Friday, September 25, 2009

Koleksi Baru

Mr & Mrs Smith, X-Men Origin: Wolverine dan Alvin and Chipmunk

Malas nak beli kat amazon, jadi gi beli kat speedy je la. Lebih RM25 untuk 3 Bd ni berbanding beli kat amazon USA. Berbaloilah dari tunggu masa ketibaan kalau beli kat amazon. ETA 3 minggu vs on the spot...yeah RM25 really worth it.

Beli sekali cite geng budak nakal yang kiut miut ni. Support original!

Friday, September 18, 2009

Updated My Home Theater Cost

updated lagi spending aku pada HT kesayangan aku

Marantz SR5003 RM2700
Optoma HD65 RM3800
Draper RM800
Velodyne CHT-10R RM2000
PSB T45 RM2400
PSB C40 RM1100
Pioneer Rear RM300
PS3 (BD player) RM1380
Pioneer DVD Player RM1000
Marantz CD5003 (CD Player) RM999
Dvico Tvix M6600A with 1TB hdd RM1450
Wdtv media player with 1TB hdd RM730
Cables RM1300
AV Cabinet RM1000

Kos keseluruhan : RM 20,959.00

Shopping Raya

Dvico M6600A dengan 1TB hdd

yeah rite..... bende yang pelik-pelik je la aku shopping. Cadang nak tunggu Dune tapi punya le lambat nak keluar. Akhirnya aku beli je la Dvico Tvix M6600A. dengan 1TB hdd. Asalkan boleh main m2ts format dah memadai bagi aku. Yang penting, aku boleh run Blu ray files kat situ dengan lossless audio.

Aku masih belum dapat lagi bekalan bluray files (m2ts), tapi aku dah test movie mkv yang tak boleh keluar suara dengan wdtv. Akhirnya, memang rupanya audio dia multichannel 5.1 PCM. Patutlah wdtv tak boleh keluar bunyi.

Lepas tu tak pasal-pasal aku beli original account netload semata-mata nak download BD Iso hehehe. Lepas ni siaplah aku built hdd aku siap dengan dock dia sekali. Koman-koman kena ada sampai 5TB hdd ni perghhh.

Raya ni aku layan blu ray le gamaknya.....huhuhu

Tapikan..... sebelum Izzah marah aku menambah koleksi audio visual aku yang tah keberapa ni, aku 'granted' lah dia punya wish, actually plus extra lagi. Dia suruh aku beli memory card handphone dia yang cuma 512MB kepada at least 2 GB. Sekali aku beli baru terus handphone dia, SE W705. 4GB lagi! Handphone lama aku jual kat adik aku....tak faham aku orang pakai handphone sampai dua biji dalam satu masa :P

SE W705 with 4GB memory card, price i got RM850

Saturday, September 12, 2009

Seminggu Sebelum Raya

A'ah kerja cat bumbung aku baru je siap hari ni. Maklumlah masa weekend je aku dapat cat.

Ni bumbung sebelum cat.

Ni lepas cat.

Sambil-sambil cat tu, kucing-kucing aku mulalah buat telatah. Si Garfield naik atas awning garage kereta. Macho je.

Lepas tu tak reti turun, mulalah menghulur tangan suruh aku ambil. Memang dia selalu macam ni.

Alvin pula, setia duduk temankan aku cat. Jadi kadang-kadang kucing ni memang melambatkan kerja-kerja aku. Tak layan nanti merajuk pulak.

Monday, September 7, 2009

Berakhir Satu Penantian

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah tiba. Plat kereta tu aku edit. Yang pasti 4 nombornya sama dengan no plat kereta adik aku. Parking sebelah menyebelah, nampak cool je... :P

Siap full body kit : Modulo

Belakang dia.... how i wish my plat no is like that.