Semalam adalah permulaan penghijrahan hidup aku dan hati aku.
Aku dah submit divorce application to court last week. Dalam borang, alasan dia aku just tulis tak sefahaman saja. Malas nak buka pekung didada. Tapi pada si dia, memang aku tulis selamba badak aku pulak sebab kira last aku suarakan betapa aku tak redha apa yang telah dia lakukan pada aku dan pada anak kandungnya.
Hari ini, aku benar-benar merasakan hati aku turut berhijrah. Terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku.
Aku tidak mengharapkan lebih
cukuplah kegembiraan dihatiku
walaupun aku sekadar dipinggiran
Apa-apa pun aku gembira. Hidup ini kembali bermakna dan bermatlamat. Terima kasih kepada anakku kerana memulakan langkah berani mengetuk semangatku untuk berubah demi masa depan. Dialah penyebabnya yang berat menjadi ringan, yang mati bernyawa kembali.
Hari ini aku shopping beli pakaian dan kasut termasuk spek mata hitam untuk diri ku. Last aku shopping adalah pada 29 Januari 2009 tahun lalu. Dah hampir setahun baru nak shopping pakaian untuk diri sendiri. Sebab kali ini aku benar-benar merasakan aku shopping untuk diri sendiri. Kepuasan untuk aku dan untuk aku hargai hidup aku.