Tuesday, December 13, 2011

My Leave

Pada mula aku ingatkan boss aku a.k.a Jin Ijo, bila dia cuti panjang bulan 12 ni idaklah dia menyusahkan aku. Tapi ada pula lawatan dari Universii Malaysia Sabah nak melawat pejabat aku. Apalagi, Jin Ijo dah sound kat aku suh aku ada pada hari itu.

CANNOTTT Maaaaa

hari tu aku nak start cuti sampai akhir tahun.

Jin Ijo: I want u to be there

Aku: No I can't, Am taking my leave until year end.

Jin Ijo: No, one of u need to be in the office. You can't take a leave

Aku: Oh no... I must, this is really important to me, I need to take these leave.

Jin Ijo: NO.... I want you to be here. No no...

Aku: Proffff..... That day is my wedding day. Am getting married!

Jin Ijo: oh tahniah... This is more important. You can take leave, this is really imporant to you. Don't worry, you can take ur leave.

Cettttt........ Kalau aku tahu, awal2 aku dah declare aku nak ambik cuti kawin. Buang masa aku je bertekak ngan dia.

Thursday, December 8, 2011

Do the Unexpected

Taraaaaa

Kul 5 pagi 7 dec, aku bertolak ke Kota Bharu ditemani oleh Izzah.

Dari semalam lagi aku dah tak senang diam. Satu kesian dengar Abah detect leukemia. Jadi sebagai insan mithali ni, aku tahu tak bolehlah aku mementingkan diri sendiri. Jadi aku rela menangguhkan majlis akad nikah aku. Oppsss..... Pecah rahsia......

Ye, aku dah bertemu dengan insan yang dapat menyakinkan dan memenuhi hati aku. Kami dah bertemu kedua keluarga dan tarikh pun sudah ada.

Aku memang tak tenteram dibuatnya. Biasalah aku ni jenis semua plan mesti ada, bila aku tak dapat gambaran, mulalah macam cacing kena kepanasan. Dengan prihatin lagi. Huhuhu tak bley tak bley, akan ku redah juo walaupun tak pernah le aku drive 7 jam straight sebelum ni.

Seronok ooo drive berdua ngan izzah. Dah pakat dgn Izzah jangan cakap ngan papa kitaorang nak datang. Kalau cakap, gerenti tak bagi punya, siap kena marah lagi la pulok.

Tapi apakan daya, ingatkan nak surprise lewat-lewat skit. Dalam kul 12 tengahari aku sampai kat Kota Bharu. Check in kat Ridel. sebenarnya sebelum ni aku dah ke sini dengan dia dan anak-anak. Kira vacation pre sesuaikan diri, jalan dari cameron highland, pastu ke KB bertemu mami dan abah, dan kembali ke KL melalui Kuala Terengganu dan Kuantan. lepas tu dia pula bertemu keluarga aku. Pendekata semua berjalan lancar.

So sebab aku baru je gi KB, idak le bermasalah bagi aku untuk cari hotel. Tapi tak sangka pula parking kat Ridel ni tersangat le limited nyer. Jadi kebetulan tengahari tu dia call lagi, walapun aku masih berjaya menyembunyikan journey aku masa dia call aku kat Karak, kira kali ni aku kena buat confession since aku nak dia ambik kereta bawak balik. Tak tenang aku bila fikir kereta aku parking kat lorong belakang.

Tu dia, memang surprise lah kan, dan yup, kena marah. Hahahaha. Tapi tak pe juga sebab mami pula marah dia sebab ingat dia yang suh aku datang. Hahaha sorry le sayang.

Dipendekkan cite, aku sungguh besar hati dengan keluarga dia. Aku boleh nampak macamana penerimaan diorang kat aku dan izzah. menyebabkan aku yakin, tamatlah pencarian aku selama ini.

Aku hargai sikap protection dia pada aku dan izzah. Dia hantar aku balik KL semula dan sanggup stay KL untuk bantu aku gi service kete coz aku kena ke Kedah pula pada hujung minggu ini. jadi aku tak boleh tangguh service kete walaupun aku kerja. Dialah yang uruskan semua. Salah satu sikap yang aku cari.

Yup, the unexpected, we r getting married sooner.

Wednesday, December 7, 2011

When You In Love

Am I?

Aku ni kan bila tengok kengkawan tengah di lamun chenta agung, pas tu tengok depa slalu dalam keadaan emosi tak menentu, selalu gak lah kan aku ngeleng kepala aku sendiri. Itu pun tak boleh nak kontrol ke?

Kalau dulu dengan bekas kekasihs (yes, plural!) aku ni idaklah seorang makwe yang marbeles gitu. Jangan harap le aku nak talifon ke apa ke. Semua kena the other side yang mulakan. Lepas tu ada pula waktu curfew. Kalau jam tu dah tunjuk jam 10 malam, janganlah the other side nak tipun. Waktu tido ku amat berharga dari wang yang ko kluarkan untuk menalifon aku. Pastu, garang aku jangan cakaplah kan. Salah perhitungan sikit je memang habislah aku tetak semua. So boleh kira dengan bekas kekasihs dulu hidupku memang meriah seperti bertih jagung yang meletup di dalam kuali.

Tapi la ni........ padan muka aku....

Hari-hari mau tipun
Tipun pun sampai satu malam tak tido pun boleh
Tak de nya nak menyerang hendap...always YES BOSS
Baru seminggu tak jumpa dah serupa meroyan tak senang duduk

Dan......
Aku bangun pagi ni kul 4 nak bertolak gi surprisekan si dia.
Ghupa dekat je KL ke Kelate tu kan.......

Ye, dalam hatiku ada taman.

Monday, December 5, 2011

Mengupdatekan Diri

Lama sungguh aku menyepi dari dunia blog ini.

Kadang-kadang rindu gak nak menulis tapi hal-hal peribadi seringkali membantutkan penulisan aku.

So bagaimana life aku sekarang ini?

Aku gembira. Period. Simple as it is.

Hidup perlu diteruskan. Dalam nak teruskan tu umpama memandu kereta lah juga kan....banyak le simpang yang nak diambil. Belum lagi berhenti di trafic light, belum lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Parah lagi kalau kena speed trap....duhhh. My life macam tu lah.

Sometimes sangat melelahkan, tapi banyak reason untuk kita terus melangkah.

Apa-apapun kekadang tangan aku ni terasa gatal nak menulis terutamanya bila ada isu-isu semasa yang aku nak bidas atau nak suarakan pemandangan fikiran aku ini yang tak berapa nak indah. hehe

Welcome back to me after a longgggg break.