Semalam, seharian aku dan Izzah kehulu kehilir. Pagi Kul 9.30am dah keluar breakfast di Ameer Ali. Restauran ni dah dinobatkan dapur rumah aku sebab selalu nah aku makan kat situ, asal nak makan, gi Ameer Ali. Sampai mamak tu tahu dah kegemaran aku, 2 keping roti canai, kuah dal tak mo, cuma kari dan sambal extra banjir.
Pastu ke rumah abang angkut anak-anak sedara, semua ada kelas muzik pagi ni, dengan kelas piano, gitar dan drum. Aku rasa depa ni boleh buat band sendiri ni.
By pukul 1.30pm budak-budak habis kelas muzik dan angkut depa balik rumah. Aku dan Izzah meneruskan perjalanan ke Warta beli barang sikit untuk Hari raya Haji nanti.
Dalam perjalanan ke sana, Izzah tertarik melihat ramai orang ke perpustakaan awam Bangi. Untuk Izzah, perpustakaan adalah disneyland baginya. Aku boleh berseronok-seronok dengan swimming, photography aku atau aktiviti lasak aku yang lain, tapi bagi Izzah, dunia keseronokan dia adalah buku-buku. Kedai buku dan Library adalah tempat kegemarannya. Jadi dia ajak aku singgah. Oleh sebab aku pun tak pernah masuk library situ, aku pun bersetuju. Kami terus daftar keahlian. Tapi agak mendukacitakan sebab library tu tak banyak buku. Bahagian buku-buku yang boleh dipinjam tak banyak dan tidak menarik perhatian Izzah. Izzah membaca sekurang-kurangnya 8 buah buku sebulan, dan kadangkala genre buku yang dibacanya agak pelik untuk budak seusia 13 tahun. Dia sudah mencari buku mengenai Greek Mythodology, yang menurut aku, seusia aku ni pun, tak mo aku membacanya hehehe.
Aku kagum dengan Izzah. Walaupun dia tidak seaktif aku, tidak pandai bersosial, tapi aku kagum akan kebolehannya. Aku bersyukur dia anak yang mudah dipelihara dan dididik. Walaupun ada juga sikap dia yang kadang-kadang aku rasa macam nak gigit je dia, tapi ianya terlalu amat jarang berlaku. Aku dan dia terlalu rapat, dan aku bersyukur dia hadir dalam hidup aku kerana dia terlalu istimewa. Dialah teman aku dan tempat aku berkongsi cerita.
Seusia dia, dia sudah menulis sajak. Hari jadi aku baru-baru ini dia mengirim sms sajak untuk aku. Tak terharu ke? Antara sajaknya aku akan letak atas photography aku dan akan dicetak dan dipamir di dinding-dinding rumah baru nanti. Bagi akulah, strange this kid love poems. Baru-baru ini aku dapat tahu dia menulis cerpen sudah lapan bab dan diletakkan di internet dan mendapat comments yang banyak daripada pembaca. Juga kebolehan dia memahami bahasa Jepun tanpa mendapat kelas bimbingan formal. Aku perlu ingat aku perlu luangkan masa untuk gilap bakat dia dalam bahasa Jepun.
Berbalik pada aktiviti semalam dengan Izzah. Selepas dukacita melihat koleksi buku di perpustakaan awam tu, aku cadangkan Izzah pergi tengok Perpustakaan UKM. Tapi salah waktu pula kerana perpustakaan tutup hari ini.
Kemudian kami ke Seksyen 4 melihat rumah contoh. Aku pergi tengok dulu dengan kawan apartment mewah yang sedang dibina dan dijangka siap dalam 2012. Kalau ikutkan, aku suka rumah satu tingkat saja sebab aku duduk berdua dengan Izzah saja. Dan aku ni tak suka ambik tahu hal jiran-jiran juga aku tak suka depa ambik tahu hal aku. Jadi ciri-ciri aku ni sesuai sebenarnya duk apartment atau kondo mewah. Tapi aku akurlah kehendak Izzah yang enggan tukar sekolah lagi. Yang sebenarnya aku suka sangat dengan ID rumah tu. So kira tunjuk kat Izzah lah mana tau ada duit nanti boleh buat projek ID. Lepas tu terfikir juga, agak-agaknya aku boleh buat sendiri tak? Biasalah aku ni kan, kalau Izzah teruja dengan buku-buku, aku pula teruja dengan ilmu baru. Semua aku nak tahu dan kalau boleh buat sendiri.
Lepas tu baru kami pulang dalam keadaan perut yang sangat lapar. Petang pula, Izzah bersetuju jadi cikgu aku ajar piano. RM30 sebulan. Siap kena pergi kedai muzik cari bukulah untuk aku buat latihan. Jangan main-main dengan anak ni, garang ooo dia ajar...so strict!
Apa-apa pun aktiviti semalam dengan Izzah, amat menyeronokkan.