Hari Jumaat yang lepas aku ke Alamanda Putrajaya. Hasrat di hati cuma menemankan rakan setugas membeli belah sempena hari raya yang bakal tiba tak lama lagi.
Akhirnya, kaki ku melangkah jua ke kedai Speedy kerana tak betah mengikut rentak para ibu membelek-belek baju raya. Wakaka! tarak tahan jiwa ooo....
Cadangnya cuma ingin membuang masa sementara kawan mencari barang yang ingin dibeli. Alang kepalang tengok, teringat tentang cerita Apollo 13 yang sudah lama aku mencari. Nak download torrent punya le lembab. Akhirnya dapat jua cerita yang ku cari itu. Sanggup beli DVD original. Surprise juga harga DVD original tidak la semahal dulu. Sekarang harganya lebih sedikit sahaja dibanding beli cetak rompak.
Kemudian nampak pula cerita ini. Aku ni bukannya peminat cerita Indonesia. Frankly, cerita Heart dulu pun aku bukannya suka sangat. Malah aku memberi review yang agak kurang baik tentang cerita tersebut. Jadi kenapa aku beli?

Yang pertama, kerana jalan ceritanya yang agak ganjil, walaupun mungkin satu genre dengan cerita 'ghost'. Tak tahan lah tengok cerita cinta yang sefesyen saja alirannya.
Sesudah menonton cerita ini, akhirnya aku akur...berjaya juga cerita ini mengekalkan aku di depan TV. Jarang aku dapat menghabiskan menonton cerita terutamanya cerita dari Indonesia. Malah cerita Melayu sendiri sukar untuk aku ikuti sehingga habis. Jadi, mana cerita yang boleh membuatkan aku menonton sehingga ke akhir, sudah tentulah cerita itu mempunyai kekuatannya sendiri.
Walaupun jalan cerita Love is Cinta agak mudah, namun kekuatan pendukung watak memang amat baik sekali. Kredit aku berikan kepada pelakon-pelakon utama kerana berjaya menghidupkan cerita tersebut.