2 hari selepas tu), Alvin dah bertambah teruk. Hingus meleleh, mata penuh taik mata. Badan dah tak larat. Dia kencing pun di situ sahaja dan tak bersihkan diri. Sayu nah aku nengok. So first thing in the morning aku kejarkan Alvin ke Hospital veterinar UPM. Dr ambik temperature dah 40.x dah. Tinggi betul. Pastu dah ada jaundis. Dr. suruh aku buat pilihan, sama ada nak tunggu hari khamis kerana lab di situ semua tutup lagi kerana raya, ataupun aku kejarkan Alvin ke hospital swasta. Main-main tu, serupa macam treatment manusia gak.

So berkejarlah aku ke Balakong gi klinik yang ada semua medical facilities. Klinik tu jugalah Alvin kena kasikan dulu, so dia punya rekod memang dah ada kat situ. Dr. tak gerenti Alvin boleh sembuh tapi Dr. kata lebih baik kita cuba. Alvin kena masuk IV drips setiap hari. Buat ujian darah dan mungkin kena paksa makan melalui syringe. Berat Alvin sebelum ni yang hampir cecah 7Kg dah turun kepada 5 lebih saja. Huh aku dalam bawa Alvin dari UPM ke balakong dah start dah leleh airmata tapi control lah... kang kena gelak ngan YB.

Macamana aku tak sayu lihat anak bulus yang dah dibela hampir 6 tahun ini.
Aku masih berharap Alvin sembuh walaupun peluang tu mungkin tipis kerana komplikasi hati. Walaupun Alvin agak slow, tapi dia tetap kucing kesayangan aku. Petang nanti nak singgah tengok Alvin di klinik.