Monday, August 31, 2009

Alvin Tido

alvin tidur terkangkang hahaha

Saturday, August 29, 2009

What the..?...... GARFIELD!!!!


Ni Garfield punya kerja. Dia suka panjat masuk dalam bumbung sampai le kat awning luar. Nak turun, senang je, mengeow dan hulur tangan dia suruh aku ambil. Dah berapa puluh kali aku kena panjat kerusi capai tangan dia dan tarik ke bawah.

Tapi kali ni tah apa benda yang dia buat. Rasanya dia naik atas tong air (bertutup) dalam bumbung lepas tu terjun ke atas ceiling. Dan apa lagi, roboh le ceiling tu. Si Garfiled tu berat juga. Patutlah bunyi kuat dan siap mengeow lagi. Pastu dengan selambanya dia berjalan keluar.

Sebenarnya tiada siapa perasan apa yang sebenarnya berlaku sehinggalah masa nak sapu sampah, tengok bahagian ceiling depan bilik air ni dah berlobang....apa lagi....garrrfieeeeld!!!!

Monday, August 17, 2009

Siap Dah Tembok Besar China ni

Hari ni aku ambik cuti sebab tak puas hati pulak tinggalkan pagar tak siap cat. Jadi pagi-pagi lepas beli sarapan untuk mak, aku dah menonggeng-nonggeng siapkan cat pagar tu. Akhirnya setelah kulit aku bertambah gelap 30%, kerja-kerja aku pun siap. Lepas ni nak siapkan cat dalam rumah pula.

Inilah hasil tengah cat dan dah siap cat. Huhuhu cantik gak warna kunyit ni.

Teruk gak nak menonggeng, cangkung-cangkung nak ngecat bahagian bawah. Ah lantaklah...asalkan kije aku siap. Bangga ooo dapat buat sendiri.

Kembang lagi hidung aku. Atap genting yang terakhir sekali akan aku cat. Bahagian depan je, yang atas tu, tak kuasa aku nak panjat bumbung. Sekarang aku tengah berkerja dalam rumah dulu.

Thursday, August 13, 2009

Yeaaa...botol-botol siap!

Balik kerja hari ni terus sambar berus cat, sambung siapkan botol-botol yang lagi 31 biji tu. Dah siap...YES!

Esok-esok nak touch up pagar dulu. Yakin Boleh!

Tuesday, August 11, 2009

Congratulation Sis

Hari ni aku ambik cuti khas untuk kakak tersayang aku, Noranis Mohd Ali. Dia Konvo hari ini di Universiti Malaya, menerima ijazah Sarjana Sains (Fizik Gunaan). Tahniah...tahniah....pasni jom wat Ph.D sama-sama nak? hahaha

Bergambar ramai-ramai satu keluarga:
dari kiri: Abang bakar, Maisarah, Farah (baby), Kak Anis, Amirah, Hafizudin dan Faiz

Sunday, August 9, 2009

Projek Cat 2009

Aku penat betul ni. Weekend ni habis masa aku kat cat je. As long mak aku happy, aku lagi happy.

Antara senarai tempat yang perlu di cat:

ceiling ruang tamu - siap
ceiling dapur - siap
ceiling luar - belum
botol-botol (tah apa nama dia) - siap 13 Ogos 2009
dinding ruang tamu - belum
pagar luar - siap 17 Ogos 2009
atap genting - separuh siap 29 Ogos 2009
dinding luar (touch up) - siap
dinding dapur - optional

Aku nak tengok sejauh mana kederat aku mampu melakukannya. Izzah tolong cat juga hari ni. Tapi lepas tu aku kena bayar upah pizza dan lasagne...mihaha

Warna cat dan idea, semua hasil aku sendiri. Hopefully boleh siap sebelum raya. (Sebelum puasa tu terlalu ambitious nah, kecualilah aku ambil straight satu minggu cuti).

Ni lah botol-botol tu. Bukan sikit ooo... 80 biji. Baru siap 49 biji...uwaaaaa


Wednesday, August 5, 2009

Bunga..Bunga......orkidlah!


Mak aku cari bunga. Pergi kat kedai nurseri berdekatan macam tak best je. Sekali aku ajak mak pergi Pesta Bunga kat Putrajaya. Kebetulan adik aku tengah cuti.

Aku bawa kamera tapi tak larat nak ambil gambar. Mak beli orkid banyak sangat. Sakit bahu aku nak memikulnya hehehe. Ni lah hasil shopping kitaorang....







Ni gambar-gambar kat sana. Tak sempat pun nak main Aperture pun. Nak cepat nak pergi beli bunga.









Alvin dah Pulang

Tiga hari Alvin hilang. Aku dah rindu-rinduan dah. Sekali masa tengah cuti dan tengah latih pembantu rumah yang baru, Alvin dengan mengeow-ngeow lembut turun dari bukit belakang rumah. Aku nyer happy...terus jerit nama Alvin hehehehe

Pastu bagi dia makan, tapi tak nampak lak kucing ni macam kebulur. Hmmm agaknya dia lepak atas bukit kot. Jauh dari org dan jauh dari kucing yang nak mengurat dia je.

Sekarang dia tengah tidur depan aku atas meja komputer.

Monday, August 3, 2009

Alvin Hilang Lagi

Adeh...hari ni masuk hari kedua Alvin tak pulang ke rumah. Last aku nampak dia, masa aku nak pergi kerja hari Sabtu pagi. Macam biasalah sementara tunggu kawan ambik di rumah, Alvin akan temankan aku kat luar, siap gurau-gurau gigit-gigit tangan aku. Kitaorang main "Ugaaaa" (hanya org kat rumah aku je tau macamana main "Ugaaaa" dengan kucing.) Memang kucing aku suka main, siap lompat terkam tangan lagi. Cuma yang tahan je boleh main ni sebab sah-sah cakar balar tangan di buatnya. Kalau tak tahan dengan gigi kucing, jangan le main...hehehe

Itulah kali terakhir aku nampak dia. Puas panggil depan belakang rumah, tapi kelibat dia tak ada. Ni pun dah kul 1 pagi tak boleh tidur sebab rasa kehilangan pula. Alvin selalu tidur dengan aku. Kadang-kadang mesti nak tidur kat bahu aku, kalau tak pun share bantal. Tapi kalau dah malam-malam selalu dia akan beralih ke sofa tidur sendiri sebab sudah pastilah dia banyak kena hempap kalau tak dengan tangan dengan bantal peluk aku yang maha berat tu.

Adehhh...... manalah Alvin ni.